dah hari ke24 syawal kan arini? baru terhegeh2 nk tunjuk gambar raya. hehehe. biase lah, sayee kan byk citer basi. tapi tak basi sgt la, ada lg org buat jamuan raya. in fact, opis sayee baru nk buat jamuan raya sabtu 15hb ni. jadi tak salah la sayee tayang gambar raya ni.
sayee raya kat umah PIL dlu tahun ni. tahun ni dapat la buat 3jenis biskut raya dan sejenis kek. ada la buah tangan nk bawak balik kampung. sayee buat biskut dahlia, biskut cornflakes dan choc chip cookies je. dan jugak kek buah 2 ketul. utk umah PIL seketul, umah makabah seketul.
cukup membebel, jom tgk gambar.
pertama kali solleh beraya tapi abah dia yg seloX dengan duit raya.
jenuh nk panggil dia tgk camera.
bersalam-salaman
balik dari masjid, solleh posing dlu dengan baju melayu.
tapi dah basah dengan air liur dia.
kasi tukar baju biase je. sbb baju melayu nk pakai semula balik umah wan petang nnti.
paling ske gambo ni. solleh sengeh bersungguh-sungguh
IF YOU THINK I'M HANDSOME, YOU SHOULD SEE MY DADDY
solleh balik beraya dengan wan dan aki plak
baju melayu solleh, wan la yg jahitkan. terima kasih wan.
perasan tak baju melayu abg abdul, solleh dan aki (abah sayee) dia sama kaler? aki punya baju melayu ni mmg dah lama beli utk raya tahun ni la. pastu wan (mak sayee) plak jmpa kain yg seakan2 baju melayu aki, terus beli banyak. dia sponsor utk anak lelaki dia 2 org ie adik2 sayee dan utk abg abdul dan utk abg rizal (suami along) skali. tapi ada kesah sedeynye. yg abg rizal punye tak sempat siap sebab lambat hantar tempah. yg mustaqim n mursyidi plak siap. tapi di pagi raya, masa mustaqim mandi, mursyidi dah rembat baju melayu abg dia. bila abg dia nk pakai tgk baju tu singkat la sebab tu baju adik. merajuk la dia. beraya dengan seluar jeans je. kesimpulannye yang pakai baju mak beli ni cuma abg abdul dan mursyidi aje. baju solleh plak, wan dia beli kain sket seakan2 baju org lain. pastu wan jahit sendiri. ngam2 je baju nye. tahun depan tak muat dah. huhuhu.
solleh beraya di jengka - my side
yang berseluar jeans tgh dokong solleh tu la mustaqim. hehehe.
raya kedua - tradisi nya belah sayee akan g bawak toki g tahlil kat kubur. tapi sayee tak berani nak bawak solleh g kubur. maka, sayee gerak kemudian. asing dengan abg abdul sbb dia g kubur. smpi kat chenor (kampung tok toki sayee), sayee dan solleh lepak kat umah toki sedare. ibu pun lepak skali sbb jaga anak2 dia yg kecik lg. balik dr kubur, abg abdul terus balik umah jengka skali dengan geng2 lelaki yg g kubur. tak sempat dah nk bgtau abah sayee ajak beraya. maka, sayee pun beraya dengan makabah tanpa abg abdul. sia-sia je pakai baju sedondon dengan anak tapi tak dapat beraya sama2. hehehe. kelako pun ada sbb dia smpi umah tunggu anak isteri tak sampai2, baru pandai nak call. time nk balik, dia la yang menonong. hehehe.
dah smpi umah baru dapat amik gambar anak-abah baju sedondon.
mak pun sedondon jugak la kirenye.
haiiii, ni la baju raya kedua sayee..!!
anak ibu yg sulung n no 2 birthday nye dekat2. sorang 20 ogos sorang lg 21 ogos. maka, kami pun potong kek di hari raya kedua.
gambo potong kek.
anis (skirt pink) bday 21 ogos 1998.
rushdey (baju biru belang putih) bday 20 ogos 2002.
raya ketiga - plan asal nk beraya dengan mak sayee dlu nk g kampung belah mak kat temerloh. petang tu baru nak balik ke umah MIL semula. tapi tibe2 MIL ajak beraya ke pekan (umah adik MIL). maka, kami pun join la ke pekan. mcm rugi je sbb pekan dah dekat ngn kuantan. raya ke4 tu mmg kami dah nak balik kuantan sbb sayee start keje raya ke5. tapi selamba je la. raya kan, mmg byk berjalan pun.
beraya naik van nissan vannette pinjam mak sayee punye.
saje nak bg budak2 happy sbb dorg tak penah naik van. heehehe.
solleh tdo atas makteh dia.
mak solleh rilek je siap bole posing2 lagi.
oh, baju raya sayee dan abg abdul recycle baju lama je.
pilih yg ni sbb nak matching kan dengan baju solleh kaler baby blue.
baju purple tu Zalfa.
ibu dia adik abg abdul. kami dlu naik pelamin bersama2.
pregnant pun harus la bersama2.
tapi zalfa ni dah no2. sayee je lambat sket. hehehe.
zalfa lahir 16march, solleh plak 14april.
tapi solleh lagi berat dari zalfa sbb zalfa tu slim je mcm ibu dia.
balik dari beraya, singgah mandi air sungai dlu. tapi solleh tak mandi pun.
raya keempat - lepak kat umah aje. masak2 tomyam. sayee jadi masterchef aritu. sbb nak buat tomyam ikut resipi sayee yang konon2 menyihatkan itu. hehehe.
baju ni sayee belikan sama sebijik.
solleh dengki dengan bunga kakak zalfa.
tak dapat diselamatkan. solleh kalau grip sesuatu mmg susah nk lepas. haish la anakku.
sekian dlu cerita raya sayee dan abg abdul dan abdullah solleh. overall, sayee sungguh gembira di hari raya sbb dapat makan dengan byknyeeeeee. tahun ni beraya dengan byk mengelat. maklumlah, ibu beranak kecik.... wink**
akhir kata, selamat hari raya aidilfitri dari sayee untuk semua.