22 June 2015

mainan tido

assalam

sayee mimpi malam tadi. mimpi tak enak. bila terjaga, dada berombak nafas laju, peluk cium anak, terus nangis. mmg tak bole bayangkan betapa sayee bersyukur semua yg terjadi tu adalah mimpi.

sayee mimpi, sayee tgh jalan2 ngn solleh kat tempat macam jeti atau pelantar tepi sungai. pastu tepi tu jugak ada jalanraya yang sibuk. abg abdul dan siddiq takde. sayee nak bawak solleh g kat abg abdul. sayee angkat dia naik atas pelantar tu, suh dia tunggu sayee panjat plak. tapi belom sayee panjat, dia dah lari ke arah jalan raya. sayee nampak kereta emergency stop nak elak dari terlanggar solleh. sayee jerit je sambil panjat pelantar tak lepas2 lagi. solleh makin jauh dan lari makin laju, tak hirau langsung sayee dok panggil.

tibe2 sayee nmpk ada org tarik dia dok tepi jalan. sayee lari nak g kat solleh, tapi ada kereta lalu, bawak solleh masuk terus lari laju. sayee jerit sambil kejar kereta tu dan terus terjaga.

ya allah, sayee menaip ni sambil menangis. betapa sayee sangat amat bersukur seme tu mimpi. tak dapat bayangkan kenapa sayee begitu cuai smpi biarkan solleh terlepas depan mata. 

ya Allah, lindungi lah anak2ku Abdullah Solleh dan Abdullah Siddiq walau di mane pun mereka.

dlu, sayee penah mimpi lebih kurang camni jugak. tapi "kehilangan" siddiq. ya Tuhan, mmg berombak dada bile terjaga tu.


13 June 2015

cake in a mug

sape penah try? saya!
sape penah try dan menjadi? saya!

ske ske ske... ada satu hari tu, solleh ckp nak mkn kek. sayee paham dah solleh tu, mkn nye sket aje tapi selera mcm2 nak makan. tibe2 kebetulan jmpa video buat individual kek coklat dlm microwave je. takyah preheat oven bagai. sayee pun try. kebetulan seme bahan ada kat umah, bole la buat.

mula2, 
buh 4tbsp tepung serbaguna/gandum
2tbsp serbuk koko
1/4 tsp baking powder
2 tbsp gula biasa
secubit garam

**gaul semua dry ingredients ni smpi rata

tambah 5tbsp susu segar
2 tbsp minyak

**gaul sebati

pastu bole tambah perisa ikut kesukaan. 
haritu sayee buh peanut butter dan choc chips. nk buh nutella pun bole.

**masuk microwave 2 min (med high)

sebelom mkn, sayee cedok aiskrim vanilla. sedapppp.

abg abdul kata, lepas ni kalau takde ape sgt utk dihidang kat tetamu, buat ni je lah.
sedap la tu...

nota kaki: abg abdul sayee mmg jarang memuji. tapi bila dia suruh buat lagi tu maknanye sedap la kat tekak dia. ataupun kadang2 dia akan ckp "nti bole la buat kat umah gelanggi". haaa, sila la kembang semangkok bila dia ckp camtu. hihihihi.



12 June 2015

celoteh; travel

as salam semua.

sayee dan keluarga kecil kami ni jarang travel sana sini. kecuali ada kenduri kendara ke penah la jugak g road trip ngn anak2. awal tahun 2015, abg abdul menyuarakan hasrat nak bawak isteri dan anak2 g jalan2. tak jauh pun takpe, asalkan dapat bercuti bawak anak2 seronok2. (maknye yg sengeh lebih2) hahahha.

masa tu sayee cuma reply, "ok je. nti kite plan lah." dalam kepala dah terbayang nak g jalan2 ke penang. sebab, sayee rindu penang! dan sebab kedua pasal wedding bff ni lah. selain tu, sayee bayang cuma nak ajak abg abdul bawak anak2 mandi manda kat gambang je. dekat sket.

tibe2 rezeki nak jatuh ke riba. ada family day opis sayee. buat kat lost world of tambun, ipoh perak. dapat lah sesambil family day sesambil jengjalan ngn keluarga kecil kami ni. siap belikan baju mandi utk anak2 sebelom gerak. comel giler tgk budak 2 org tu pakai baju mandi. rase nak puk montot tu. hahha. gerak seawal pagi ke ipoh. ikut jalan genting sempat-batang kali-tanjung malim tu. tdo kat ipoh. esoknye, gerak ke lost world of tambun dan beraktiviti kat situ smpi petang. mlm tu dinner dan karaoke dan cabutan bertuah. tapi kami balik awal ke bilik hotel sbb anak2 sayee jenis tdo awal. lgpun penat mandi manda siang tu.

esoknya, sebelom check out bg dorg mandi manda kat pool hotel pastu smbung plak kat bath tub dlm bilik. baru lah check out. gerak balik ikut batang kali jugak. singgah kat mini cameron highlands. jalan2 kat situ kejap. terus balik ke kuantan. smpi kuantan terus pengsan. yang tak best nye, sabtu kat tambun tu sayee tibe2 kena sakit mata. bgn pg tu rase pelik je. masa kat waterpark tu dah makin kelabu. terus g klinik kat ipoh cari ubat dlu. tak tahan btul. dapat la mc 3 hari. bole la rehat sket balik dari tambun tu.

ok, gambar tak byk pun. layan je la ape yg ada.


dalam kereta. siddiq kongsi selimut busyuk solleh haha.


mandi kolam dlm bilik hotel.

dinner sabtu malam

selepas dinner, nak balik dah

singgah mini cameron highlands otw balik kuantan

"mak, amik gambar aleh pegang tgn patung ni"

"patung ni plak mak"







seminggu lepas balik dari tambun, kami ke penang plak utk wedding zta tu. sempat la bawak anak2 g naik feri. plan nk g bukit bendera. sbb lepas renovate, sayee tak penah g lagi. tapi sbb masuk lunch kt gurney plaza dan stuck kat parking lot kemain lama, maka tak sempat nak naik bukit bendera pun.

masa mula2 smpi penang tu, sementara nak tggu kul 2 check in, kitorang g nyeberang naik feri. tapi anak2 tdo masa ni. sayee ajak abg abdul g usm engineering campus. rindu sgt tempat tu. mmg ternganga tgk usm tu dah byk pokok. masa zaman sayee student situ dlu, takde pokok pun. panas kelenting2. bangunan2 baru pun byk jugak. ada hangar lagi kat belakang skul mekanik tu. pastu ada bangunan koperasi kat tepi padang. teringat btul zaman dolu2. siap g mkn kat cafe ok. abg abdul mmg kagum la mkn ayam goreng 2 hengget je. penang mmg heaven la bab makan. murahhhh. lepas mkn sebelom kluar tu kami siap benti kat gate ok, amik gambar ngn anak2. smbil mulut pot pet2 bgtau anak, "ni la skolah mak dlu". hahahhha.

lepas tu kami balik ke island naik jambatan kedua. tak enjoy btul naik jambatan ke2 ni sbb tgh ngntuk. smpi island terus g check in dan tdo. ngntuk btul bgn kul 4 pagi sbb nk siap2 g airport kul 5. mlm tu g kenduri zta. esoknye lepas bfast g repeat nak naik feri lagi. tapi anak2 tdo lagi. maka, kami g nyeberang naik jambatan pertama plak. smpi seberang, terus beratur nak naik feri. mujur2 anak2 dah bangun.

ok, gambarrrrr.




USM kesayangan

tgh beratur nak naik feri.
anak2 seme nak dok depan sbb cari mana feri. mana bot. 
lenguh peha mak riba korang tau tak. haha

mak mmg diva, x drive pun nk pakai cermin mata hitam.

siddiq layan angin feri.
solleh peluk tiang hahha


mmg bersungguh dia peluk tiang.




dlm flight nk balik dah.
siddiq tdo sepanjang flight balik.


seterusnya, cerita g gambang waterpark. ibu sayee (mak sedare) bawak anak2 dia jalan2 ke kuantan. tdo hotel semalaman, tdo umah sayee semalaman. pastu dia ajak g mandi manda kat gambang waterpark ni. sbb dorg tak penah g. sayee pun baru 3x je pegi sini. masa ibu smpi tu, sayee mmg tgh cuti mc sakit mata. anak2 hntr pengasuh n sekolah. tibe2 ibu ajak g, kami pun tinggal anak2. kejam betul rase diri ini. g tmpt seronok2 main air tapi tak bawak anak2. hihihihi.

ain, anak ibu yang bongsu

abg abdul, sayee dan cikdin (suami ibu)

ibu yang depan sekali tu.

dalam pada keluarga kecil kami g travel sana sini ni, kakak sayee balik ke kampung suami dia kat taiping. mak abah sayee yang kebosanan tggl berdua je, g naik ke cameron highlands jugak berbulan madu berdua. chewwaaaahhh. hehehhe.




 

11 June 2015

celoteh; kena transfer

as salam semua.

cerita seterusnya untuk dikongsikan disini ialah, sayee dpt transfer! citer transfer ni sebenarnya dah lama, dari sebelom siddiq ada lagi smpi la siddiq pun dah besarrrr bole berlariii akhirnya sayee dapat pulang ke kampung halaman.. masih lagi dengan company yang sama, jawatan yg sama, cuma berbeza kawasan jajahan dan taklukan je. sebelom ni sayee jaga seluruh negeri pahang iaitu 11 daerah. skang cuma jaga satu daerah je. tapi bidang lebih meluas lah. takpe, ape2pun yang datang kite lalui aje. sambil senyum gembira. asalkan anak2 bahagia.

mula dapat surat 11mei haritu. tapi opis lama kena serah tugas dlu, siapkan mane2 keje yang ada dlu, setelkan cuti2 dlu, claims dlu etc akhirnya 8 jun baru sayee lapor diri tempat baru dengan bos baru. hari last sayee kat kuantan ada lah buat sket makan2. simple je. beli kfc n kek. potong2 kek pastu mkn smbil lepak n borak. amik gambar. berlakon sedey. hhahahha.

geng kat opis kuantan mmg sayee dah selesa sangat2. dari belom kawen smpi anak dah 2 dok opis tu. mmg la mesra dan selesa sangat kan. mmg antara memori yang tak senang nak lupa. tapi takpe, bole jumpa lagi. masih company yg sama kan!


selamat maju jaya ANGAH













meja terakhir. ni adalah meja keempat sayee selama dok opis kuantan 5tahun++.










posted from Bloggeroid

10 June 2015

celoteh wedding bff

assalam semua.

ada beberapa cerita nak dikongsikan. sayee mula dengan yang paling indah dan suweet lah. weddingggg. sayee mmg ske wedding. sangat ske. sbb semuanya cantik. baju, makeup, pelamin, hantaran. semualah. ske ske ske.

kali ni wedding kawan sayee masa matrik dlu, zita!!! kawan baik sangat ni. sayee ada jenis kawan yang sangat baik, dah kenal lama tapi masih update cite each other. wpun bukan lah jenis berwasap hari2, tapi kami tau kisah terkini masing2. dan paling penting wpun jarang jumpa tapi bila jmpa kami tak kekok. itu istilah kawan baik to me. hehehe.

wedding ni kat penang sbb zita org penang. sayee mencari tiket flight ke penang. sbb sambil2 nak bawak anak2 merasa naik flight. dan tak bg anak2 penat sgt dok dalam kereta lama2. kebetulan, dapat la tiket murah airasia. promo cuti sekolah.

tgh beratur nak check in. kul 6 pagi. @klia2

solleh mmg dok cium simut busok dalam pram je. takde nye dia nak berjalan kalau tgh ngntuk2.

disclaimer: anak2 tak mandi, kami berdua je mandi. haha mak bocor rahsia korang pertama kami naik flight tak mandi pagi. hahaha


mula2 mendarat di penang. kul 8 pagi.

masa akad nikah kat masjid sayee tak join. risau bawak budak2 yang tak cukup tdo. nti takut melalak kat masjid. nti dorg bising sayee jugak yang stress nak suh diam. nti sayee start marah2, anak2 start tak happy. so, kite bg dia rehat puas2 siang tu sebelom wedding mlm nye. maka, siang tu kami check in dan rehat di bilik sahaja.

pose terlebih bahagia dr the bride haha

ok, ni pose lebih sopan haha

midd, the MOH. n mummy yg tgh pregnant 4bulan++

ok, wedding mlm tu sepatutnya kena pakai kaler lavender. tapi sayee tak sempat nak prepare baju sedondon kaler lavender. end up kami pakai ske hati je. abg abdul pakai peach, sayee pakai koko bunga peach. anak2 pakai oren. hahaha.

kami kawan2 baik pengantin perempuan. syahdu!

group selfie with solleh

group selfie with solleh+marissa hehee

masa ni plak sayee dah balik. anak2 dah penat sgt.
sayang korang ketat2 sangat2, muahmuah.

esoknya, lepas bfast kami siap2 nak balik dah. flight balik kl petang tu. tapi kami check out awal nak g pusing2 penang. lepas check out terserempat ngn zta n husband. rupenye hotel kami sama dengan hotel rombongan pengantin lelaki. sempat nak jmpa zita lagi n sembang. sempat loklok brapa kali tak terbilang. terharu la tu angah datang dari jauh angkut anak2 walaupun zta lmbt bgtau angah tarikh kawen. hahahahha. ok, nak merajuk jap. hihihihihi.

ok, doa ku untuk mu. semoga perkahwinan ini sentiasa dirahmati oleh Allah. semoga korang cepat2 dapat baby. semoga korang sentiasa bahagia. dan semoga persahabatan ini kekal smpi kite bercucu plak nnti ok. 



Related Posts with Thumbnails

ads