06 September 2012

kesah solleh masuk spital..part 3

rabu - 6jun 2012

lumbar puncture kali kedua..solleh start puasa kul 930..masa ni dia takde jarum sebab dia amik antibiotik guna IM.. terus je cucuk kat lengan/peha..so, xleh puasa lama2 sebab tak de masuk air kan. kul 1130 sayee bg dia mkn ubat tdo..kul 12 masuk bilik prosedur. tapi dia jaga semula bila doctors nak start buat LP. maka, doktor buatkn line kat tgn dia, masuk air dan masuk ubat bius.

masa buat LP kali kedua ni abg abdul tak dapat teman sbb takde orang nak jagakan kedai. maka, sayee sorang2 je tunggu dia kat luar bilik prosedur.. sedey + risau + terharu + bimbang + etc etc seme ada.. tapi telan sorang2 je la. orang lalu lalang tgk sayee nangis pun sayee buat taktau je..

result 2nd LP tak ok. solleh kena tambah lagi seminggu antibiotik. sayee mmg stress masa ni. sbb by the time abis antibiotik, maternity leave sayee pun abis. tapi terpaksa redha. nk anak sihat.

pagi sebelom buat LP. baru siap mandi masa ni.

lepas siap LP. mamai dengan ubat bius. dia merengek2 masa ni marahkan wayar kat idung tu.

khamis - 7jun 2012

antibiotik seperti biasa. continue cucuk kat jarum kat tangan tu.

jumaat - 8jun 2012

antibiotik seperti biasa. solleh pindah wad melor 1 sebab dia stabil dan tggl nk abiskan ubat aje. tapi tangan dah bengkak. kami mintak doktor buat IM je. 2 kali sehari.

sabtu ahad isnin selasa rabu - 9, 10, 11, 12, 13jun 2012

antibiotik seperti biasa. tapi dah tak tahan dengar solleh nangis masa cucuk IM. kami mintak doktor cuba cari line. dapat kat kaki. alhamdulillah bertahan lama. 

masa ni bole kata mmg sayee bahagia je walaupun dok spital. sbb tgk anak dah mmg nmpk sihat. dan masa ni la dia dah start sengeh. ada responsive smile. bila kite agah dia sengeh. ske sgt. doktor agah pun dia sengeh.

mula2 pindah melur 1, sayee dok kat tempat yg xde econ. solleh naik ruam byk sangat. maka, sayee mintak tukar kat tempat sejuk sket. tapi dia start batuk selsema plak. tapi doktor kata dia ok. cuma doktor bagi normal saline untuk titiskan dalam idung. sbb dia marah je idung tersumbat.

yg duka nya mggu ni adalah ke'merudum'an susu melanda. mungkin sebab sayee byk tdo dan berehat, sayee slalu skip pumping session. maka, susu pun merudum la. dah la vit tak makan. mmg cukup2 je la susu tu. kalau pam dapat 2oz je paling byk. campur dengan stress pun ye jugak kot.






masa berjaga main dengan abah dia.

khamis - 14jun 2012
alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah. doktor kata anak sayee betul2 dah sehat. ubat terakhir kul 6pg. lepas tu dah bukak jarum. dan dah bole discaj. syukurrrr sgt. akhirnya dibenarkan keluar. pagi2 lagi sayee dah siapkan solleh dengan uniform keluar wad. ecehhh, siap ada uniform bagai.. sebenarnye baju ni abah solleh yang beli masa solleh kat wad. saje la sayee simpan nk pakai hari kuar wad. hehehe.

masa nk tggu abah solleh datang amik tu, sempat lagi sayee bawak solleh jalan2 kat cafe. hebat sgtttttt...!!


kasut uniform

uniform lengkat untuk kuar wad. yeaaaaayyy!!!

tamat dah kesah solleh masuk spital. harap2 lepas ni tak akan ada lagi sebarang penyakit datang menjengah keluarga ku. amin, syukur pada Allah swt.....



No comments:

Post a Comment

LUAHKAN RASA ANDA DISINI

Related Posts with Thumbnails

ads