28 January 2014

after a very long hiatus

mengimbau 2013

january***sayee ada citer kat sini

february***solleh 10mo. ada masuk wad 3 hari sebab demam. masa yg sama, abah sayee kena heart attack. dr hospital jka terus ke CCU Hoshas dan terus ke IJN. bile solleh dah discaj, sayee g IJN. masa tu abah dah bole balik. Alhamdulillah.

jom layan gambo solleh masa 10mo++.

















mac***seperti biasa, weekdays sayee berdua di kuantan dengan solleh, weekend balik kampung. mengepam seperti biasa. ada naik dan turun hasilnya pun seperti biasa. bulan mac jugak solleh dapat car seat baru. facing forward sbb dah big boy. ske dia leh tgk luar. sbb car seat yg lama tu mcm rendah xleh pandang luar. 




april***yeay, dapat kete baru. proses nk beli kete baru ni dah lamaaaa sangat. byk betul tangguhannye. malas nk panjang citer,  akhirnya 4/4 dapat kete. terus abg abdul bawak balik kuantan. amik sayee balik keje n amik solleh kat umah pengasuh naik kete baru. mlm tu nak g ronda ngn kete baru, maka kami g giant. hehhe. 14/4 solleh cukup setahun. yeaaaayyy. abah beli adiah. mak tak beli ape2. ari bday tu ahad, solleh lepak 2org ngn mak je kat kuantan. mak masak penuh kasih sayang je ari tu.



mei***kete baru eksiden langgar lembu. masa tu abg abdul ngn solleh otw balik jengka. sayee kat kuantan. uwaaaa, x sampai sebulan pun. takpe, yg penting abg abdul n solleh selamat. Alhamdulillah. kami ke cameron highlands ngn family jengka. syoookkk jalan2 tempat sejuk. masa ni sayee kena keje kat opis jengka selama 6 minggu. seronok btul hari2 solleh dapat jmpa abah dia. ujung bulan mei plak sayee kena g audit kat opis terengganu. sayee angkut solleh ngn abg abdul skali. tapi x sempat jalan2 sangat pun. sbb kena keje. jadual agak padat. hari last tu plak solleh sepatutnya g hoshas. terkejar2 balik. tapi x sempat . maka, apmnt tunda esok nya. masa kat tganu tu solleh betul2 belajar berjalan. akhirnya 13mo++ anak mak dah bole berjalan. yeaaayyyy...




june***kete dah siap repair. kami g mandi air terjun kat lata meraung. celebrate father's day. skali ngn bday abah. tgh bulan tu sayee start keje kat kuantan semula. bermula semula rutin jumpa di ujung mggu sahaja. sesobs. abg abdul plak start berniaga kat kolej matrik waktu malam. mmg langsung tak leh balik weekdays. tapi masa bday sayee, dia balik sini n blanje sayee bday dinner. syoookkk. abg abdul bg sayee organizer bag yg baru. dan blanje sayee herbaline.

july***awal bulan tu my buddies datang kuantan. celebrate our bday yg ke30 bersama2. kami lepak di cherating. 1st time solleh g pantai. ske dia. 15july, sayee buat pregnancy test and its positive. yeaaay. bulan 7 jugak solleh kena sup panas kat peha. sesobss.




ogos***selamat hari raya!!!


sept***solleh masuk wad lagi. sbb terjatuh dalam mesin basuh. masa tu sayee ada kat tepi. dia mmg selalu main air kat situ. tapi sayee tak penah pun biar dia sorang2. tapi ari tu nak terkena, dia terjatuh dalam mesin yg dah ada sabun. kena dok wad semalaman sebab nk monitor. syukur sangat takde ape2. seme org marah sayee. sesobs. ada satu hari tu, mama ngasuh dia cuti. solleh balik ikut abah ari jumaat. sabtu tu sayee keje. maka, jumaat mlm tu sayee dok sorang kat kuantan. 1st time solleh berpisah ngn mak. mak yg sedey beria. dan bulan 9 tu jugak 1st time sayee n solleh g stadium bola sepak!!!



okt***masa ni solleh dah sangat kurang menyusu dengan sayee. byk minum susu botol je. solleh ikut sayee kursus kat ikram. sbb kursus 4 hari, sayee tak sanggup nak berpisah lama2 ngn solleh. solleh start ralik (focus) tgk buku2 bergambar masa ni. pandai anak mak ni.


nov***bday abg abdul. kami celebrate kat kuala besut. beramai2 g umah adik abg abdul. sayee bg hadiah jam tgn kat abg abdul sbb jam tgn dia dah rosak. tapi hadiah dia yg lebih bermakna ialah kemenangan pahang dapat menjulang Piala Malaysia. kakak sayee jugak selamat melahirkan anak ke2. baby boy. 29/11/13. muhammad aqil yusri. solleh ske sgt cium baby tu. berebut2 ngn kakak aina nak cium baby. 

dis***sayee akhiri tahun 2013 dengan perasaan sedih. umah kami kena banjir. bagi sayee sendiri ini lah pengalaman pertama. air naik smpi paras pinggang. nti sayee citer dalam entry lain la pasal banjir ni. sedih. smpi hari ni dah nak abis bulan 1 pun, umah tu belom siap kemas dengan sempurna lg.



sekian dlu coretan sayee kali ni. semoga sayee lebih rajin menulis di sini lepas ni. insyaAllah.



perjalanan menyusukan abdullah solleh

dah lama tak menulis kat sini. harini nak share kesah breastfeeding anak sulung sayee tu. org kata kalau dapat menyusukan sampai setahun setengah maknanye mak dia dapat master in breastfeeding kan. maka, dengan ini sayee isytiharkan sayee ada master lah. terima kasih solleh atas kerjasama utk tlg mak dapatkan master ni. Alhamdulillah..


14 april 2012 - 29 oktober 2013


sepanjang menyusukan abdullah solleh ada banyak panca dan roba nye. ini lah pengalaman pertama, dengan kerjaya lagi, dengan perkahwinan jarak jauh lagi, dengan pregnant anak ke2 lagi. tapi alhamdulillah segalanya dah dilalui. syukur sangat.

imbau kembali, sayee penah share dlu solleh ada minum susu tambahan masa di wad. sebab sayee tak dapat rooming in ngn dia. dia kat wad SCN sayee kat wad postnatal. bile dah dapat dok skali, sayee pun ada bg dia minum susu tambahan jugak sebab sayee assume dia tak tdo sbb susu sayee tak cukup mengenyangkan dia. hmmm, sedih mmg sedih. tapi pasrah aje lah..

ingat lagi 16 april 2012 pukul 5am, tu lah kali terakhir dia minum susu tambahan. sayee bg dia fully breastmilk sejak tu smpi lah 27 jun 2013. masa tu dia baru 14mo++. stok susu mmg zero. susu cuma kuar kalau dia direct feeding aje. bila pump mmg takde ldr langsung. maka, sayee redha bekalkan dia fresh milk kat umah pengasuh.

15 july 2013 sayee dapat tau sayee pregnant. mungkin ni lah penyebab susu sayee sangat merudum. sejak pregnant, solleh lebih ske susu botol walaupun sayee ada. malam pun kadang2 sekali je bgn mintak susu. ada masa langsung tak bangun. sejak awal pregnant, mmg ramai yang suh sayee weaning off solleh. biase lah org2 tua kan, x kasi share susu ngn adik. padahal takde masalah pun sebenarnya asalkan mak dia cukup khasiat dan cukup zat utk tampung mak, anak menyusu dan anak dalam perut.

akhirnya, 29 october 2013 tu kali terakhir dia minum susu mak dia. sayee mengamalkan konsep, offer-tak-tapi-bila-dia-mintak-bagi-aje. ada lah beberapa kali sebelom 29 oktober tu dia langsung tak mintak, paling lama smpi 3 hari tak mintak langsung. dok minum susu botol aje. tapi sayee malas nk ingat detik weaning off tu. sayee nak ingat detik terakhir dia minum susu sayee je. sedih smpi nangis tengah2 malam masa tu. sbb rase anak sendiri dah besar sangat dah tak perlukan mak dia lagi dah. abg abdul penah skali tersedar dengar sayee nangis tgh malam. cuak kejap kot dia.

sebagai penutup my breasfeeding journey ni, harapan sayee solleh nak cont minum ebm lepas sayee bersalin nnti. solleh sangat susah nak sesuai dengan susu. kalau minum yg ada lactose, dia cirit birit. kalau minum free lactose dia sebelit sometime. maka, sayee campur2 bg susu dia. bg free lactose tapi kadang2 bg dia minum susu dutch lady kid tu bila dia sembelit. selain itu, sayee nak bg dia ebm sbb susu formula sangat mahal oh. ebm kan free aje. ngeeeee.


ni gambo solleh masa teman mak dia kursus kat ikram.
masa kat sini lah kali terakhir dia minum susu mak dia.
oh-my-solleh.

ni pulak persediaan menyusu anak ke2 nnti
beli storage bottles n storage bags banyak2 sbb ada offer



Related Posts with Thumbnails

ads