01 October 2014

moyang solleh dan siddiq..

al-fatihah..

jumaat-8mlm-18july14

tok kembali kepada Penciptanya. masa tu baru lepas berbuka. tok putus nyawa ketika mak sayee sedang menganti lampin pakai buang dia sbb baru lepas berak. dia tergigit lidah terus menghembus nafas terakhir.

sejak bulan 5 tok kena stroke. langsung tak bole bgn. hanya baring. minum susu melalui tiub. tak dapat bercakap. lebih kurang 2bulan dia tak bercakap. tak dapat nak bg pesanan terakhir pada anak2 dan cucu2 dan cicit2.

masa dalam pantang siddiq, siang hari mmg sayee dok ngn anak2 dan tok skali. sayee buh mknn dia bwk kat katil bila dia tak larat nak ke dapur. sayee tlg pimpin dia ke bilik air. penah jugak bila kedua2 anak meragam, sayee stress dan terkasar ngn tok. harap tok maafkan sayee.

jumaat-10mlm-19sept14

tokki plak kembali kepada Penciptanya. masa ni sayee di jengka. cuti sakit. tokki mmg dah lama dok ngn cikngah (mak sedare). ptg jumaat tu dah dapat berita tokki dah uzur sgt. tokki mmg takde penyakit, kecuali mata tak nampak sejak 10 tahun ni. umur dia mmg dah dekat2 mencecah 100 tahun kot. akhir usia dia, cuma bole menjamah bubur nasi, tu pun cuma amik air kanji bubur tu je. kacau2 dengan susu suapkan tokki. tu je.

sejak mata dia tak nampak mmg dia byk dok ngn anak2. masa dia dok umah abah, sayee selalu intai dia diam2. kdg2 tgk dia potong kuku sendiri guna mata pisau jilid. kadang tu smpi berdarah. bile kite ckp kuku dia pendek, dia tak caye. sbb tu dia potong sndiri. dia slalu bancuh sndiri minuman supplement dia. kdg2 sayee intai dia tgh potong plastik tu, tuang air sndiri dlm gelas. kadang tumpah ke lantai. basah kain dia. mengalir air mata tgk dia camtu. kdg2 dia sesat, nak ke tandas tapi pusing2 tak ingat kat mane dia. tak dapat bayangkan camne idup dalam gelap. *tears**

mengimbau semula kenangan dgn tok tokki mmg banyak. masa mula2 bole bawak motor, sayee slalu balik umah chenor sorang2 naik motor bila cuti skolah. umah tok byk pokok ubi kayu. cabut ubi kayu sama2, pastu buat kuih sama2. masa tu tok sihat lg. tok masak lauk2 seme sedap. kadang2 sayee bawak dia naik motor g hntr lauk kat arwah moyang sayee. tokki plak ske minum air kopi dalam mug besar. slalu sayee pinjam mug special dia tu sbb nak minum air kopi byk jugak. cicah ngn biskut kering.

masa sayee kecik2 dlu, tokki ske bercerita. mcm2 cerita kelakar dan tak logik dia kelentong kitorang. ske tebar selimut kat cucu2 dia, mcm org menjala ikan kat sungai tu. pastu konon2 ske lah dapat ikan besar. mau tak besar, cucu dia dah skolah rendah masa tu. ikan sebesar budak skolah rendah, besarrrr kottt. hahha. tiap2 kali raya, tokki bakar lemang. buluh lemang tu dia bawak basuh kat tengah2 sungai. sbb tanak miang buluh kena kat cucu2 dia.

*tak bole citer dah, rindu sangat.....*

al-fatihah. semoga tok dan tokki tenang di sana. amin.


gambar kenangan di hari pertunangan sayee 27jun09
(masa ni tokki tak nampak dah, tok sihat lagi)


2 comments:

  1. Semoga roh kedua-duanya ditempatkan dikalangan orang2 yang dikasihiNya.bukan semua orang dapat rezeki pergi hari jumaat.bertuahnya tok dan toki angah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rindu mereka... :( tokki plak kebetulan tarikh surat lahir ngn tarikh surat mati sama... sedeyyyyy.. macam tak percaya je mereka dah takde.. al-fatihah

      Delete

LUAHKAN RASA ANDA DISINI

Related Posts with Thumbnails

ads