28 December 2015

Solleh dan camera

setiap pagi bila sampai opis, rutin aku adalah check gambar2 dalam gallery. macam2 gambar ada. kegemaran solleh la tu, amik handphone aku dan main camera. tah ape2 gambar dia snap. meh nak tunjuk sikit.



living hall umah wan aki





buat muncung itik sambil selfie
 




posing kegemaran, dok silang kaki pastu ambil gambar peha sendiri ekekekke


posted from Bloggeroid

22 December 2015

Bawak anak-anak naik train

Dah menjadi kebiasaan sejak tinggal bersama mak abah aku, hujung minggu kami akan habiskan di rumah mertua. Satu hari yg hening, kami balik rumah mertua tapi takde org kt umah. Rupanya mereka ke rumah SIL di kuantan. Abg abdul ajak ke sana jugak, tapi aku dalam spontan mengajak abg abdul ke KL. hahaha seriously. dan dalam spontan jugak abg abdul membelok ke KL. hoi, 2jam perjalanan jugak tu. tapi kekadang seronok jugak buat kerja yang agak gila ni. dan kekadang perjalanan tanpa perancangan ni yang menjadi, berbanding dengan dengan perancangan yang terlalu awal. ;)

Maka, ke KL la kami. bermalam di rumah SIL jugak. (abg abdul ada 1 abang 3 kakak 3 adik perempuan dan 1 adik lelaki). sampai rumah SIL dan kul 8++ malam. duduk kejap, pastu kami keluar dinner. lepas tu balik umah rehat dan tidur je.

Esoknya, kami yang ke KL tanpa plan ni, mencari-cari ape aktiviti yang nak dibuat. tiba-tibe terpikir nak bawak anak2 jalan naik train. LRT ke komuter ke ape2 je lah. asalkan buat sesuatu yang kurang memenatkan. sbb ptg tu nak balik dah kan, esoknya nak kerja/sekolah. lepas bfast, kami keluar ke stesen kepong, naik komuter sampai bank negara. jalan g sogo, mkn tghari kat food court. lepas makan, kami naik lrt pulak. patutnya nak turun di KL sentral tapi solleh nak minum susu dalam keretapi katanya, kami pun bertapa dalam train smpi la ke kelana jaya. sampai tertidur belaka solleh dan siddiq dan ain (SIL's daughter). turun semula ke kl sentral naik komuter ke kepong semula. masa bertukar2 kat kl sentral tu, solleh langsung tak sedar, berdokong sampai naik sado dah mak dia ni haa. abg abdul dokong siddiq. mmg tak bawak stroller dan ergo pun tak bawak. tak kesah, yang penting solleh siddiq happy sangat2. mak abah dia pun happy sbb seronok jugak dapat naik train lama2 camtu. hahaha.

sampai ke rumah SIL, rehat2 kejap. lepas maghrib kami gerak balik ke jengka semula. sampai sini kul 10++. anak2 tdo je. overall, semua happy.


ini ain
ini siddiq atas dokong abg abdul
solleh sebok bercerita memacam. masa ni belom tdo
momcong haruslah begitu menampakkan kesungguhan bercerita. hehehe
posted from Bloggeroid

22 October 2015

3rd baby

Assalam

harini sayee terpanggil nak menulis bila baca blog husna hadzarami yang bertajuk No 3 Talk tu.

siddiq dah hampir mencecah 2 tahun bulan 3 next year. sengaje sebut 2 tahun nak menampakkan siddiq dah besar. sebenarnya baru 1thn7bln. masih menyusu badan sepenuhnya tanpa formula. minum milo ada lah. kadang2 share kopi mak. kadang2 share teh abah. penah jugak dia baham susu abang dia. geram betul sayee. solleh si sulung plak dah mencecah 4 tahun bulan 4 next year. (umur sebenar 3thn6bln ekekeke). dah lulus potty train pada siang hari. mlm hari, sayee tak tau camne nak mulakan. so, bile dia dah tdo mlm sayee pakaikan je diaper.

perangai anak2 plak. 

solleh masih lagi mintak didukung bile time mengade nak bermanja. bangun pagi masih merengek2 nak bermanja. kalau abg abdul ada takpe la jugak, sayee pass tugas memanjakan anak2 kala bangun tdo tu kat dia je. tapi kalau abg abdul takde, camane sayee nak siapkan diri sendiri, beg sendiri, beg anak2 g skolah, EBM siddiq lagi. nak berbaring sebelah dia ketika bangun tido tu tak mungkin sayee bole buat. ada yang terlanjur tido semula kang. 

siddiq plak, masih menyusu badan (tak jadi masalah pun sbb solleh pun nyusu masa sayee pregnant kan siddiq, alhamdulillah ok). tapi siddiq punya perangai ya Tuhan, mmg mengundang kesabaran yang paling maksimum. sampai sayee kadang2 rasa aman damai sangat2 tanpa merindui dia pun bila dia tiada kat sisi. (maaf lah ckp jujur sangat cmni, tapi mmg ini lah yang sayee rasa) sbb kepenatan menjaga siddiq adalah 276 kali ganda dari kepenatan kerja buruh kasar. (macam lah penah keje sebagai buruh kasar). mood dia sangat amat jarang elok, mudah mengamuk, mudah berontak, mudah menangis dan sangat lah mudah tersentuh. bila mintak biskut, kita patahkan jadi 2 pun dia bergolek atas lantai dah. kalah bila berebut mainan ngn solleh pun dia bergolek kat lantai. dannnn, dia sangat kuat berdukung. sayee masak sambil dokong dia. masa nak siapkan bahan-bahan tu, sayee letak dia kat bawah mmg menjerit sepanjang menyiapkan bahan2. bole bayangkan tak?

financially, tak pandai nak ckp. sbb setiap anak tu kan ada rezeki sendiri. tapi memandangkan abg abdul masih belum habis belajar, mungkin ada baiknya tunggu sampai dia habis belajar dulu. memang itu pun alasan dia setiap kali sayee cakap teringin nak pregnant lagi. alasan sayee nak pregnant lagi ialah sbb sayee nak anak perempuan. ;)

bila teringat pengalaman potty train solleh haritu memang bertekad taknak baby lagi sehingga siddiq dah siap potty train. sebab salah satu alasan solleh bila dia mintak pakai diaper ialah sbb siddiq pun pakai lagi kenapa dia tak bole pakai? alahai anak..banyak betul alasan awak.

walau apapun, sayee terima dengan terbuka kalau ditakdirkan sayee pregnant sekarang. tapi keputusannya, sehingga siddiq belum 2 tahun sayee dan abg abdul tidak berusaha dengan serius utk 3rd baby. ok baiiii.



29 July 2015

alahai lazada..

jap, meh sini nak citer. kesah sayee dan lazada. haaaa, jgn taktau sayee dah genap setahun tak membeli diaper anak2 kat pasaraya sbb lazada 'bekalkan'. bukan free, sayee bayo. sbnrnye, ada lah jugak beli kat pasaraya, bukan takda langsung. tapi bekalan utama adalah dari lazada. kalau jmpa yang murah2 sgt2 kat pasaraya baru la sayee amik satu atau dua cmtu. stok kat umah mmg bertingkat2. bile murah je sayee rembat. walaupun byk lagi stok kat umah nun. hehehe.

sayee start beli ngn lazada july14, ni dah july15. sbb tu sayee ckp genap setahun. dah memacam sayee try beli ngn lazada ni. serious mmg memacam. susu anak, diaper anak, botol air masak anak, car seat, blender, power bank pun penah. yang paling sayee puas hati beli pediasure vanilla 1.6kg sekotak ada 6 tin. haaaa, ske ok. dah la murah masa tu, ada 10% diskaun lagi. mak aiiii, syoikkkk ok.

car seat tu pun, sangat lah puas hati. even tambah dengan bulky fees pun masih lagi murah banding dengan kat pasaraya yang sayee jumpa. seronok, kan?

dlm bulan puasa haritu, sayee ada beli bread maker. dah lama sangat teringin, akhirnya dapat jugak. tapi kakak sayee yang bayo. sayee tau guna je. ekekekke.

so, brape total yg sayee dah labur kat lazada? jeng jeng jeng.. 3k++ hahahaha. tapi kebanyakkannya mmg ada diskaun, n ada baucer. berbaloi lah.

ni baby bullet sayee beli di awal2 penglibatan dengan lazada. 
tapi tak penah bg review. mmg senang masa siddiq mkn bubur dlu. 
sap sap soi je nak bawak g mane2 senang. 
nk blend sket ke byk ke, pilih je. sangat senang dan memudahkan. 





24 July 2015

selepas sebulan++

sedikit update selepas sebulan lebih pindah kat sini.

anak2 kat taska so far ok, puas hati. ada lah sikit2 part terasa nak marah tapi tolak ansur halal berhalal je. cuma, pagi sebelum hntr taska ngn ptg balik dr taska. setakat ni drama pagi petang masih ada. kadang pagi2 taknak mandi kat umah, tanak susu, nangis2 meronta tu perkara normal. ptg plak tibe2 tanak balik umah jengka, nak balik umah kuantan, nk g kedai wan dlu sbb nak main basikal, xnak dok car seat tu pun perkara normal. mmg betul la org kata bile amik staff perempuan mmg byk masalah, byk hal. bile kena transfer camni, satu keluarga jadi mangsa. satu keluarga dpt tempias. nak kena sesuaikan diri tu bukan staff tu sorang je. tapi satu keluarga. ngn umah baru, taska baru, rutin baru. ni baru cerita part nak g taska. part siddiq meraung setiap kali tak dapat berdokong takyah ckp ler. hari2 setiap masa. smpi kan nak gosok baju kerja pun, sayee buh dia atas meja gosok tu. pastu sayee dapat gosok sipi2 meja je sbb takut dia kena panas. bahaya? sayee tau dan sayee alert. org yg tak dok tempat sayee takyah lah nak mengata. sayee tau ape sayee buat. siddiq la paling menguji kesabaran buat masa ni. drama air mata dia tak abis lagi. kalau kat umah kuantan dia ok, kalau ada abg abdul pun dia ok. tak tau lagi dah camne nak biasakan dia dengan tempat baru. nak slow talk bukan dia paham lagi. T___T




ini plak, kisah cikgu kesayangan solleh kat taska anjung naluri. cikgu nurul namanye. dia selalu wasap tanye kabar solleh. dia rindu solleh. bile sayee tunjuk gambar ni kt solleh, terkejut jugak solleh masih ingat nama kawan2 dia. nama cikgu. yg sayu nye bila dia kata, 'ni firdaus kwn aleh ngn cikgu nurul dia, bukan cikgu nurul aleh kan. sbb aleh dok skolah cikgu baru kan'. oh mak sentap! 



cucu nenek atuk yang ke15. lelaki. 230715. mak abah sayee baru 5org cucu, mak abah abg abdul dah 15 cucu. hehehe. aritu sayee saje2 takde keje, dok buat analisis cucu nenek atuk ni. start dr cucu ke2, elok je turutan dia. camni; 
cucu pertama lahir tahun 1998 so tak masuk list. 
cucu ke2 lahir 2002, 
ke3 2004, 
ke4 2004,
ke5 2005,
ke6 2006,
ke7 2007,
ke8 2008,
ke9 2009,
ke10 2010,
ke11 2012,
ke12 2012,
ke13 2013,
ke14 2014,
ke15 2015.

dr 15org cucu ni 3org je turutan tak ikut tahun lahir. lain seme sama. hebat sgt. ahhaha.






ni plak gambar2 kawan kuantan sayee. adalah sedikit kerinduan pada geng2 kat opis kuantan ni. 5 tahun keje ngn dorg, dah rapat dah selesa dah terbiasa. takkan tak ingat kan. cuma kite yang dah dewasa ni pandai nak control emosi, dah pandai nak berhubung mcm2 media sosial ada. tapi anak2 kecik tu tak pandai nak call kawan2 kalau rindu, tak pandai nak control emosi. sbb tu buat perangai. tapi mak dia yang dah dewasa ni tak paham pun masalah dorg. tau nak menyinga dan menaga je. hadoiii, maafkan mak korang wahai anak2ku. mak cuba lagi tak nak marah2 ok.



oh yang ni plak birthday treats kat herbaline. setiap tahun mmg sayee akan herbaline bile time bday. sbb dia bg diskaun ikut umur. contoh harga facial 100, umur kita 30, kite kena bayar 70 sahaja. syok kan. tu dia bagi hadiah dlm kotak putih. ingatkan kot dpt produk herbaline size kecik2 ke, rupenye dpt chocolate 2 ketoi. masa tu bulan puasa, sayee bg anak2 mkn seketoi sorang. yg kereta kayu tu plak mcm music box. dia pasang lagu happy birthday tu masa bawak dulang tu kat sayee. hehhe. tq herbaline. sayee mintak nak bawak balik kereta music tu tapi tak dapat. hahahha.

kesah seterusnya, lenovo ku hancussss. selasa raya ke5 tu sayee ikut abg abdul g putrajaya. bawak anak2 skali. abg abdul nk g KPM uruskan mybrain dia. taska pun tutup lagi terpaksa lah sayee cuti. alang2 raya haritu tak dapat jmpa makpak sedare yg klang/s.alam tu. sayee pun g la umah dorg. kat situ, solleh dok pegang tepon sayee. saje dia nak pegang bukan main pun. budak2 lain seme ada gadget memasing, dia pun kengkonon nk pegang jugak. gituuu kot. tapi dia dok lempar sana lempar sini. masuk kereta nak balik tu sayee nak bukak waze, tgk2 dah gelap gulita. tak keluar ape2. tapi kalau call bole dapat cuma tatau sape yang call lah. maka, rabu tu pagi2 sayee g sebat tepon baru. g atm keluarkan duit seribu je. supaya tak beli tepon yang lebih mahal dr seribu. maka pilih punye pilih sayee rembat samsung galaxy e7. hrga? 1030. 30 hengget tu guna duit raya abg abdul bg sayee. ikut hati nak rembat duit raya solleh je. hahhahahha. melayang duit mak tau tak anak oiiiii.

syok jugak spec dia
2gb ram
16gb internal memory
camera 13mp (5mp secondary)
screen 5.5"
review sayee: lebih kurang note2 punye performance tapi lebih laju. body lebih ringan. ketahanan bateri pun sama macam note2. tu je. ok!


sekian lah dlu utk kali ni. ada masa sayee mencoret lagi.




22 June 2015

mainan tido

assalam

sayee mimpi malam tadi. mimpi tak enak. bila terjaga, dada berombak nafas laju, peluk cium anak, terus nangis. mmg tak bole bayangkan betapa sayee bersyukur semua yg terjadi tu adalah mimpi.

sayee mimpi, sayee tgh jalan2 ngn solleh kat tempat macam jeti atau pelantar tepi sungai. pastu tepi tu jugak ada jalanraya yang sibuk. abg abdul dan siddiq takde. sayee nak bawak solleh g kat abg abdul. sayee angkat dia naik atas pelantar tu, suh dia tunggu sayee panjat plak. tapi belom sayee panjat, dia dah lari ke arah jalan raya. sayee nampak kereta emergency stop nak elak dari terlanggar solleh. sayee jerit je sambil panjat pelantar tak lepas2 lagi. solleh makin jauh dan lari makin laju, tak hirau langsung sayee dok panggil.

tibe2 sayee nmpk ada org tarik dia dok tepi jalan. sayee lari nak g kat solleh, tapi ada kereta lalu, bawak solleh masuk terus lari laju. sayee jerit sambil kejar kereta tu dan terus terjaga.

ya allah, sayee menaip ni sambil menangis. betapa sayee sangat amat bersukur seme tu mimpi. tak dapat bayangkan kenapa sayee begitu cuai smpi biarkan solleh terlepas depan mata. 

ya Allah, lindungi lah anak2ku Abdullah Solleh dan Abdullah Siddiq walau di mane pun mereka.

dlu, sayee penah mimpi lebih kurang camni jugak. tapi "kehilangan" siddiq. ya Tuhan, mmg berombak dada bile terjaga tu.


13 June 2015

cake in a mug

sape penah try? saya!
sape penah try dan menjadi? saya!

ske ske ske... ada satu hari tu, solleh ckp nak mkn kek. sayee paham dah solleh tu, mkn nye sket aje tapi selera mcm2 nak makan. tibe2 kebetulan jmpa video buat individual kek coklat dlm microwave je. takyah preheat oven bagai. sayee pun try. kebetulan seme bahan ada kat umah, bole la buat.

mula2, 
buh 4tbsp tepung serbaguna/gandum
2tbsp serbuk koko
1/4 tsp baking powder
2 tbsp gula biasa
secubit garam

**gaul semua dry ingredients ni smpi rata

tambah 5tbsp susu segar
2 tbsp minyak

**gaul sebati

pastu bole tambah perisa ikut kesukaan. 
haritu sayee buh peanut butter dan choc chips. nk buh nutella pun bole.

**masuk microwave 2 min (med high)

sebelom mkn, sayee cedok aiskrim vanilla. sedapppp.

abg abdul kata, lepas ni kalau takde ape sgt utk dihidang kat tetamu, buat ni je lah.
sedap la tu...

nota kaki: abg abdul sayee mmg jarang memuji. tapi bila dia suruh buat lagi tu maknanye sedap la kat tekak dia. ataupun kadang2 dia akan ckp "nti bole la buat kat umah gelanggi". haaa, sila la kembang semangkok bila dia ckp camtu. hihihihi.



12 June 2015

celoteh; travel

as salam semua.

sayee dan keluarga kecil kami ni jarang travel sana sini. kecuali ada kenduri kendara ke penah la jugak g road trip ngn anak2. awal tahun 2015, abg abdul menyuarakan hasrat nak bawak isteri dan anak2 g jalan2. tak jauh pun takpe, asalkan dapat bercuti bawak anak2 seronok2. (maknye yg sengeh lebih2) hahahha.

masa tu sayee cuma reply, "ok je. nti kite plan lah." dalam kepala dah terbayang nak g jalan2 ke penang. sebab, sayee rindu penang! dan sebab kedua pasal wedding bff ni lah. selain tu, sayee bayang cuma nak ajak abg abdul bawak anak2 mandi manda kat gambang je. dekat sket.

tibe2 rezeki nak jatuh ke riba. ada family day opis sayee. buat kat lost world of tambun, ipoh perak. dapat lah sesambil family day sesambil jengjalan ngn keluarga kecil kami ni. siap belikan baju mandi utk anak2 sebelom gerak. comel giler tgk budak 2 org tu pakai baju mandi. rase nak puk montot tu. hahha. gerak seawal pagi ke ipoh. ikut jalan genting sempat-batang kali-tanjung malim tu. tdo kat ipoh. esoknye, gerak ke lost world of tambun dan beraktiviti kat situ smpi petang. mlm tu dinner dan karaoke dan cabutan bertuah. tapi kami balik awal ke bilik hotel sbb anak2 sayee jenis tdo awal. lgpun penat mandi manda siang tu.

esoknya, sebelom check out bg dorg mandi manda kat pool hotel pastu smbung plak kat bath tub dlm bilik. baru lah check out. gerak balik ikut batang kali jugak. singgah kat mini cameron highlands. jalan2 kat situ kejap. terus balik ke kuantan. smpi kuantan terus pengsan. yang tak best nye, sabtu kat tambun tu sayee tibe2 kena sakit mata. bgn pg tu rase pelik je. masa kat waterpark tu dah makin kelabu. terus g klinik kat ipoh cari ubat dlu. tak tahan btul. dapat la mc 3 hari. bole la rehat sket balik dari tambun tu.

ok, gambar tak byk pun. layan je la ape yg ada.


dalam kereta. siddiq kongsi selimut busyuk solleh haha.


mandi kolam dlm bilik hotel.

dinner sabtu malam

selepas dinner, nak balik dah

singgah mini cameron highlands otw balik kuantan

"mak, amik gambar aleh pegang tgn patung ni"

"patung ni plak mak"







seminggu lepas balik dari tambun, kami ke penang plak utk wedding zta tu. sempat la bawak anak2 g naik feri. plan nk g bukit bendera. sbb lepas renovate, sayee tak penah g lagi. tapi sbb masuk lunch kt gurney plaza dan stuck kat parking lot kemain lama, maka tak sempat nak naik bukit bendera pun.

masa mula2 smpi penang tu, sementara nak tggu kul 2 check in, kitorang g nyeberang naik feri. tapi anak2 tdo masa ni. sayee ajak abg abdul g usm engineering campus. rindu sgt tempat tu. mmg ternganga tgk usm tu dah byk pokok. masa zaman sayee student situ dlu, takde pokok pun. panas kelenting2. bangunan2 baru pun byk jugak. ada hangar lagi kat belakang skul mekanik tu. pastu ada bangunan koperasi kat tepi padang. teringat btul zaman dolu2. siap g mkn kat cafe ok. abg abdul mmg kagum la mkn ayam goreng 2 hengget je. penang mmg heaven la bab makan. murahhhh. lepas mkn sebelom kluar tu kami siap benti kat gate ok, amik gambar ngn anak2. smbil mulut pot pet2 bgtau anak, "ni la skolah mak dlu". hahahhha.

lepas tu kami balik ke island naik jambatan kedua. tak enjoy btul naik jambatan ke2 ni sbb tgh ngntuk. smpi island terus g check in dan tdo. ngntuk btul bgn kul 4 pagi sbb nk siap2 g airport kul 5. mlm tu g kenduri zta. esoknye lepas bfast g repeat nak naik feri lagi. tapi anak2 tdo lagi. maka, kami g nyeberang naik jambatan pertama plak. smpi seberang, terus beratur nak naik feri. mujur2 anak2 dah bangun.

ok, gambarrrrr.




USM kesayangan

tgh beratur nak naik feri.
anak2 seme nak dok depan sbb cari mana feri. mana bot. 
lenguh peha mak riba korang tau tak. haha

mak mmg diva, x drive pun nk pakai cermin mata hitam.

siddiq layan angin feri.
solleh peluk tiang hahha


mmg bersungguh dia peluk tiang.




dlm flight nk balik dah.
siddiq tdo sepanjang flight balik.


seterusnya, cerita g gambang waterpark. ibu sayee (mak sedare) bawak anak2 dia jalan2 ke kuantan. tdo hotel semalaman, tdo umah sayee semalaman. pastu dia ajak g mandi manda kat gambang waterpark ni. sbb dorg tak penah g. sayee pun baru 3x je pegi sini. masa ibu smpi tu, sayee mmg tgh cuti mc sakit mata. anak2 hntr pengasuh n sekolah. tibe2 ibu ajak g, kami pun tinggal anak2. kejam betul rase diri ini. g tmpt seronok2 main air tapi tak bawak anak2. hihihihi.

ain, anak ibu yang bongsu

abg abdul, sayee dan cikdin (suami ibu)

ibu yang depan sekali tu.

dalam pada keluarga kecil kami g travel sana sini ni, kakak sayee balik ke kampung suami dia kat taiping. mak abah sayee yang kebosanan tggl berdua je, g naik ke cameron highlands jugak berbulan madu berdua. chewwaaaahhh. hehehhe.




 

11 June 2015

celoteh; kena transfer

as salam semua.

cerita seterusnya untuk dikongsikan disini ialah, sayee dpt transfer! citer transfer ni sebenarnya dah lama, dari sebelom siddiq ada lagi smpi la siddiq pun dah besarrrr bole berlariii akhirnya sayee dapat pulang ke kampung halaman.. masih lagi dengan company yang sama, jawatan yg sama, cuma berbeza kawasan jajahan dan taklukan je. sebelom ni sayee jaga seluruh negeri pahang iaitu 11 daerah. skang cuma jaga satu daerah je. tapi bidang lebih meluas lah. takpe, ape2pun yang datang kite lalui aje. sambil senyum gembira. asalkan anak2 bahagia.

mula dapat surat 11mei haritu. tapi opis lama kena serah tugas dlu, siapkan mane2 keje yang ada dlu, setelkan cuti2 dlu, claims dlu etc akhirnya 8 jun baru sayee lapor diri tempat baru dengan bos baru. hari last sayee kat kuantan ada lah buat sket makan2. simple je. beli kfc n kek. potong2 kek pastu mkn smbil lepak n borak. amik gambar. berlakon sedey. hhahahha.

geng kat opis kuantan mmg sayee dah selesa sangat2. dari belom kawen smpi anak dah 2 dok opis tu. mmg la mesra dan selesa sangat kan. mmg antara memori yang tak senang nak lupa. tapi takpe, bole jumpa lagi. masih company yg sama kan!


selamat maju jaya ANGAH













meja terakhir. ni adalah meja keempat sayee selama dok opis kuantan 5tahun++.










posted from Bloggeroid
Related Posts with Thumbnails

ads