takde maknenye nak membangga. tv camni kumpul duit berbulan2 baru dapat. kami bukan org senang. huhuhu. yg sayee nak citer sebenarnye adalah pasal 30 minutes meals.
sejak dah ada led tv ni, abg abdul pun pasang la astro beyonG kat umah ni. tapi pakej ni takde movies. sayee kalau dlu balik jengka pun, tgk movies je kat astro. yg lain2 sayee tak tgk sangat. ntah, tak menarik kot.
skang ni plak, oleh kerana takde movies utk ditgk, sayee pun layan la channel HD aje. high definition gtu. yg ada pun, 706, 720, 721, 726 dan sports kan. pastu ada korea punye. yg sayee tgk cuma 706. iye, arituh masa mc 4 hari, sayee dok pasang 706 aje lah. mmg best tgk gambar2 mknn. rase lapo memanjang. hehehe. tapi dalam byk2 rancangan masakan tu, sayee paling ske 30 minutes meals sbb rachel ray tu macam best. dia masak pun bende2 yg senang je. minat la.
dan, ada satu bende yg sayee perasan dia ni ske buat ialah, bila dia campak garam dlm masakan dia guna tangan je. tiap kali dia campak garam, mesti dia baling ke belakang sket. sayee tertanye2 jugak kenapa. tapi dia x penah sebut. satu hari tu, sayee dgr dia sebut, buat camtu adalah utk LUCK. hehhe. kepercayaan dia kot. kalau kita dok buat kat umah, jenuh le nak sapu semula. hhahha.
lagi satu yg sayee ske pasal rachel ray ni ialah, dia ada letak satu BIG BOWL kat tepi chopping board dia. untuk buang sampah dlm tu. maka, x payah la nak bongkok2 tiap kali nak buang sampah kan. best kan? skang ni, dapur kami kat impian perdana ni pun ada jugak satu BIG BOWL. hahhaa. tiru rachel ray la konon.
cuma beza dapur rachel ray dengan dapur kami ialah, dapur dia kitchen kabinet kaler oren, kami pun wajiblah HITAM dan PUTIH. ikut tema kan. hehhee.
~~sayee dah lama x buat entry. nti sayee citer ke mana sayee menghilang. huhuhu.