22 July 2011

maseh belajar dan terus belajar

entry tentang sedikit persoalan bab agama. kadang2 kita menghadiri majlis ilmu, ceramah etc. tapi segan nak bertanya bila tiba masa Q n A kan? sayee segan, tatau la korang.

dalam bab agama, sayee kadang2 berlainan pendapat dengan abg abdul. ye la, kami dibesarkan dengan ibu bapa yang berlainan (mmg la kan, hiksss), sekolah di sekolah yang berlainan, masuk uni pun xsama. kami berjumpa bila masing2 dah umur ~24tahun. bila dah kawen, ada la beberapa perkara yang kita nak buat sama2, tapi pendapat tak sama. contohnya bab solat musafir, bab mandi wajib, etc etc.

bende ni bukan dengan abg abdul je sayee berlainan pendapat. masa belajar2 dlu pun, mesti la penah je kita bincang ngn kawan2 pasal bab agama ni kan? jgn tipu la. mesti ada. kan???

selama ni, sayee mengamalkan ilmu yang sayee belajar dari makabah sayee, dari ustaz ustazah sekolah sayee dan dari penceramah majlis-majlis ilmu yang sayee penah join. mane yang sayee dengar, itu yang sayee amalkan. x salah kan?

smlm, sayee nak abiskan keje kat opis ni. dan sayee pun pasang la youtube dan layan ceramah-ceramah ustaz azhar. ada sorang boss admin lalu, dia pelik sbb sayee dengan ustaz azhar punye ceramah. sayee tanye la knape, dia kata ustaz azhar ni kuat PA.s

opssss, sayee ikhlas dengan ceramah dia bab agama saje. bab politik ape yang dia join, takde kena mengena dengan sayee. yg mane betul sayee ikut, pasal politik tu dia patut bole pk mane betul mane tak. itu hak dia. kan??

sambil dengar tu, sayee saje post kat status fb. ada 2 topik je. pasal cukur kening dan pasal belanja kawen.

1) sayee tak cukur kening! ini serious. pada sayee kening yang halus tu TAK CANTIK LANGSUNG!! no offense ok. hak masing2. sayee cuma manyampaikan ape yg sayee dapat dr ustaz azhar tu. dia kata Allah melaknat 3 golongan: 
  • orang yang mencukur kening sendiri
  • orang yang menyuruh org lain mencukur keningnya
  • orang yang bukak salon utk mencukur kening orang lain.
diulang, ini ustaz azhar yang kata. tapi dia ada ckp, kalau MENGGUNTING kening yang terlalu semak dengan niat berhias untuk suami, itu dibolehkan. tapi still, sayee tak pernah mencukur atau menggunting kening sayee sbb sayee tak pandai dan suami pun tak pernah tegur kening sayee semak.


2) dan sayee (keluarga sayee) tak menetapkan belanja pun masa kawen arituh. mahal atau murah, itu ikhlas hati pihak lelaki. dan sayee pun tak penah hebohkan kat dalam fb/blog berapa belanja kawen sayee. pada sayee itu tak penting. yang penting orang balik kenduri kami, takde yang sakit perut dan ramai yang berpuashati (sepanjang pengetahuan sayee la). Alhamdulillah.

sebab musabab sayee kongsikan kat status fb tu semata2 ingatan untuk diri sendiri dan untuk orang lain. lgpun topik tu bukan isu semasa kan. sepanjang masa org kawen. sepanjang masa org cukur kening. general je la. bukan perli sape2. kalau ada sape2 yang perlukan lebih penjelasan, sila cari orang yang lebih pandai bab agama. sayee maseh belajar dan sayee maseh mendalami. komen2 korang kat fb tu, sayee tak bole nak jawab. sayee bukan orang yang sesuai.

sekian bebelan sayee untuk hari ini..

happy friday to all...

esok sayee keje!!


No comments:

Post a Comment

LUAHKAN RASA ANDA DISINI

Related Posts with Thumbnails

ads