29 July 2015

alahai lazada..

jap, meh sini nak citer. kesah sayee dan lazada. haaaa, jgn taktau sayee dah genap setahun tak membeli diaper anak2 kat pasaraya sbb lazada 'bekalkan'. bukan free, sayee bayo. sbnrnye, ada lah jugak beli kat pasaraya, bukan takda langsung. tapi bekalan utama adalah dari lazada. kalau jmpa yang murah2 sgt2 kat pasaraya baru la sayee amik satu atau dua cmtu. stok kat umah mmg bertingkat2. bile murah je sayee rembat. walaupun byk lagi stok kat umah nun. hehehe.

sayee start beli ngn lazada july14, ni dah july15. sbb tu sayee ckp genap setahun. dah memacam sayee try beli ngn lazada ni. serious mmg memacam. susu anak, diaper anak, botol air masak anak, car seat, blender, power bank pun penah. yang paling sayee puas hati beli pediasure vanilla 1.6kg sekotak ada 6 tin. haaaa, ske ok. dah la murah masa tu, ada 10% diskaun lagi. mak aiiii, syoikkkk ok.

car seat tu pun, sangat lah puas hati. even tambah dengan bulky fees pun masih lagi murah banding dengan kat pasaraya yang sayee jumpa. seronok, kan?

dlm bulan puasa haritu, sayee ada beli bread maker. dah lama sangat teringin, akhirnya dapat jugak. tapi kakak sayee yang bayo. sayee tau guna je. ekekekke.

so, brape total yg sayee dah labur kat lazada? jeng jeng jeng.. 3k++ hahahaha. tapi kebanyakkannya mmg ada diskaun, n ada baucer. berbaloi lah.

ni baby bullet sayee beli di awal2 penglibatan dengan lazada. 
tapi tak penah bg review. mmg senang masa siddiq mkn bubur dlu. 
sap sap soi je nak bawak g mane2 senang. 
nk blend sket ke byk ke, pilih je. sangat senang dan memudahkan. 





24 July 2015

selepas sebulan++

sedikit update selepas sebulan lebih pindah kat sini.

anak2 kat taska so far ok, puas hati. ada lah sikit2 part terasa nak marah tapi tolak ansur halal berhalal je. cuma, pagi sebelum hntr taska ngn ptg balik dr taska. setakat ni drama pagi petang masih ada. kadang pagi2 taknak mandi kat umah, tanak susu, nangis2 meronta tu perkara normal. ptg plak tibe2 tanak balik umah jengka, nak balik umah kuantan, nk g kedai wan dlu sbb nak main basikal, xnak dok car seat tu pun perkara normal. mmg betul la org kata bile amik staff perempuan mmg byk masalah, byk hal. bile kena transfer camni, satu keluarga jadi mangsa. satu keluarga dpt tempias. nak kena sesuaikan diri tu bukan staff tu sorang je. tapi satu keluarga. ngn umah baru, taska baru, rutin baru. ni baru cerita part nak g taska. part siddiq meraung setiap kali tak dapat berdokong takyah ckp ler. hari2 setiap masa. smpi kan nak gosok baju kerja pun, sayee buh dia atas meja gosok tu. pastu sayee dapat gosok sipi2 meja je sbb takut dia kena panas. bahaya? sayee tau dan sayee alert. org yg tak dok tempat sayee takyah lah nak mengata. sayee tau ape sayee buat. siddiq la paling menguji kesabaran buat masa ni. drama air mata dia tak abis lagi. kalau kat umah kuantan dia ok, kalau ada abg abdul pun dia ok. tak tau lagi dah camne nak biasakan dia dengan tempat baru. nak slow talk bukan dia paham lagi. T___T




ini plak, kisah cikgu kesayangan solleh kat taska anjung naluri. cikgu nurul namanye. dia selalu wasap tanye kabar solleh. dia rindu solleh. bile sayee tunjuk gambar ni kt solleh, terkejut jugak solleh masih ingat nama kawan2 dia. nama cikgu. yg sayu nye bila dia kata, 'ni firdaus kwn aleh ngn cikgu nurul dia, bukan cikgu nurul aleh kan. sbb aleh dok skolah cikgu baru kan'. oh mak sentap! 



cucu nenek atuk yang ke15. lelaki. 230715. mak abah sayee baru 5org cucu, mak abah abg abdul dah 15 cucu. hehehe. aritu sayee saje2 takde keje, dok buat analisis cucu nenek atuk ni. start dr cucu ke2, elok je turutan dia. camni; 
cucu pertama lahir tahun 1998 so tak masuk list. 
cucu ke2 lahir 2002, 
ke3 2004, 
ke4 2004,
ke5 2005,
ke6 2006,
ke7 2007,
ke8 2008,
ke9 2009,
ke10 2010,
ke11 2012,
ke12 2012,
ke13 2013,
ke14 2014,
ke15 2015.

dr 15org cucu ni 3org je turutan tak ikut tahun lahir. lain seme sama. hebat sgt. ahhaha.






ni plak gambar2 kawan kuantan sayee. adalah sedikit kerinduan pada geng2 kat opis kuantan ni. 5 tahun keje ngn dorg, dah rapat dah selesa dah terbiasa. takkan tak ingat kan. cuma kite yang dah dewasa ni pandai nak control emosi, dah pandai nak berhubung mcm2 media sosial ada. tapi anak2 kecik tu tak pandai nak call kawan2 kalau rindu, tak pandai nak control emosi. sbb tu buat perangai. tapi mak dia yang dah dewasa ni tak paham pun masalah dorg. tau nak menyinga dan menaga je. hadoiii, maafkan mak korang wahai anak2ku. mak cuba lagi tak nak marah2 ok.



oh yang ni plak birthday treats kat herbaline. setiap tahun mmg sayee akan herbaline bile time bday. sbb dia bg diskaun ikut umur. contoh harga facial 100, umur kita 30, kite kena bayar 70 sahaja. syok kan. tu dia bagi hadiah dlm kotak putih. ingatkan kot dpt produk herbaline size kecik2 ke, rupenye dpt chocolate 2 ketoi. masa tu bulan puasa, sayee bg anak2 mkn seketoi sorang. yg kereta kayu tu plak mcm music box. dia pasang lagu happy birthday tu masa bawak dulang tu kat sayee. hehhe. tq herbaline. sayee mintak nak bawak balik kereta music tu tapi tak dapat. hahahha.

kesah seterusnya, lenovo ku hancussss. selasa raya ke5 tu sayee ikut abg abdul g putrajaya. bawak anak2 skali. abg abdul nk g KPM uruskan mybrain dia. taska pun tutup lagi terpaksa lah sayee cuti. alang2 raya haritu tak dapat jmpa makpak sedare yg klang/s.alam tu. sayee pun g la umah dorg. kat situ, solleh dok pegang tepon sayee. saje dia nak pegang bukan main pun. budak2 lain seme ada gadget memasing, dia pun kengkonon nk pegang jugak. gituuu kot. tapi dia dok lempar sana lempar sini. masuk kereta nak balik tu sayee nak bukak waze, tgk2 dah gelap gulita. tak keluar ape2. tapi kalau call bole dapat cuma tatau sape yang call lah. maka, rabu tu pagi2 sayee g sebat tepon baru. g atm keluarkan duit seribu je. supaya tak beli tepon yang lebih mahal dr seribu. maka pilih punye pilih sayee rembat samsung galaxy e7. hrga? 1030. 30 hengget tu guna duit raya abg abdul bg sayee. ikut hati nak rembat duit raya solleh je. hahhahahha. melayang duit mak tau tak anak oiiiii.

syok jugak spec dia
2gb ram
16gb internal memory
camera 13mp (5mp secondary)
screen 5.5"
review sayee: lebih kurang note2 punye performance tapi lebih laju. body lebih ringan. ketahanan bateri pun sama macam note2. tu je. ok!


sekian lah dlu utk kali ni. ada masa sayee mencoret lagi.




Related Posts with Thumbnails

ads