28 December 2011

WW#7 telan setiap hari

from babycenter.com.my........

How your baby's growing 

Your baby's growing steadily, gaining about 99g/22oz since last week. His skin is thin and fragile but his body is filling out and taking up more room in your uterus. He may also be developing a weakness for sweets. Taste buds are now forming, and, believe it or not, acquiring a sweet tooth is all part of it. The other big milestone your baby reaches at this stage of pregnancy is that she may now survive, with special care, if she is born prematurely - otherwise known as becoming "viable".

How your life's changing 

You may notice faint red streaks, otherwise known as striae, or stretchmarks on your tummy, hips, buttocks and breasts. Lots of women have very itchy skin as well - pregnancy hormones can make your skin drier and stretching over a growing bump doesn't help. Rubbing on creams may make you feel more comfortable and help soothe the itching but it won't get rid of stretchmarks and is unlikely to prevent them. Stretchmarks are typical at this stage of pregnancy and will fade to silvery white marks after you give birth. 


yg dalam kotak tu, telan sebiji je.
yg kat bawah tu klinik kjaan kasi, sayee dah tak mkn pun skang. 3 jenis = 3 biji = JENUH.

left to right; vitC, calcium, omega
sayee telan 2 biji sekali sehari.



27 December 2011

banjir di Impian Perdana

ni adalah citer basi 2 mggu lepas. kwsn Impian Perdana dinaiki air. umah sayee mmg berdepan dengan padang bola dan taman permainan. dan padang mmg lebih rendah dr aras jalan. fungsinya utk jadi pond pada musim ujan hujung tahun camni la. syukur alhamdulillah paras air tu takde lah mencecah hingga ke dalam umah. kami maseh bole tdo dengan lena walaupun ujan maseh tak berhenti.

sebelom beli umah, mesti la kena tanya pasal paras air kawasan tu kan. kami pun tanya jugak sebelom beli umah ni dlu. mmg tak penah lagi paras air smpi masuk dalam umah. tapi kawasan kampung yang dekat2 ngn taman ni mmg slalu naik air smpi atas umah. kami yakin nk beli umah ni jugak, sbb kwsn mmg dah strategik dengan tmpt keje sayee. dan jugak, site construction yang tgh buat jalan baru dari kuantan - pekan tu pun dah hampir siap.

walaupun hampir-hampir nak jadi mangsa banjir, seronok jugak dapat tgk air banjir live depan mata kan. zaman skang ni, kat tgh-tgh bandaraya pun bole banjir. maka, tak timbul isu salah pilih umah. ni seme ujian dan dugaan dari Allah SWT.

 budak2 siap bawak pelampung nak "mandi kolam"

 tmpt duduk kat gazebo tu dah tenggelam. bayangkan la sendiri tinggi mana airnye ye.

budak2 yang main tu majority dah sekolah menengah. air paras pinggang tu.

 jalan depan umah sayee, paras air dah smpi jalan






makabah kami risau jugak dengan umah ni. tapi sayee dan abg abdul yakin, kawasan umah ni takkan naik air smpi dalam umah, insyaAllah. kami dah sayang sangat dengan umah ni. ni la umah pertama beli dengan hasil titik peluh sendiri, takkan tak sayang kan.


21 December 2011

update aina..

1. aina dah bole berjalan masa umur 9m2w. masa tu kalau nak cepat dia merangkak jugak. tapi dia mmg rajin praktis jalan masa ni. terkangkang2. dengan tangan skali terkangkang. sbb nk seimbangkan badan. mmg comel dia masa tu. masa 10 bln bole dikatakan langsung tak merangkak dah. dekat2 nak masuk 11 bulan tu, bole kata mcm dah berlari je. mungkin sebab badan dia ringan je dan kaki dia plak tegap.

2. berat masa 8 bulan = 7.0kg je, 10 bulan = 7.3kg je. dalam 2 bulan naik 300g je. mungkin sebab dia kena demam campak masa 9 bulan tu. mkn pun x selera sgt. berat dia turun masa demam tu agaknye. lama sungguh dia demam, hampir sebulan jugak ar. sedey tgk dia mkn tak selera sbb dia mmg jenis kuat mkn. masa timbang 11 bulan tu pun naik 200g je. total skang = 7.5kg. tapi Dr kata lom turun dari graf, kira ok lg la.

3. aina bole berjoget bila dengar lagu. 1st time sayee tgk dia joget masa dengar lagu stacy kat tv. dia dok depan tv, tibe2 dia joget. henjut2, goyang2. lucu. terbahak2 sayee gelak. bila sayee gelak dia terus duduk, tapi masa duduk pun sambung joget lg. hahaha.

4. masih lagi takut dengar orang terbersin. dia ingt org marah dia agaknye. bila dgr bersin je, mesti dia lari kat mummy dia.

5. gigi plak, dah 4 batang. mula2 tumbuh gigi bawah 2 batang. masa tu dia kat jengka. bila balik taiping umah opah dia, tumbuh lg 2 batang. kalau suap pisang taknak dah kita cubitkan, nak gigit sendiri. kalau bagi mkn biskut rangup pun, bole dengar bunyi gigi dia gigit biskut tu. hebattttt.

6. makin pandai bermanja dengan aki n wan dia. kalau nmpk aki, terus nangis nak mintak dukung. mengade! kalau ada aki n wan, takyah harap la nak ngn org lain.

7. dah paham bila mummy tanye nak 'tek', dia terus datang kat mummy n baring atas riba. aritu wan dia bg plastik suh buang dalam tong sampah, dia bole paham. sebelum tu wan tunjuk skali je. kutip plastik atas lantai, buang dalam tong. pastu dia ikut.

8. rambut depan dah panjang. wan dah penah trim skali. skang dah panjang semula hampir nak masuk mata. tapi rambut belakang tak panjang sgt lg. tgk dr belakang cam rambut lelaki.

9. kalau kita ckp "aina, meh sayang bonda". dia nnti dtg dekat, letak hidung kat pipi kita. comellllll sgt.

10. dia dah kenal mummy n abah dia. aritu masa g umah ammarQ, dia jeles bila mummy atau abah dia riba ammarQ. tapi bila sayee riba ammarQ, dia rilek je.

11. bole ckp "nanak" bila dia taknak sesuatu.

12. masih fully bfeed. kalau bg susu dalam botol, dia tanak. kalau letak ribena dalam botol, bersungguh dia minum.

13. dia dah pandai minum pakai straw. tapi tak ingat masa tu umur dia brape. skang ni kalau minum air masak, mummy dia kasi dalam botol yg ada straw tu. again, comellllll sangat anak bonda tu.



20 December 2011

pengalaman pertama check up tanpa suami

**entry ni takde gambar...

arini kalau ikutkan sayee dah 23w6d. esok genap la 24w. kalau ikut kira sebulan ada 4 minggu, maka besok sayee dah 6 bulan la. tapi biasenye kalau org tanye, sayee akan jawab 5 bulan lebey. bila dah 4 jan nnti baru la 6 bulan. sbb sayee ske2 ikut tarikh LMP 4 july.. ye la, perut sayee ni seme org kata kecik mcm 3 bulan je. segan pulak nak cepat2 ngaku dah 6 bulan.. hehehe..

ape2pun, setakat ni mak boyot ni rase sehat je. cuma kadang2 lenguh kaki bila byk berjalan dan kadang2 sakit belakang bila duduk lama sangat.. anak ni pun aktif je walaupun sayee dah jarang tgk bola. jantina, tak tau lagi. masih lg bersabar nak suprise kan diri kami sendiri.

ok, citer pasal check up. sayee g check up kat klinik kjaan, klinik panel (utk scan byk2 kali) dan jugak klinik pakar swasta sbb saje je nak 2nd opinion. tp yg swasta tu sayee x ikut apmnt pun. ikut ske hati je bila rase nak g. 

arini nak citer pasal check up klinik kjaan ni. setakat ni dah 4 kali sayee g check up. bukak buku masa 12 mggu. masa 16 mggu berat naik sekilo. masa 20 mggu naik 2kg. terus kena minum air gula. dan pagi tadi apmnt sayee utk 24 mggu, berat turun plak 1.5kg. sayee pun x caye. agaknye penimbang tu silap kot. tp nurse tak marah pun wpun berat turun, agaknye sebab sebelom ni dah naik byk kot. hihihi. so total setakat ni sayee cuma naik 1.5kg je. mmg nurse yg sayee jmpa bulan lepas pesan suh kurangkan mkn mlm, sayee mmg dah tak mkn mlm cuma kadang2 je time balik kampung. tu pasal turun kot.

pasal minum air gula plak, alhamdulillah takde detect kencing manis. tapi next check up kena minum air gula lagi sekali. nurse ckp sbb sayee ada keturunan diabetes. sayee rase air gula tu takde lah teruk sgt rasenye. bole la telan. so, tak kesah pun kena minum lg. hehehe.

arini jugak sayee kena cucuk tadi. yg cucuk kancing gigi tu. ni baru 1st time. nti next check up kena cucuk lagi skali. sbb ni pregnant anak pertama. ni smpi ke petang dah rase lenguh2 sket. nurse nk cucuk tgn yg x guna utk menulis. tapi sayee ni right-handed. sayee ckp la nak cucuk belah kanan, sbbnye kalau kanan lenguh xleh mkn leh suh abg abdul suapkan. tp kalau lenguh belah kiri, camno nak poie toilet???? haaa.... 

oh, kepekatan sel darah merah (hb) sayee naik bulan ni. alhamdulillah. nurse berkali2 puji. kononnya sayee ni rajin mkn vitamin yg dia kasi tu. sbnrnye, sayee tak mkn langsung vitamin klinik kjaan tu sbb byk sgt jenis. dan bau dia plak semacam je kan. maka, sayee mkn Iberet Folic ~ all in one. senang sket. telan sebiji je, lengkap ada iron, folic acid, vitC, Bcom etc etc.. wpun size dia besar sket, sayee lebey rela mkn yg ni.

selain Iberet Folic ni, sayee mkn vitC, omega dan kalsium shaklee. kakak sayee kata kena start mkn alfalfa utk membanyakkan susu, tp belom start lg.. nnti la tahun baru sayee start. pasal susu plak, sayee belom penah beli susu utk ibu mengandung pun. sayee cuma minum protein soya (shaklee) dan sayee minum enfamama yang kakak sayee salah beli. patutnye nak beli utk lacta tp dia beli materna. maka, sayee kena abiskan. tu pun x abis. jarang2 je sayee minum. sayee lagi byk minum fresh milk je.

hmmmm, pasal barang2 baby plak sayee belom beli ape2 kecuali botol susu tupperware 3biji. mak sayee lom kasi green light. maka, abg abdul kata nak beli tahun baru nnti. bulan 2 atau ujung bulan 1 kot. lgpun, baju aina nnti seme bonda dia ni nak kutip bg adik dia pinjam. hehehe buat tak maluuuuu je.

pasal tendangan baby ni plak, baru 2 hari lepas rasenye abg abdul dapat rase. sebelom ni, bila sayee rase je, sayee suh abg abdul letak tgn kat perut, tp dia diam. saje nak sakat abah dia kot. byk kali abg abdul letak tgn, dia diam. elok2 abg abdul alih tgn dr perut, dia tendang2 semula. pandai menyakat tu genetik abah dia la. hehehe. akhirnya, dapat jugak abg abdul rase tendangan power dia.

penah skali tu, abg abdul kuar awal pagi kul 6, balik plak dah dekat kul 10 mlm. biasenye mlm2 time sayee rehat, dia ske gerak. tp mlm tu dia xde gerak sgt. bila abg abdul balik, dengan aktifnye dia gerak. dia rindu abah dia kot. penah jugak aritu, kami balik dr kuantan-jengka awal pagi. pagi tu lepas bfast dia x gerak spt kebiasaannye. sayee dah cuak jugak. tp bila smpi kat jengka, dah jmpa ngn aina, dengan aktifnye dia tendang menendang. mungkin pulak dia rindu kak aina dia. hehehe.

seronok sangat perasaan kena tendang ni kan. kadang tu rase nak sengeh-sengehhhhh je. tapi kang, org pelik plak tibe2 sengeh sorang2. cuma, kadang2 tu terasa jugak kat tmpt apendix ni cam ngilu2 je bila dia tendang. tapi takde la sakit sangat. cuma rase sengal2 gtu. doktor cakap, operate kat abdomen mmg lmbt nak pulih sepenuhnya.

rasenye setakat ni je la dlu perkembangan anak sayee ni. nnti kemudian sayee sambung. besok sayee nak g KMC plak jmpa Dr Su. dia pesan suh datang masa 24w utk check up. last skali sayee g masa 18w. sayee ske g KMC sbb scan dia clear sgt. hehe..

~~check up kali pertama abg abdul tak ikut sbb dia g amik exam utk lesen GDL. kebetulan plak kena hari yg sama. hehehe.

tata..

30 November 2011

my baby

kesah sayee dan baby ni.

anak sayee semasa 9 mggu

anak sayee semasa 12 mggu

perut sayee semasa 18 mggu.

anak sayee semasa 18 mggu.

sejak masuk 2nd trimester ni, sayee kadang2 lupe sayee pregnant. rase mabuk yang dlu2 tu seme dah ilang. takde dah bau dapur yg busuk, bau opis yg busuk, seme pun bau ok je. ajaib sungguh.

lg satu yang sayee perasan, masa 1st trimester sayee sakit gigi. macam kebas kat geraham bawah belah kiri. bila kena air sejuk terasa sungguh ngilu dan kebas. dan skang ni masuk 2nd trimester plak, rase kebas kat peha kiri ni. tapi sayee dah tanye doktor, dia kata biasa je untuk pregnant woman. so, sayee assume mmg sbb pregnant je la ni. kita tgk la nnti 3rd trimester ada tak kebas kat tempat lain.

setakat ni, jantina masih lagi kabur. 2 kali dah scan doktor tak leh nak pastikan. buat masa ni sayee dan abg abdul rase macam nak suprise je. tggu dah bersalin je la baru tau jantina. bole kan?

pasal mengidam plak. lepas dapat gumball tu, sayee teringin plak nak minum coconut shake. kalau ikut mak sayee, dia kata awal2 pregnancy tak leh minum air kelapa. so, sayee tggu la lama sket. mggu lepas sayee dah masuk 20 mggu, baru la dapat minum coconut shake tu. sedap sungguh rasenye. walaupun dapat sket je sbb terpaksa share dengan abg abdul, tapi dah seribu rahmat dah. sedap betul dapat minum tu. 

oh lg satu, baby ni dah start menendang dgn aktif nya masa genap 19 mggu. 1st time sayee rase masa tgh tdo. sayee terjaga sbb terase mcm kena cucuk dari dalam. mcm kena geletek dari dalam pun ada jugak. tapi lom citer kat abg abdul, sbb sayee tak confident. masa kat opis, makin acap plak rase yang sama. so, sayee confident la. terus bgtau abg abdul. masa musim bola sea games tu plak, sayee mmg peminat setia la tgk bola. baby ni sama naik jugak main bola dalam perut mak dia. priceless experience. tak tau nak gambarkan camne.

berat badan sayee plak, total dah 3 kg naik tau. patutnye sebelom 20mggu, cuma bole naik 0.5 kg sebulan. tapi sayee plak, over ok. kena sound dah ngn nurse klinik kjaan. hehe. pasal placenta plak, awal2 pregnant tu, doktor kata kedudukan tak berapa elok. dekat sangat dengan jalan keluar baby. tapi yg sayee scan 28nov tu, alhamdulillah dah berubah. elok sket kedudukannya.

setakat ni dlu la update kali ni. sambung later.


04 November 2011

tayang gambar aina comel


masa tak amik gambar, sengeh sgt. dah nak amik gambar, masam mencatuk.


dah sebok nak main pulak.






~~lama sket x jmpa budak mata bulat ni, mesti rindu terlampau. haish, parah dah bonda ni.


03 November 2011

3 nov 2011

Dear Husband,

HAPPY 28TH BIRTHDAY..

I LOVE YOU..

Yours Truly,
Wife.


28 notes on your 28th birthday

masa birthday sayee yang ke 28 bulan jun lepas, abg abdul belikan sayee 28 hadiah. masa tu sayee lom pregnant, dan sayee ke sana ke mari ke tmpt keje seme nye drive sendiri. lepas dapat tau pregnant, abg abdul hantar sayee g keje. maka, hasrat nak carikan dia 28 hadiah utk birthday dia ni, terkubur la begitu sahaja. nak cari hadiah mesti la kena suprise kan.

untuk tidak mengecewakan birthday boy ni, sayee pun dengan pantas mengkreatifkan diri dan buat kad hari jadi bersama dengan 28 nota cinta untuk dia.

alasan pertama sbb sayee takleh g kedai nak beli adiah. alasan kedua, bakal ibu bapa ni kena berjimat cermat utk menyambut kelahiran bayi ni nnti kan. hehe..




the cake..

akhirnya dapat jugak blanje abg abdul ice cream cake. masuk parking ECM semata2 nk beli kek ni. seb baik within 15 minutes free lg.

terus balik umah n mkn. nyum nyum..



HAPPY BIRTHDAY, ABANG SAYANG..


1m1w1d

kebetulan pulak arini hari jadi abg abdul dan countdown nk smpi ke 2nd anniversary kami plak tinggal sebulan seminggu sehari lg. lawa sungguh nombor itu.

sayee dah ada idea nak beli ape utk adiah anniversary kami nnti. hadiah yang adil utk both husband and wife. baru la tak berdengki nnti.

p/s: abg, jgn tanye skarang ye. nti dah smpi masa baru kita g beli sama2. adil ok..?


Daisypath Anniversary tickers



~~sayee dah deactivate account facebook. lepas ni insyaAllah akan lebey rajin update blog je la.


happy birthday IBU..

ibu,

Happy 39th Birthday.

semoga panjang umur dan murah rezeki.

iye, birthday ibu sama dengan birthday abg abdul. hehehe.

ibu ni ialah mak sedare sayee. adik bongsu abah sayee. merangkap mak andam sayee masa bertunang n masa kawen. ibu jugak la mak kepada anis, rushdey, aisyah dan ain.

02 November 2011

craving kah?

sejak minggu lepas lagi sayee terasa nak makan ini. tapi sayee taknak ngaku sayee mengidam. anggap je la sayee teringin.

gumball zaman kecik2 dlu. skang, sayee taktau nak cari kat mane. sape2 kat kuantan ni kalau jumpa, tlg bgtau sayee ye. sayee nak makan ni.

tiap kali sayee teringat kan gumball ni, mesti tibe2 je air liur ni macam banyak je. pelik tapi benar. hehe..


*gambar digoogle*



01 November 2011

Doa Semasa Hamil

Sejak hamil ni, sayee amalkan doa ni. sayee dapat dari blog kernakasihkita. sayee rase elok jugak kalau abg abdul pun selitkan doa ni dalam doa harian dia. tapi, slalu sayee lupa nak bgtau dia. ni sementara teringat, sayee masukkan dalam blog je. nti bila dia tgk, bole la amalkan jugak. insyaAllah..

Ya Allah ,
peliharalah anakku selama ia berada di dalam kandunganku  dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan , tidak ada penawar melainkan penawar-Mu , penawar yang tidak meninggalkan penyakit.
Ya Allah ,
Engkau perelokkanlah kejadiannya yang sempurna dan tetapkanlah hatinya agar beriman kepada-Mu dan kepada Rasul-Mu.
Ya Allah , 
zahirkanlah dia ke dunia dengan mudah dan selamat .
Ya Allah, 
anugerahkanlah dia kesihatan yang sempurna , berakal dan bijaksana  , alim dan beramal .
Ya Allah,
panjangkanlah umurnya dalam ketaatan , sihatkanlah tubuh badannya ,dan indahkanlah akhlaknya,  fasihkanlah lidahnya , perelokkanlah suaranya untuk membaca al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhamad s.a.w. dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam .
Aminnnnn..



ye, mmg dah lama sayee tak update blog ni. bersawang dah kot. nnti la sayee panggil cuci-cuci services buat major service kat blog ni. ekekeke. sebenarnye banyak nak kongsi pasal pregnancy ni, tapi sayee taknak nampak terlalu excited. segalanya ketentuan Dia, kita hanya mampu merancang. nti insyaAllah sayee akan cerita sket-sket.


06 October 2011

kesah anak bonda



dah lama tak pot pet pasal tuan puteri ni kan. asyik dok citer pasal adik dia inside my womb aje.

1. dia dah semakin lasak sejak pandai merangkak, memanjat etc. panjat tangga pun dah lepas dah.



2. masa bulan puasa aritu, dah penah jatuh katil (tak ingat sayee penah citer tak).

3. berat dia 7kg masa timbang 8 bulan. yeyyyyy.

++ gambar masa baru lepas timbang ++

4. makan bubur 3 kali sehari. dah pandai mkn snack plak skang ni. kadang2 biskut farley tu. kadang2 pisang. makan macam2 bende, tp sbb lasak sgt jadi berat badan tak naik sgt. pipi je nmpk boolat.

5. belom pandai tepuk amai-amai. tapi dah hebat wave gudbye. hehe. comel sangat dia wave, cam ala2 ratu. tapi kalau mknn dia abis pun dia wave jugak. isyarat abis dah kot.

6. ujung bulan lepas, jatuh walker smpai benjol dahi dan terguris kat hidung. tapi yang nangis lagi kuat ialah mummy dia. 
++ mlm selepas kejadian ++

7. sangat kurang tdo hari siang. sbb dia ikut mummy dia dok kat kedai moto, byk moto la nk panjat kan. kalau tdo, nnti tak cukup masa nak panjat sana sini. 

++ muka kelat kena paksa tdo ++

8. lepas dapat tau dia nak dapat adik, terus dia pandai duduk. hehe. comel sangat dia duduk.

++ sebelom pandai ++

++ sesudah pandai ++

9. kesah video kat atas tu. petang lepas balik keje, dia main ngn sudu. mummy dia rilek2 tggu masa nak suap bubur. tibe2 dia nangis main ngn sudu. kami ni teka la. agaknye dia nak mintak bubur tp tak reti. maka, dia pun nangis. masa suap bubur tu, hati tgh syahdu lg pasal dapat sudu tp tak dapat bubur lagi. hahaha. lawak btul anak bonda.

10. oh, dah dua tiga hari dia kena demam selsema. bawak g klinik, dapat ubat. kelmarin, masa suap bubur dia mkn dalam tdo. sbb ngntuk mkn ubat agaknye. bila mummy tak suap, dia marah. tp mata maintain pejam. dan bubur tetap abis semangkuk. hahaha.

ok, bonda dia tak ingat dah pencapaian dia. nnti kena tanya mummy balik semula. ok, tata.


05 October 2011

happy birthday Zaid !!

Lilypie First Birthday tickers

harini zaid dah cukup setahun la.. Happy Birthday Dear Zaid...

ibu dia ckp gigi dia baru tumbuh beberapa hari lepas. syabas zaid.

sayee ckp; nmpk gayenye, aina kena tunggu bulan 1 la baru tumbuh gigi kot. hehehe..


04 October 2011

speechless**

*copied from chedet.cc/blog


1. Saya tertarik dengan penjelasan Nik Aziz kenapa selepas 30 tahun mengguna “perjuangan untuk Negara Islam ala PAS” untuk mendapat sokongan orang Melayu, sekarang PAS menggugurkan Negara Islam dan hukum Hudud. Kononnya Nik Aziz berpandukan Al-Quran dan Hadith.
2. Apakah Nik Aziz baru saja baca Surah Al-Baqarah dan sedar yang Negara Islam PAS menimbul salah faham dan menakutkan pihak tertentu? Jikalau kerana kesedaran ini akan menakutkan pihak tertentu (orang bukan Islam – Karpal Singh) maka PAS menggugur Negara Islam PAS, maka benarlah yang pengguguran ini bertujuan untuk menghapuskan ketakutan mereka ini, supaya mereka akan sokong PAS dalam pilihanraya, dan bukan kerana agama membenarkan atau tidak.
3. Kerana UMNO tidak menyokong Negara Islam PAS dan hukum Hudud PAS, Nik Aziz tidak terima UMNO.
4. Tetapi bila DAP dan Karpal Singh tidak bersetuju dengan pendirian PAS, Nik Aziz semak semula Surah Al-Baqarah dan tiba-tiba selepas 30 tahun, mendapati bahawa Negara Islam dan hukum Hudud boleh dibelakangkan dan diganti dengan Negara kebaijikan PAS.
5. Demikianlah Nik Aziz lebih bersedia akur kepada pendapat DAP dan Karpal kerana ingin mendapat undi bukan Islam. Penyokong PAS akan turut dimana sahaja pemimpin PAS bawa mereka. Gugur Islam pun mereka akan undi PAS.
6. Untuk perpaduan Melayu dan Islam Nik Aziz tidak sanggup berganjak walau sedikit pun. Biarlah orang Melayu Islam berpecah dan hancur kononnya kerana bagi Nik Aziz perjuangan PAS untuk Negara Islam dan hukum Hudud tidak boleh dibelakangkan atau digugur. Jika ada usaha untuk merapatkan hubungan dan kerjasama politik antara PAS dengan UMNO, Nik Aziz dengan tegas menolak kerana UMNO tidak Islam.
7. Tetapi kita sekarang dapat lihat bagaimana mudahnya PAS dan Nik Aziz menolak Negara Islam PAS dan hukum Hudud PAS kerana ingin bersekongkol dengan DAP untuk mendapat undi bukan Islam.
8. Wahai orang Melayu yang semuanya beragama Islam. Bukalah mata kamu dan lihatlah bagaimana PAS mempermainkan Islam. Bukan Surah Al-Baqarah yang mendorong PAS menggugurkan Negara Islamnya. Nik Aziz sendiri berkata yang mendorong PAS ialah ketakutan orang bukan Islam kepada Negara Islam. Untuk kemenangan pilihanraya ketakutan orang bukan Islam mesti dihilangkan dengan menggugurkan perjuangan Islam PAS.


29 September 2011

bukak buku

as salam all..

dah lama rasenye tak membebel kat sini. byk pulak keje kat pejabat ni dekat-dekat nak external audit ni. runsing sayee dibuatnya. maklum la kali pertama nak kena audit oleh org luar. biasenye internal audit dengan rakan sekerja dari wilayah lain je, tak takut sgt. kali ni, sampai termimpi-mimpi. haha.

ok, bukan ISO topik utama hari ni. sayee nak membebel sebenarnye. pasal pengalaman sayee nak bukak buku utk check up ibu mengandung ni la. tmpt sayee keje ni mmg takde benefit utk maternity, kecuali maternity leave aje la. lepas cuti raya aritu, sayee pun ke klinik kjaan utk bukak buku. 7 sept 1st time pegi.

kekangan pertama, sayee tersalah klinik. dah ada sistem plak skang ni. bole pegi klinik yang ditetapkan mengikut alamat umah. klinik pertama sayee pegi, dekat dengan opis. tp jauh sket dr umah. maka, sayee tak dibenarkan buat check up kat situ. bila smpi ke klinik yang sepatutnya, hari dah lewat. maka, dia bg tarikh lain utk datang. tu pun selepas tunggu sangat lama.

kekangan kedua, belom cukup umur. tarikh sayee pegi ialah 19 sept. kalau ikutkan LMP, sayee baru 11 weeks. nurse tu plak kata kalau nak bukak buku kena cukup 12 mggu. sedangkan kakak sayee dlu bukak buku klinik kjaan jugak, tp masa tu baru 6 mggu. dan rata2 kakak kat opis ni sayee tanye, semenye bukak buku seawal sejak kita tau kita ni hamil. heran kan? agaknye majikan yg bayar gaji tu lain2 kotttttttt.. (bunyi stress ditekankan disitu ye). sayee diberi tarikh lain iaitu 26 sept, mggu depan plak. sayee balik ke opis dengan hati yang bengkak. bayangkan la, baru 2 bulan ++ pregnant dah g klinik 3 kali sebulan. dah macam sarat sgt plak. mesti la boss bising dalam diam kan.

yang paling menyayat hati, nurse tu ckp, "buat ape awak nak buat buku awal2, kalau kandungan awak gugur rugi je buku ni. kami bayar supplier mahal tau". sedih kan? sayee tunggu hampir 20bulan nak hamil. bila dah hamil, nurse yang sepatutnya bg nasehat kat sayee ni, ckp ayat berbisa camtu plak. bayangkan la betapa remuk redamnye hati ni. kalau ikutkan hati, nak aje sayee bisakan balik nurse tu. tp bila pk, nnti2 nak kena jmpa dia tiap2 bulan jugak, kalau awal2 dah buat perangai nti2 ntah ape plak jadi.

terkubur la hasrat hati nak membisa kat nurse tu. tambah plak, ibu mengandung kena slalu ceria dan senyum walaupun hati ni retak menanti belah aje. kan? lepas tu, sayee terus mempertimbangkan utk check up dan seterusnya bersalin di hospital swasta aje. smpi skang, lom decide lg. 26 sept tu, sayee pegi jugak ke klinik kjaan yang sama. dan masih lagi senyum kat nurse yang sama. takpe, biar Allah aje yang membalasnya.

akhirnya, berjaya jugak bukak buku. hari yang sama kena amik darah. spt biasa la, kena 2 jarum baru dapat darah. mmg susah nak cari urat sayee. dlu masa kurus pun mmg dah susah. (ceh tanak ngaku susah amik darah sbb gemok terlampau). haha.

masa tu, nurse bg EDD 11 april 2012 plak. sedangkan sayee dah bgtau masalah irregular period sayee. tapi sbb belom jmpa doktor, mungkin nurse tu tak pandai sangat kot nak kira EDD utk orang irregular period cam sayee.

skang, sayee decide nak pegi check up kat Dr Su KMC. mungkin skali je kot. utk mintak second opinion pasal EDD ni. oh, Dr Su ni la yang sahkan sayee PCOS dlu. dah alang-alang ada record ngn dia, ape salahnye cuba kan.

kalau ikutkan scan 10 sept haritu, harini kandungan sayee 9w1d. mlm tadi, tibe2 sayee rase getaran kat perut ni. veery mild. hmmm, mungkin kah 'dia' yang bergetar? heartbeat dia kita bole rase ke? ape2pun, sayee rase teruja sangat.

again, doakan kandungan sayee sehat selalu dan membesar sempurna ye. amin..


17 September 2011

tahniah diana !!

diana pun dah selamat malahirkan pada 16/9/2011 kul 3.30 am. anak satu malaysia ni. hehe. baby boy jugak sama ngn baby cikdian. dia bersalin kat hospital temerloh, sama ngn aina qaisara jgak.

tahniah diana ye, dah jadi ibu. rehat cukup2 ye. cepat sehat. dan selamat berpantang. dan tahniah untuk helmi jgak.


Lilypie First Birthday tickers

Related Posts with Thumbnails

ads