Sejak hamil ni, sayee amalkan doa ni. sayee dapat dari blog kernakasihkita. sayee rase elok jugak kalau abg abdul pun selitkan doa ni dalam doa harian dia. tapi, slalu sayee lupa nak bgtau dia. ni sementara teringat, sayee masukkan dalam blog je. nti bila dia tgk, bole la amalkan jugak. insyaAllah..
Ya Allah ,
peliharalah anakku selama ia berada di dalam kandunganku dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan , tidak ada penawar melainkan penawar-Mu , penawar yang tidak meninggalkan penyakit.
Ya Allah ,
Engkau perelokkanlah kejadiannya yang sempurna dan tetapkanlah hatinya agar beriman kepada-Mu dan kepada Rasul-Mu.
Ya Allah ,
zahirkanlah dia ke dunia dengan mudah dan selamat .
Ya Allah,
anugerahkanlah dia kesihatan yang sempurna , berakal dan bijaksana , alim dan beramal .
Ya Allah,
panjangkanlah umurnya dalam ketaatan , sihatkanlah tubuh badannya ,dan indahkanlah akhlaknya, fasihkanlah lidahnya , perelokkanlah suaranya untuk membaca al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhamad s.a.w. dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam .
Aminnnnn..
ye, mmg dah lama sayee tak update blog ni. bersawang dah kot. nnti la sayee panggil cuci-cuci services buat major service kat blog ni. ekekeke. sebenarnye banyak nak kongsi pasal pregnancy ni, tapi sayee taknak nampak terlalu excited. segalanya ketentuan Dia, kita hanya mampu merancang. nti insyaAllah sayee akan cerita sket-sket.
No comments:
Post a Comment
LUAHKAN RASA ANDA DISINI