26 March 2015

alifah's anatomy random update !!!

banyaaaaaak sangat bende nak citer, banyakkkkk sangat bende nak update. banyaakkk. sumpah banyaakkk. takpe, kite update mane yg sempat je lah. yg less penting, lain kali je lah. ni pun nak citer tunggang terbalik tarikh kot. tak ingat sgt mane jadi dlu, mane jadi kemudian. :)

1. siddiq masuk wad. dari 28jan-2feb. dia kena pneumonia. tapi sekarang dah alhamdulillah sihat walafiat. kami dah lupakan kisah sedih tu. cuma nak citer je kat sini. asalnya dia batuk2 n demam sket2. dah bawak klinik biasa, dgr paru2 clear je. rabu 28hb tu amik dr pengasuh badan dia panas sgt dan dia mcm tak bermaya langsung. nmpk abg solleh dia pun tak sengeh. mcm takde respon pun ye jugak. terus bawak klinik. neb dlu. pstu terus g hospital. g kmc, doktor kata mmg kena warded ni tapi bilik takde yang available. maka, dia suggest g dmmc. 1st time g. kalau mintak pendapat tulus ikhlas, rasenye lepas2 ni tak g dah dmmc kot. rela g htaa kalau takde bilik kat kmc/ksh. ataupun lagi rela g hoshas yang jauh kat temerloh tu.

nap. pinjam selimut abg sbb abg g skolah.

neb. muka pasrah btul T___T

2. solleh dah sekolah start 5jan. mula2 tu alahai payah jugak. tp skang, dah lebih 2 bulan ni ok sgt2 dah. cuma ada la jugak kdg2 dia xnak ikut xtvt yg cikgu ajak buat tu. dia ni control macho sgt. tak ske org dok push2. dia nak buat seme ikut kerelaan hati sendiri. kami makabah dia dah paham sgt. tapi cikgu2 dia kena bg masa sket la nak biasakan dengan solleh. harap cikgu2 tu bersabar sgt lah. kalau tak dapat nak tahan sabar ngn budak2, jgn keje yang melibatkan budak2. rezeki awak dengan jaga budak2, so sila ikhlas kan hati la kan. bukan membebel kat cikgu solleh, general je ckp cmni. utk semua yang keje jaga budak2 lah. *peace*
selfie di pagi hari sebelom g skolah.
solleh ni ada masa taknak buckle up. mak malas nak kelahi pagi2.

balik sekolah. silau. pinjam spec mak.


3. breastfeeding. masih mcm biasa. ada turun naik nye. itu normal. tapi stok yang terhimpun sehingga ptg smlm ialah 998oz. hari keje, sayee pam 2x atau 3x. dpt 20oz (max lah tu). per session dpt dlm range 7oz-10oz. siddiq minum 15oz sehari (5x3oz). mkn 2x sehari yang utama. snacks sepanjang masa kot, sbb pantang tgk org lain mkn. tapi kalau hari cuti, asyik nak snacks ngn df je. mak ada kan. sesuka hati je bile2 dia nak. fresh dr ladang gtu. ngeeeee:D

4. oh, kakak sayee dah bersalin. 10mac. baby boy 5.04kg clap clap clap!!! muhammad aqil fateh nama diberi. kakak sayee dah stop production sbb dah 3x czer. maka, doktor ikat terus.

aina qaisara 16jan2011
muhammad aqil yusri 29nov2013
muhammad aqil fateh 10mac2015
...............

5. saya? sabar dlu. lom puas lg nak manjakan solleh siddiq. ;) tapi dalam hati dah terasa rindu nak pregnant lagi. dilema btul.

6. solid food siddiq plak. masih no sugar no salt. dah penah bg oat, dia gemar. mmg adik abg solleh ske mkn oat. ngeeee. pasta kurang ske, lg cenderung nak gemarkan nasi. tapi food abg dia dah masuk jugak dlm perut dia. ada lah sket garam buh kadang2. solleh ni ske masin2 geram btul. kdg tu ikan masin/ikan kering dia ratah gtu je. grrrrrr T____T 

7. 4mac. beday abdullah siddiq. happy birthday sayang anak mak. sayee belanja food dengan sedikit garam haritu. homecooked for sure. tapi campak garam sket. hehehe. sayee cuti haritu sbb ada medical checkup. n ptg nak bawak siddiq cucuk skali. berat siddiq 9.8kg umur setahun tu. seguni beras dik oi, kipaiiii bahu. dah la keje nak dokong saje. paling kerap buat perangai nak dokong kalau sayee nak masak. terpaksa dokong sebelah, masak sebelah. korang jgn ikut sayee ok. contoh tak baik.

bday boy!!

8. 15feb. g potluck ngn geng kelab exora. kat pantai kempadang! sayee bawak sandwich je. 3 jenis. sardin, tuna and telur mayo. games, solleh siddiq tak dpt main lg. solleh main belon je lah haritu. pastu siddiq tdo berjam2 underneath pokok kelapak. lamaaa btul. ske dia kena tiup ngn angin kotttt.

solleh enjoy air laut.

siddiq? tak enjoy. dia geli pasir hahaha.

mak nak selfie. tu siddiq tgh layan angin kuat.

9. beberapa hari sebelom cny, sayee rembat ini. dah lamaaaaaa sgt teringin food processor ni sbnrnye. tapi sayang sgt nak guna duit sendiri. tibe2 opis bg duit bantuan banjir. maka, sayee rembat ini guna duit bantuan tu. tak terasa sayang sgt. ngeeeeee:D

so far dah buat nugget sendiri. dah uli doh pizza. dah uli roti. dah cincang daging n buat sos spageti. mmg skeeee sgt sbb sgt hebatttt. yeaaayyy. sayang bos! :D:D:D


roti sayee buat! yeay!

10. siddiq dah bole berjalan. umur setahun++. masih fasa terkedek2. gigi 6 batang. 4 atas 2 bawah. bole sebut mak, abah, mamam, nenen, nak, jangan. tu je kot. mcm berat mulut sket. takpe siddiq, take ur time. suh abg solleh ajar vocab baru2. abg solleh awak tu ckp non stop. masyaAllah. kadang tu menguji kesabaran btul. tapi most of the time mmg seronok borak ngn solleh. :D

evening walk kat padang depan umah.


25 March 2015

marah anak

topik ni sensitif sebenarnye utk ibu bapa muda (dan tak berapa muda jugak). sayee? kategori ibu bapa muda la jugak. bukan dikira dengan umur sayee, tapi dikira dengan tempoh menjadi ibu bapa. ye lah, anak sulung baru menjangkau 3tahun je pun. sayee plak dah 3series. (eceh, nak jugak guna istilah bmw dah kenapa?)

ok, berbalik pada topik. perenggan pertama dan merepek berbaris2 lari dari topik ish ish. sebelom jadi mak budak, sayee ske (sgt ske sebenarnye) baca blog parenting, breastfeeding, early education dll. ntah, naluri lepas kawen mmg nak anak je pk. :) dr ape yang sayee baca ni, sayee dah nekad kalau ada anak sayee taknak marah2 anak tak tentu pasal. nak ajar anak hormat ibu bapa dan dlm masa yang sama nak jadi bff ngn anak. gtu. sayee dibesarkan dengan mak abah yang garang. mmg tak de lah nak bff ngn mak abah. tapi sayee tak kata cara tu salah. kami adik beradik elok je jadi orang. dapat sambung belajar mcm org lain jugak. elok je hormat org tua ape bagai. cuma, ada satu ketika dlu sayee penah jadi rebel. sayee taknak anak2 sayee jadi rebel. sbb tu sayee nekad nak besarkan anak dgn kasih sayang (again, tak kata mak abah sayee garang tu tak bg kasih sayang ok).

tapi...........

sayee sgt garang dengan anak sedare dan kazen sayee yg kecik2 esp yang tgh meningkat remaja. dorg ni perangai sengsorang aduhai, mengundang btul lah. ditambah lagi bila tgk mak ayah dorg sendiri tak marah. teringat sayee dlu masa kecik takde lah nak buat perangai mcm dorg ni buat. mesti kena marah on the spot. takde tempoh bertenang pun. masa tu buat salah, masa tu jugak kena marah. wpun kat tmpt awam atau umah sedare mare atau depan org ramai. sumpah malu weh kalau kena marah depan org lain. jatuh giler ego dan air muka ni.

budak2 zaman sekarang, dengan gajet non stop langsung tak ke dapur gotong royong hari raya. bikin panas hati btul la.

maka, ape yang cuba disampaikan ialah; sayee tak marah kalau org lain marah anak sayee asalkan kena cara dan dia mmg buat salah. sayee bukan jenis nak terasa kalau org lain marah anak sayee utk menegur atau mengajar. dan sayee harap sgt2 adik beradik/ipar sayee pun pk mcm sayee pk.

sedikit perkongsian;

solleh ni, dia punye rapat dengan abg abdul mmg tahap tak reti nak ckp lah. bile dah rapat sgt, dia kdg2 sengaje buat perangai. mungkin dia rase dia nak bermanja kot bila buat perangai. most of the time, abg abdul sabar dan layan kerenah dia. tapi, kdg2 ada jugak dia tersasar. sabar tu ilang ntah ke mana. so, bile keadaan jadi cmni, sayee akan usir abg abdul dr situasi tu dan jadi mak yang paling penyayang di dunia lah kiranye untuk pulihkan semula keadaan tegang solleh tadi. usir tu bukan nak marah sbb abg abdul marah anak, cuma sayee seboleh mungkin taknak guna kekerasan dengan anak2. kalau abg abdul marah, sayee sejukkan anak. ada masa, sayee pun marah dan tika tu abg abdul perlu amik alih tugas jadi aircond lah plak. aircond ni kena lah explain, ape solleh buat tu salah so mak/abah akan marah. lain kali jgn buat. bla bla bla gtu lah.

penah sayee borak dengan abg abdul bile dia marah anak.

me: kite dok ngn anak beberapa jam je. masa dia berjaga lebih byk dengan pengasuh/cikgu. dengan mak/abah yg lama time tdo je. takkan kite nak bg dia memori yang tak elok je kan.

him: biase time marah tu tak leh tahan, dah marah mmg nyesal.

mmg takde org nyesal dahulu kan. itu lumrah alam. kdg tu sayee rase nak jadi tamak sorg2, sayee je bole marah anak sayee je bole ajar anak tegur anak. bile org lain marah (abg abdul inc), sayee mesti rase sedih pedih. ibarat cubit peha kiri anak, peha kanan mak yang sakit. gtu. tapi kena betulkan semula pemikiran ni. sbb sayee marah anak sedare/kazen tujuan utk mengajar kan, so org lain marah anak sayee pun sbb nak ajar lah. takpe, nti malam mak peluk anak2 mak ok. arkkk? apekah?? hahahhhaha

sebagai penutup, sayee hadiahkan sedikit gambar2. hehhe.

abg abdul dan siddiq. main kt playground dpn umah.

solleh baru balik skul.

evening walk dengan mak.

mkn bersuap dengan aki/abah sayee yg garang tu. hehehe.

abg abdul dan solleh kat playground dpn umah.



05 March 2015

queen of frozen

tajuk mmg tak menahan sungguh. queen sangat kan.

sebenarnye sayee nak citer tips mengelakkan pembaziran makanan di rumah yang sayee amalkan semenjak dua menjak ni. asal usul idea ni sayee dapat di sebuah rumah kenduri yang sayee tak dapat recall di mane dan bile. tapi lamaaa dlu dah masa sayee baru2 kawen. yang sayee ingat lauk kenduri tu ialah gulai kambing. sayee ckp kat tuan rumah gulai tu sangat sedap. dia suh bawak balik, sayee ckp nanti membazir je. sbb penghuni rumah 2org je. takut tak abis dan terbuang sahaja. dia bgtau, buh dalam freezer pastu bile2 nak mkn perangat je lah.

ok, sungguh sayee tak penah tau tentang lauk dah masak bole tahan sebegitu lama bile dibekukan. sejak itu, sayee mmg selalu masak dan bekukan lauk tak abis. bile sayee stop memasak beberapa ketika dahulu sbb pjj dengan abg abdul, dalam freezer cuma ada susu badan sahaja. dan ada lah beberapa ketul nugget dan beberapa helai fries. itu sahaja.

bila solleh start mkn solid, sayee bekukan food solleh sahaja. sejak ada siddiq, sayee mmg perlukan dan dambakan apa sahaja tips utk menyiapkan meals solleh dalam keadaan pantas cuma guna microwave sahaja. maka, frozen food lah jawapannya. tapi takkan lah sayee nak bagi semua yang instant sahaja. byk bahan pengawet dan msg bagai kan.

ting! idea datang...

masak dalam kuantiti yang banyak dan freeze kan extra portion. kebiasaannya sayee masak weekdays lah. bgn awal pagi, sebab nak prepare bekal ebm siddiq, nak basuh botol2 dan pam segala, dan sambil tu masak lah meals tuk bekal org2 dewasa ni. solleh pun dah mkn mknn org dewasa tapi yang tak pedas lah. mcm kari yg kurang cili blend tu bole je dia makan. bile weekends, sayee cuma pilih je yg mane nak di kelenting kan dalam microwave utk anakanda abdullah solleh. sayee mmg portion kan siap2 kecik2 je. cepat sket defrost dan hangat. yeay me!

sbb tu dalam IG sayee ada kata membeli preloved deep freezer adalah pelaburan yang sangat bijak. susu siddiq mmg tak menggangu freezer kecik tu. dan siap bole tumpang frozen food lagi kat dalam deep freezer. tapi sayee pastikan yang kurang berbau lah. mcm yogurt (dah dibekukan) ke, nugget ke, nasi (dah dibekukan) ke. iye, sayee juga bekukan nasi leftover. sebutir nasi pun tak membazir di rumah sayee insyaAllah.





Related Posts with Thumbnails

ads