10 April 2015

bila anak dah sekolah

assalam.....

sebelom ni sayee ada bgtau solleh dah masuk sekolah kan. sbnrnye tmpt ni lebih kepada nursery with activities. tujuan asal sayee dan abg abdul nak suruh dia belajar berkawan. dari kecik dok ngn pengasuh, dia kekurangan kawan sebaya. dan dia nmpk mcm dah bosan. tahun lepas setiap kali nak hntr kat pengasuh mesti dia taknak. so, kami pun cuba la cari2 sekolah utk solleh. sekolah ni dekat je ngn opis sayee. dekat ngn umah jugak.

so, hari ni just nak share gambar2 aktiviti solleh kat sekolah je.

2015, solleh ni genap 3tahun. so dia dok kat kelas 3 tahun. sebenarnye kelas ni untuk budak 3 tahun ke bawah. cuma aktiviti dia bahagikan ikut umur lah. pastu babies plak dok dlm bilik lain tapi kelas yg sama. cuma diasingkan je lah.

khusyuk masukkan benang dlm manik


lawatan jururawat gigi

solleh cek gigi


ni plak uniform setiap rabu.
hari bersukan.
aktiviti di luar.
pssst: tudung koko tu cikgu faveret solleh hehe


pakai kasut sendiri, dok atas lantai


hari jumaat, baca iqra beramai2


spiderman buat aktiviti koyak2 tampal2 haha


aktiviti mewarna

hari jumaat jugak
cikgu bawak ke masjid

perubahan selepas g sekolah pun ada byk la jugak. byk dah bacaan2 zikir yg dia dpt ikut. 123 dan abc pun dah bole. mandi awal pagi. dlu g umah pengasuh, penah je tak mandi. haha.

tapi, kdg tu berbelah bagi jugak sebenarnya. taktau kami buat keputusan yang betul atau tak bila hntr solleh g skolah ni. kadang tu ada terdengar dia ckp kasar. mungkin pengaruh kawan sebaya kot. kdg tu dia mudahhh sgt menangis cuma sebab yg kecik je. mcm saje nak perhatian mak abah. kdg tu buat perangai awal pagi tak nak g skolah. hmmm, sabar la. tunggu smpi setengah tahun ke tgk cmne. mudah2an awak seronok kat sekolah tu wahai anakku.





posted from Bloggeroid

07 April 2015

rutin pagi bekerja

keje di rumah kalau nak diceritakan mmg takde penghujung. tak tau kat mane ujung pangkal atau kat mane klimaks. haha. yang pasti, kadang tu rase penatnye tuhan je yang tau. tapi, kite lalu aje lah. 

ckp pasal rutin pagi2 ni, hal pakaian nak g keje, hal bekal, hal beg sekolah anak sulung, hal cooler bag ebm anak kedua dan bekal anak kedua jugak, pastu hal bfast anak sulung pagi2 sebelom g sekolah. dan list berterusan tak tau kat mane ujung nye. kdg2 tu bile smpi je kat opis sayee kena amik masa utk bernafas dlu kejap. T____T

list sayee pagi2 ni bukan sayee buat semua pun. kdg tu kalau dah terlambat mesti g keje pakai ape yang nmpk je dan confirm selekeh nak arwah. kdg tu kalau sayee siapkan pakaian keje dlu, mesti tak sempat nak buat bekal. atau tak sempat buat air abg abdul. sayee penah buat berjaya buat semua keje wajib ni dgn sempurna dan sempat smpi ke opis on time, TAPIIIII sayee tdo dr kul 8mlm smpi kul 12mlm je. lpas tu tak tdo langsung, siapkan semua keje. T_______T

tu belom cerita ragam anak2 lg. anak sulung tu kdg ragam pagi2 dia bole tahan jugak lah menuntut kesabaran. anak kedua plak, org sebok nak mandikan abg, dia sebok nak ikut masuk bilik air jugak. biasenye dia mandi ngn mama pengasuh, sayee malas nak mandikan awal pagi kat umah sbb sejuk sgt (sbnrnye sbb tak sempat T___T)

mak, aleh nak minum air kolik (horlicks) kat depan. aleh nak tgk tv.
mak, aleh nak g skolah ngn mak.
mak, aleh nak g skolah ngn abah.
mak, aleh nak g skolah ngn abah ngn mak.

penah tu,
mak, aleh nak g ngn mak ngn abah ngn siddiq.
haaaa, stress tak?

sayee sgt amat mengagumi ibu2 yang bekerja, sempat makeup, pakai cantik2 g keje, dok kat bandaraya besar yang sesak kat jalan raya. camane korang bahagi masa huh? bgn kul bape? tdo kul bape?

bagi sayee, untuk menjadi ibu yang terbaik kepada anak2, sayee tak perlu bersaing dengan ibu2 lain. parenting tak bole belajar dr text book. kena try n error. ok, mungkin bole baca tapi still kaedah cuba jaya adalah sangat penting. mungkin cara camni sesuai ngn anak dia, mungkin tak sesuai ngn anak sayee. mungkin cara tu sesuai ngn ibu anak 1, tak sesuai ngn ibu anak 2. sesuai ngn ibu yg sepenuh masa kat umah, tak sesuai ngn ibu yang bekerja. kannn. 

maka, lebih baik jgn bersaing. kalau sayee disaingi pun, buat tak tau je lah. kalau sayee dibandingkan dengan ibu2 lain pun, buat tak nampak je lah.

peace......


06 April 2015

setahun berlalu bersama abdullah siddiq

anak kedua, bila tau nak dapat dia dlu, gembira tu sama mcm nak dapat anak sulung jugak. tapi, menjaga anak kedua dan anak sulung tu tak dapat nak lari (mungkin sayee je) mesti ada jugak kurang atau lebih. ye lah, dlu jaga anak sulung perhatian kat dia sorang je. anak kedua? paham2 sendiri lah. sayee ngaku mmg ada la beza sket, tapi sumpah sayang, mak sayang awak dan abg solleh sama byk sama sikit. tak kurang tak lebih. muahciked.

entry special ni nk tayang gambar siddiq, dari 1st day smpi la dia setahun.

1st day
baby 3.8kg
czer kali ni

1 month old

2 mths old

3 mths old

4 mths old
golek2 dgn abg solleh

5 mths old

6 mths old
masuk wad - bronchiolitis

7 mths old


8 mths old
selfie ngn mak tepi padang tmn abg solleh main

9 mths old

10 mths old

11 mths old

i am 1 year old yeaaaaayyyyyyy


Related Posts with Thumbnails

ads