27 June 2014

tentang anak...

#1 pasal auto-gate. 

sayee mmg sangat sangat sangat nak pasang auto gate kat umah. sebab malas nak kluar kereta bukak gate,  masuk kete, tutup gate smula. jenuh ok, badan gemok nak kuar dari kete nak2 plak kalau kete sedan. rendah. mpv atau myvi takpe jugak.

tapi smpi la skang dah anak 2 belom pasang jugak auto gate. (haish. ni dah kenapa tajuk tentang anak tapi point #1 dah pasal gate??) haha. 

tadi kan dah bgtau sayee malas nak kuar masuk kete utk bukak n tutup gate. bila dah ada anak lagi la bahaya. bayangkan, nak g keje. letak anak dlm kete, bukak gate, kuarkan kete, n kuar kete smula utk tutup gate. anak dok mane? mesti dlm kete kan? bayangkan lagi, balik dr keje, anak dlm kete, nk kuar bukak gate, anak confirm dok dlm kete kan? pasal tu lah sayee nak sangat umah ada auto gate. sbb tak risaukan anak tinggal dalam kete. masa anak sorang dlu, dia dok seat co-driver. sayee park kete dekatttttt betul2 ngn gate (in case ape2 jadi sayee bole cepat2 terkam anak). tapi skang, anak dah dua. both dok seat belakang. payah nak parking betul2 dekatttt ngn gate. sbb salah sorang mesti jauh dr gate sbb sorang pintu sini sorang pintu sana.

apa yg sayee amalkan adalah, pagi2 nak g keje, letak anak2 dlm car seat masing2, bukak gate, kuar kete terus hntr umah pengasuh. dah hntr anak2, singgah umah semula utk tutup gate pastu baru g keje. petang2 plak balik dari keje, balik umah dlu bukak gate siap2, kalau rase byk barang simpan dlm umah dlu. baru g amik anak2. biarkan gate terlopong. g amik anak2, bila nak masuk umah kan senang sbb gate dah bukak terlopong.

#2 tgk anak.

sayee adalah jenis paranoid sket. kalau anak takde depan mata, sayee dah risau. esp kat luar lah. dlm umah insyaAllah selamat. asalkan barang2 bahaya dah simpan jauh dari pandangan mata anak2. tu pun, kerap sangat sayee tanye abg abdul pintu umah kunci ke tak. takut tibe2 org jahat masuk umah atau anak2 kluar dr umah. (siap pesan ngn abg abdul, jgn marah lak kalau dok tanye pasal pintu kunci ke tak, sbb bini awak ni jenis paranoid). hahha

penah kami nk kuar keje sama2. anak2 dlm kete sayee. dah gerak tibe2 tertinggal barang. sayee nk masuk umah amik barang tapi nak tinggal anak2 dlm kete kejap. abg abdul nak gerak dlu. sayee tahan tak bagi pergi dlu wpun dia dah lambat. sebab nak suh dia tgk kete (anak2 kat dlm). sayee sgt jauh lebih paranoid dari dia. dia macam langsung tak paranoid kot. sbb tu lah kami saling melengkapi. jodoh Allah. eh, melalut plak.

#3 check up mak pregnant.

masa sayee pregnant kan siddiq, beberapa kali jugak terkena jadual yg dekat2 sama ngn check up solleh. nurse bg je tarikh yang sama. senang dtg sekali je. tapi sayee taknak. sbb? check ibu mengandung kan kena g tandas amik urin. kalau sayee masuk tandas, sape nak tgk solleh? maka, sayee rela dtg 2x seminggu.

masa dah sarat pregnant, sayee tidak lagi outing berdua ngn solleh kalau takde abg abdul. sbb dlm kepala dok pk, tibe2 kalau sayee sakit nak beranak mesti org akan tlg hntr ke hospital. sayee sakit, maka sapa nak tgk solleh. tak leh bayang solleh dok ngn strangers sementara nak tunggu abg abdul atau ahli keluarga lain smpi. 

#4 bila tidak di rumah sendiri.

kalau balik umah gelanggi/umah jengka, biasenye umah sana tak berkunci 24j. pintu ternganga je. ye lah, dok kawasan camtu mmg tenang sket. pintu ternganga pun bole tdo selamba je. (patut lebih berhati2 tapi dok berdekatan ngn jiran2 yang mmg kite kenal smpi tahap bole tolong angkat kain jemuran bila hujan, kite rase lebih selamat betul tak). waktu camni, sayee mmg dok perhatikan anak2 je lah. kalau nak masuk tandas kejap pun siap bgtau sesorang dlu mintak tgkkan anak2. kalau kat umah jengka, sayee kuncikan pintu. umah gelanggi segan lah sket nk memandai2.

kesimpulannya, soal anak mmg sayee menjadi lebih paranoid. dan sayee rase ibu2 lain pun sama. betul tak? :)

24 June 2014

Oh my solleh!

As salam.

Sayee nk cite pasal anak sulung sayee ni. Sejak dia nk dapat adik lg dia mmg petah sungguh bercakap. Dan dia plak mmg jenis tak pelat.

Skang dia dah 2y2mo. Makin hari makin byk bende kelakar kluar dr mulut dia. Kadang tu nk marah pun tak jadi.

Bab emosi plak baru je pandai. Rasenye sejak ada adik ni lah. Mungkin kah dia rase diabaikan? Kasih sayang terbahagi dua? T-T

Situasi 1. Br siap be.rak nk pakai sluar dgn abah. Dia main2 masa nak pakaikan sluar. Pstu abah cubit sket peha dia. Dia nangis. Abah lari. Sayee pujuk ajak tgk tv. Nak alih perhatian dr cite psl kena cubit. Konon taknak bg dia masuk dlm memori lah. Mmg dia stop nangis n tgk tv. Tibe2 abah dia nk dtg kt dia. Dia mcm mengelak smbil ckp "abah cubit solleh"..nada mmg meruntun jiwa abis lah..sayee pun emo skali. Dia mmg rapat sgt ngn abah. Huhuhu.

Situasi 2. Sayee buat2 merajuk sbb dia gurau ngn sayee tp kasar sket. Sakit gak lah. Sayee tutup muka tapi still dapat intai dia dr celah jari. Dia muka mmg cuak. Tapi masa tu tak nangis pun. Dia usap2 tgn sayee (nak pujuk kot). Sambil tu dia dok panggil mak. Tapi suara perlahan sgt amat mcm mendayu2 je. Dia rase bersalah agaknye. Tp ada ego sket nk pujuk secara terang2an. Sayee pun stop merajuk. Pstu dia sengeh. Bercahaya muka dia tgk mak dah tak merajuk. Pstu dia tny "mak kawan solleh tak? Mak kawan solleh ke?" Sendu btul mak. Ish2..

Masih dgn selimut busyuk dia. Kongsi ngn adik ok. Ngn org lain xboleh. Kalau bgn pg2 tgk adik x selimut, dia siap bgn selimutkan adik. Suweet sgt. P/s: Teruskan menyayangi adik ye. Jgn gaduh2 rebut2.

Mknn kegemaran masih lg nasi goreng banjir. Dapat nama tu sempena nasi goreng yg sayee goreng pd hari banjir, dia selera sgt mkn. Mknn kedua kegemaran ialah macaroni dgn white sauce. Buh brokoli dlm white sauce tu dua akan kutip smpi abis. Seronok btul tgk dia mkn selera. Aiskrim? Xpandai mkn lg. Sayee siap buat aiskrim sndiri nk ajar dia mkn tp dia xske. Sejuk kot. Vitagen br je pandai minum. Tu pun br beberapa kali je minum smpi abis. Byknye minum sket pstu dia buh smula dlm fridge. Haha. Anak mak tau air masak je. Sian plak.

Susu botol? Masih minum. Pediasure perisa coklat. Dia panggil susu milo. Nmpk la badan dia mcm berisi sket sejak minum pediasure ni. Alhamdulillah.

Diaper? Masih! Tp biasenye yg tukar sebelom tdo tu kering aje smpi pg. Bole sgt dah nk betul2 potty train. Tp apekan daya mak dia keje. (Alasan je ni)

car seat? masih! kalau pegi/balik dr umah mama je bole dok bebas sket. tu pun kadang2 dia panjat sndiri nak dok kat car seat dia. ske sgt ada geng dok belakang. sama2 ngn adik dalam car seat.



gambar di pagi hari. sayee ske tgk anak2 tdo.


masih dok di car seat. 



ske sgt dpt rak baru. mak rimas tgk mainan awak bersepah.


nasi goreng banjir kegemaran!

Semoga awak terus membesar dgn sihat sempurna ye anak. Mak sayaaaaang solleh!
posted from Bloggeroid

12 June 2014

Pengalaman melahirkan Abdullah Siddiq

*entry tertangguh. sayee perlu jugak jugak buat entry ni sementara masih ingat pengalaman bersalin ni secara detail.

3mac - 3hari sebelum edd. Sayee dan abg abdul bawak solleh g hoshas. Appmnt dgn paed psl post meningitis tu. Masa tu mmg sayee dah start cuti. Amik cuti awal sbb mmg dah xlarat nak g keje. Masa kt hoshas, org kiri kanan ramai yg tny bile due. Sbb sayee dah sarat sgt. Jmpa dgn nurse yg rapat ngn solleh pun dia tny jgak. Sayee sndiri pun g hoshas rase mcm nk g beranak dah. Hehehe.

lepas appmnt kami pulang saje sebab takde tanda2 nak beranak pun. dan sayee pun melepak saje di kedai moto seperti biasa. sambil melayan solleh n aina main2.


mlm tu seperti biasa jugak abg abdul kat steamboat. sayee dan solleh kat umah. kul 10++ sayee tertido masa tdokan solleh. kul 1130 terjaga tgk ada 2sms abg abdul tanya pasal sayee. tapi tak larat nak reply, sambung tdo je.

4mac - kul 1230 sayee terjaga lagi nak betulkan posisi tdo. tibe2 rase air kuar dr bawah. dengan banyaknya. (rase macam ken.cing tapi sangat banyak dan tak bole kontrol langsung). cuak mode is on! sayee tak berani nak bangun pun. call along. sbnrnye bole je jerit tapi takut solleh terjaga so call. along dtg bilik sayee. bgtau ada air kuar. pastu along call abg abdul. sayee dah bangun2 nak siap g hospital. sbb air kuar non stop. sah la air ketuban. x mungkin air ken.cing byk sgt kan.

abg abdul sampai dr steamboat, terus g hospital. dlm kete air kuar lagi. smpi hospital kuar lagi depan pintu wad bersalin tu. masa ni air ketuban dah hijau. dr umah tu jernih n bersih je. misi2 dah berpandangan sesama sendiri. cuak betul. dah la kes GBS mmg cepat2 kena cucuk antibiotik kalau kuar air dlu.

sayee disuruh tukar pakaian. pakai pad n masuk bilik utk buat CTG. masa kat sini abg abdul tak leh masuk pun. dok sms je la ngn dia. sakit? takde langsung!

masa ni CTG masih ok. VE, baru 1cm. sakit, takde lagi. kul 2 antibiotik masuk. pastu doktor datang. bgtau baby dah berak kat dalam sbb air ketuban sayee dah kaler ijau. maka, sayee kena transfer ke hoshas. naik ambulan lagi! tapi masa ni tak sakit. so dalam ambulan sayee duduk je, tak baring.

kul 3 smpi hoshas. terus masuk labour room. check CTG. dah kurang memuaskan. VE, 2cm je. sakit pun takde. maka, doktor decided utk emergency operate. sayee langsung x ingt nak tanye doktor mintak induce. sebut operate terus sayee setuju je. sambil nangis2 la of course. mak syahdu!

kul 4 sayee masuk OT. abg abdul ada tolak sayee skali nak ke OT. masa tu mmg syahdu. mak abah kat mekah. ada MIL tapi tak dapat jmpa pun. syahdu tak dapat mintak maaf ampun bagai.

dalam OT tak ape nak citer sgt. kena cucuk kat tulang belakang. pastu kena belah. tibe2 dgr baby nangis. kul 4.33am. dalam hati, amboi senang btul beranak kali ni. tak sakit pun. takde contraction.

dapat tgk baby kejap. boy jugak. 3.8kg bambam. misi sempat lg tanya anak sulung boy or girl. sayee ckp boy jugak dia kata bestnye. agaknye anak dia seme girls kot.

baby kena masuk SCN sebab dia dah berak dalam perut kan. lgpun kes GBS mmg kena dok wad jugak. berpisah ngn baby lepas beranak adalah sangat tak seronok.

kuar dr OT yang sangat sejuk tu kul 630am, sayee ditolak ke labour room semula. kena tggu 6j baru bole g wad. sbb terlalu byk darah kuar katanya. lgpun sayee maternal obesity. doktor takut pitam lah mcm2 lah. dapat jmpa abg abdul kejap. dia kata dia nak g SCN azankan baby. tadi kat OT dia dah dapat tgk baby. tapi kejap je.

masa kat labour room, slowly ubat bius dah abis. sakitttttt ok. sape kata beranak czer tak sakit. sayee rase lebih sakit dari beranak normal kottt. sayee dpt morfin sebagai ubat tahan sakit. ubat tu kena tekan sendiri bila rase sakit. bile sakit je sayee tekan. kadang2 membantu kadang2 tak langsung. rupenye dia takbole tekan kerap sgt. ada selang 5minit jugak. kalau x sampai 5 minit dia tak jalan jgak ubat tu. sbb tu kadang2 ilang sakit kadang2 tekan camne pun tak ilang sakit. haha. rakus sgt kan. masa dok tggu 6j ni, sayee teringat sangat kat solleh. time dia dah bangun. mesti dia cari mak cari abah. sedih giler ingt smula masa ni.

kul 1230, patut dah bole balik wad. tapi misi seme sibok. maka, tggu shift kul 2, baru sayee g wad. masa ni sayee dah dapat minum air sket utk cuba2 takut muntah. smpi wad kul 3 tu. misi suh sayee cuba bgn. kalau lepas bangun, lepas jalan2 g tandas, bole g tgk baby. semangat sayee menahan sakit sbb nak sangat g tgk baby.

sakit? jgn tanye la. mmg sakittttt sgt nak bgn tu. kuar air mata kotttt. tapi demi nak jmpa baby, ku gagahkan jugak. lepas g tandas, sayee amik gambar tag kat tgn tu dan update kat fb sayee dah beranak!


sekian, kisah beranak anak ke2 ni. syukur Alhamdulillah both mak n baby selamat. 


Abdullah Siddiq day 1

anak2 sayee

nanti sayee sambung kisah dok hospital seminggu baru bole balik umah. kisah nangis2 ingat kat solleh dan mcm2 lagi. heheheh.


Related Posts with Thumbnails

ads