30 August 2012

all about him..

Health, Diet and Feeding
  • masih exclusive breastfeeding. waktu sayee keje dia sap botol.. 3oz skali minum. lepas waktu keje, latching on directly. dua jam skali. kadang tu sejam skali dah ekkk ekkk nak susu..
  • belom jamah sebarang makanan.. sebulan lebey lg, sabar k sayang..
  • belom pandai nak pegang botol sendiri. tgh gigih nk mengajar dia.
  • berat terkini masa check up 4 bulan tu ialah 6.7kg. alhamdulillah..healthy baby..

Diaper-ing
  • dia pakai cloth diaper. tapi kalau balik kampung, sayee masih pakaikan disposable diaper. macam belom yakin. takut tak cukup tak sempat nk keringkan. huhuhu.
  • brand; 12 x coolababy, 3 x lunatots, 1 x mango tree, 5 x little buddy
  • nti lain entry sayee cite lagi pasal pengalaman sayee dan cloth diaper ok.

Sleep
  • tdo dgn kami. walaupun mummy aina offer pinjam baby cot, tapi sayee macam sian plak nak bagi dia tdo sorang. belom ada kekuatan. hehehe. tak lama lagi kalau dia dah bertambah lasak, kena ajar tdo asing jugak. sbb takut jatuh katil. hehhhe.
  • siang tdo buai kat umah pengasuh.. kalau ari cuti kami dok kuantan, dia tdo tak berbuai.. tapi kalau ari cuti kami balik kampung, dia tdo dalam buai gak siang.
  • masa cuti raya tu ada dia selsema sket, mlm takleh tdo sgt. dia nangis je. maka, sayee masukkan dalam buai gak walaupun di malam hari, lena dia tdo.

Misc
  • dah bole memegang. kalau kite hulur, dia bole grip. kalau org kasi duit raya, mmg dia amik dan tak lepas2 dah. pastu terus masuk mulut. hihihi. bole dikatakan seme bende nk masuk mulut.
  • air liur masih melimpah dengan byknye. sayee rase xde pun mengidam ape2 masa pregnant dlu. tapi ntah ler solleh ni byk betul air liurnye. maka, kena pakai bip walaupun belom start mkn. haha.
  • kalau kite panggil dia, dah bole pusing cari kite kat mane. ske sgt panggil dia. rase bahagia sungguh bile dia pandang kite.
  • oh, solleh belom cucuk bcg. ter'miss' kot. mula tu rase geram jugak kat hoshas. tapi nk wat camne. terima aje lah. dorg pun manusia biase buat kesilapan. solleh pun dah dpt appmnt 7sept ni utk cucuk bcg.
  • 10sept plak apmnt utk monthly checkup. tak sabar nk tau berat solleh berapa. dia nmpk susut sket sebab bulan puasa sayee ada skip amik vit. mak sorry ye solleh. skang mak dah menambahkan tahap disiplin dalam diri. hehehehe.


 solleh pegang toys



oh anak bujang mak..

haaaa, kan dah kena pakai bip...

ok lah, more later.. daaaaa..





28 August 2012

tayang gambar anak

bile kite takde idea nak buat blog post, kite tayang gambar anak lah. sape lagi nak tayang gambar anak sendiri kan... hehehe...

gaya tdo paling digemari

 ready to go to clinic

sayee gembira bila abah sayee teman g klinik.
masa g klinik 3 bulan, abah sayee tak dapat teman sbb abah sayee keje jauh.

sayee ske main air liur, tapi mak sayee slalu marah pastu lap2 mulut sayee.

yeayyy, balik dr skul. seronokkkk!!!







22 August 2012

WW#14 berhati-hati di jalan raya

di satu hari yang hening,

solleh teman mak dia berjalan2 di petang hari.

mak dia tak sabar nak jalan2, smpi lupe nak pasangkan ciri2 keselamatan anak.

haish la mak.

tgk, seat belt tak pasang, kasut tak pakai.

topi car seat je pakai sbb silau. tu pun pasang smbil memandu, tak berapa sempurna keadaannye.

lepas tu mak dia insaf. terus pakaikan seat belt dan kasut sbb anak dah sejukkkk.

topi car seat tu tak pasang sebab dah tak silau sgt.

hehehe.


15 August 2012

WW#13 sekelip mata kau berubah..hikss

g klinik untuk check 4 bulan

mata dah ngntuk

tapi berusaha untuk tak tdo kan diri sebab nak main


kuyuuuuuuuu nye mata dia
|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|
seminit kemudian, tibe2..............................

ting!!! tanak tdo, nak main lagiiiii...

hehehe, akhirnye tewas jugak sebelom masuk bilik misi tu.. tapi tak sempat amik gambar.

bila dah kena check2 ngn misi tu, dia terjaga.

terus sengeh2 dan sambung main lagi..... haishhh la anak...


04 August 2012

kesah solleh masuk spital..part 2

rabu - 30may 2012

episod duka bermula. masa ni dah masuk mggu ke 2 solleh on antibiotik. dah tak terkira berapa kali dia tukar IV. dah tak terbilang berapa kali dia meraung masa nk tukar IV ni. sayee syahdu giler smpi tak bole dok depan bilik procedure. dengar dia nangis, sayee rase nak terajang doktor2 tu seme. serius!

smpi tahap solleh kena buat IV atas kepala. bole bayangkan anak sendiri ada jarum atas kepala tak? mmg sedey sangat. smpi sayee ckp ngn solleh suh sabar byk2. tambah sayu sbb solleh takde merengek2 pun. mcm pasrah sgt. mcm paham sangat mak dia sedey so dia xnak mak dia tambah risau. hmmmphh. sayee yg dah nk masuk umur 30 pun belom penah kena cucuk atas kepala. rase hopeless sangat sbb tak leh nak ringankan sakit solleh masa tu. terasa berat sangat dugaan Allah ni.

mentang la kepala solleh botak, laju je doktor ni pilih nk cucuk kepala. haish!

jarum yang pertama.

cucuk atas kepala ni cuma Medical Officer je bole buat. doktor pelatih tak dibenarkan buat. ada sekali tu, M.O baru je buat IV atas kepala. baru start masuk ubat, tapi ubat tu tak jalan. mcm tersumbat. panggil M.O check, dia bole kata dia silap cucuk. sepatutnya cucuk kat salur darah yang bawak darah ke jantung, tapi dia tercucuk kat salur darah yang bawak darah keluar dari jantung. bole????????? alasan dia, sbb anak sayee nangis2 meronta masa tu. sayee mcm nak marah sungguh. tapi pk semula, doktor tu pun manusia biasa. sayee pasrah. *tears*

jumaat - 1jun 2012

solleh takde isu lain. cuma nk abiskan antibiotik aje. pakar pun ckp dia aktif je. maka, pakar pindahkan dia ke wad melor 1. wad ni untuk kanak2 yang less kritikal. masa ni sayee seronok sgt. tau anak sayee mmg dah semakin ok kan.

sabtu - 2jun 2012

kul 5 pagi, solleh muntah masa tgh menyusu. muntah yang byk sangat mcm nk terkeluar seme dalam perut dia tu. mmg sayee takut sungguh tgk dia muntah masa tu. pagi tu masa round, pakar tak datang. cuma ada m.o je. m.o kata kalau berterusan muntah, kena pindah wad melor 2 semula. sbb kat melor 1 xde pakar on call. takde doktor yg check 24 jam. sbb tu wad utk patient less kritikal kan.

sepanjang hari tu solleh muntah 6x. tgn n kaki dia pucat sgt. mcm xde darah. doktor amik sampel darah. hb dia makin low.

lembik sbb muntah 6x sehari

jarum masih ada atas kepala.

mlm tu kami pindah ke melor 2 semula. pakar dtg mlm tu jugak. dia decide nak buat blood transfusion esoknya. sbb paras hb dia mmg rendah tahap membimbangkan. *tears*

solleh kena puasa mlm tu sbb nak kontrol tanak bg muntah. pakar takut muntah masuk paru2 sbb dia muntah masa tengah menyusu. mlm tu solleh dapat lagi satu jarum kat kaki plak. masuk air sbb dia puasa. sepanjang malam tak tdo sbb dia nak menyusu.

ahad - 3jun 2012

kul 5 pagi solleh nangis makin beria. doktor suh bg tube feeding. masuk 30cc my ebm pastu dia muntah lagi mungkin sebab dia meloya dengan tube tu dok dalam mulut dia. lepas muntah, dia tdo lama. mungkin sbb ngntuk sgt tak tdo semalaman dan dia dah x lapar sgt sbb dapat sket susu ikut tiub tu kan.

kul 8++ pakar round, dia suh bg nyusu mcm biasa. alhamdulillah solleh tak muntah dah. tapi masa tu sayee memandai kontrol amount dia menyusu. sayee bg dia menyusu selepas sesi mengepam supaya susu yang dia dapat tak banyak sangat. ada tu sayee bg dia guna botol supaya sayee bole tau berapa oz dia minum. alhamdulillah, bg 2 oz x muntah. sayee tambah lg bg 3oz pun tak muntah. syukur sgt2. 

iklan jap. citer pasal mengepam. sayee mmg terus mengepam utk buat stok. sepanjang 3 mggu dok spital tu, 2 kali abg abdul angkut susu beku bawak balik umah. mujor kat spital mmg sediakan freezer utk simpan ebm. sayee mmg guna peluang sebaik mungkin la. alhamdulillah, production tak merudum wpun sayee mkn tak seimbang sgt. dan vit pun x mkn. cuma mggu ke3 tu merudum sket. nti sayee citer pasal susu merudum k.

tghari tu, start blood transfusion. 100ml. solleh darah B+. kalau ikutkan rase xnak setuju masuk darah org lain, tapi apekan daya. sayee dan abg abdul nk yg terbaik utk dia. kami berserah pada kepakaran doktor2 tu seme dan bertawakal kepada Allah.

330 ptg abis blood transfusion. solleh masuk bilik procedure nk cabut jarum atas kepala. sbb pakar nak buat ultrasound atas kepala sbb nk check otak dia takut ada yang membengkak. kalau bengkak, tandanya kuman dah masuk. syukur sangat ultrasound nmpk ok. alhamdulillah. pakar kata, kalau muntah lg dia nk buat ct scan otak plak. sbb result ultrasound tak as accurate as ct scan. tapi smpi petang alhamdulillah solleh tak muntah dah. last muntah kul 6pg je. syukur Ya Allah.

isnin - 4jun 2012

antibiotik continue mcm biasa. ikut IV kat kaki. IV yang sama masa guna untuk masuk air dan blood transfusion smlm tu. tapi tghari tu plak naik rashes atas kepala, sket kat muka n sket kat abdomen. sayee risau darah tu x sesuai. tp pakar kata kalau x sesuai, dia akan terus tunjuk effect on the spot. tapi rashes tu naik lepas 24jam. mmg takde kena mengena ngn blood transfusion la. rashes tu cuma ruam panas yg biase je. sbb ada patient yang depan katil tu, mak dia ada athma. so mlm2 dia tutup aircond. solleh ni jenis tak tahan panas. mmg akan naik ruam.

sampel darah dah amik. hb dah naik smpi 15. syukurrr.

selasa - 5jun 2012

gambar di pagi hari. solleh tgk abah dia bersiap nk g keje.

abg abdul mmg tdo kat ward dgn kami sepanjang 3 mggu tu. cuma mlm mula2 je dia balik umah. tu pun, kul 4 pagi dah smpi spital smula. hari2 lain seme abg abdul tdo kat kerusi yang bole tarik jadi katil tu. sayee plak tdo ngn solleh. sayee mmg mintak ngn misi nk katil besar. sepanjang mggu pertama, sayee tdo merengkok dalam katil baby yang ada pagar tggi tu. kesian kan..? hehe.

mcm2 rupe solleh. tgh mamai nk tdo. dah tak pucat sgt. skeee.


p/s: tamat kesah mggu ke2. nti sayee sambung kesah mggu ke3. daaaa...


03 August 2012

kaki kecil itu

dlu masa solleh masih inside my womb, setiap free-kick dari dalam buat sayee tersengeh-sengeh sokmo. setiap tsunami yang dia buat dari dalam mmg membahagiakan. sungguh!

skang, bila solleh dah ada depan mata dan tersengeh-sengeh, mmg bole mencairkan hati ini. sayee bersyukur sangat sbb solleh senang nk jaga. so far dia tak banyak meragam pun. bangun tdo dia sengeh. nak tdo pun dia sengeh2 dlu. kadang tu sengeh smpi terangkat kening. tapi sayee tak dapat2 lg nk capture gambar dia sengeh terangkat kening. bila dia tgk camera mesti muka jakun abis. eee, geram!

~~ kaki kecil itu ~~

~~ muka sehabis jakun depan camera ~~

02 August 2012

menu ramadhan 2012

sahur

day 1 = umah makabah
day 2 = umah makabah lg
day 3 = umah inlaws
day 4 = gulai ayam masak lemak (leftovers)
day 5 = ayam masak kurmaQ
day 6 = ayam masak kicap
day 7 = leftover ayam percik mak beli kat param utk berbuka. sayee hangatkan semula aje.
day 8 = sup telur
day 9 = sup sawi + ayam goreng. sambal tempoyak semestinya.
day 10 = daging masak blackpepper
day 11 = sardin utk abg abdul, telur dadar + kicap utk sayee. dan sambal tempoyak utk kami berdua
day 12 = sardin + ayam goreng utk abg abdul. roti bakar + mushroom soup utk sayee. xde selera plak nk mkn nasi pg tadi. terus abg abdul bancuhkan protein soya. risaukan anak dia x cukup susu la tu.. hehhehe..

berbuka

day 1 = kari ikan umah makabah
day 2 = asam pedas ikan tongkol umah inlaws
day 3 = murtabak utk abg abdul, kebab utk sayee. param tmn tas
day 4 = pita chips + cheese dipping sauce. dan param sg isap. ayam percik utk kami berdua.
day 5 = mee goreng rm1.50 langsung xde sayur / ayam / ape2 pun xde. param tmn tas
day 6 = nasi + siput sedut mak beli + ikan goreng + bakcoi masak tiram + kuih muih param. makabah sayee datang berbuka kat impian perdana.

day 7 = param sg isap. mee goreng rm1.50 tapi sedap.
day 8 = bihun sup param + kuih onde2 special mama solleh bg. sayee kata special sbb lain dr yg biasa. dia x gaul dengan kelapa parut tapi dia rendam dalam santan. sedap jugak.

day 9 = homemade pizza. sayee buat pizza segera, base dia sayee guna roti pita yg ada lebey masa buat pita chips aritu. xpayah uli2 doh. hehehe. + puding karamel mama solleh bg.

day 10 = homemade pizza again. sayee buat lg sekali sbb topping2 tu ada lg. tp sayee tukar guna roti biase sbb roti pita tggl satu je. sayee buat pizza roti pita tp bg kat pengasuh anak sayee. nk pulang bekas. hehe.

sedap sungguh tgk cheese sedang mencair kan

dah masak. ready to serve.

our so-called candle light bukak puasa.

hahhahahahahhaha. masa nk hidangkn pizza tu sayee teringat abg abdul ckp pasal candle light dinner mlm sebelom tu. sayee pun gigih mencari lilin. jumpa yg kecik ni, tu pun seketoi je. pastu gigih plak korek dalam tong barangan dapur yg x penah guna utk cari gelas kurus tu. mmg gedix sungguh. hahahha.

day 11 = sandwich sardin utk abg abdul, sandwich telur utk sayee
day 12 = meatballs spaghetti. mak solleh ngidam nk mkn spaghetti tp abg abdul tanak bwk g pizza hut sbb tanak solleh kuar time maghrib. maka, mak solleh trpaksa buat sndiri. hihihi..

1st time buat sndiri. sblom ni penah tlg n tgk org buat je..

day 13 = abg abdul request nk nasi goreng ikan masin. awal2 dah bgtau. hihihi.

kebanyakkn hari, sayee dok mengulang param tmn tas n param sg isap aje. sbb abg abdul tanak mkn nasi masa berbuka. maka, sayee leh goyang kaki sambil main ngn anak je petang2. best kan. g jalan2 param bawak solleh skali. skee dia dapat jalan2 makan angin. sampai tertdo2.

untuk tahun ni sayee belom merasa g masjid pun. lepas berbuka sayee dok umah ngn anak. abg abdul g masjid. blk dari masjid, abg abdul dok ngn anak, sayee plak bersilat kat dapur. masak utk sahur nnti. camtu la rutin kami bertiga.

ada jugak la beberapa kali time sahur n berbuka solleh tak tdo. kami pun bergilir la makan. indah sungguh ramadhan bergelar isteri dan jugak mak ni. tak sabar nk sambut syawal sebagai mak. hehe.


tak serupa tapi masih sama


aina qaisara 6 bulan
sehari sebelum ramadhan 2011

abdullah solleh 3 bulan
seminggu sebelum ramadhan 2012


dlu sebelum abdullah solleh ada, sayee ajar aina panggil sayee bonda kan. tapi skang bila solleh dah ada, solleh panggil sayee mak, solleh panggil kakak sayee pun mummy. maka, sayee tukar suh aina panggil sayee mak jugak.

ape2 pun, sayee sayang seme anak2 sayee. sayang sangat sangat sangat. ku bernafas kerna mu aina qaisara, abdullah solleh. mmuahhh...



01 August 2012

WW#12 dapur impian perdana telah diubahsuai..


alaaa, setakat alih2 rak dan meja makan aje

bukannye ubahsuai beria

tapi sayee ske laa keadaan dapur skang sbb sayee ada meja yg tidak mengadap dinding

dah ala2 island gitu. waahhh.

dan abg abdul pun kata susun cmni nmpk less sempit

ske ske ske..!


+ susunatur lama +

bila ada org duduk kat kerusi tu, mmg takde org bole lalu belakang. sebab mmg sempit.


+ susunatur baru +

meja makan tidak diganggu oleh org nak lalu lalang. skeeeeeeee.



p/s: sila abaikan bahagian tepi sinki yang bersepah2 tu. sayee baru pas basuh pinggan lepas berbuka td. tgh tunggu kering nk masuk dalam kabinet. hhehehe. harap maklum..hihihi


Related Posts with Thumbnails

ads