13 January 2012

siapa terkutip cili dan suap ke mulut, dia la terasa pedasnyaaaa....

tu lah akibatnye kuat sgt mengutip. pantang jmpa ape2 atas lantai, mesti nak kutip masuk ke mulut. tu la aina qaisara.

di satu pagi yg hening, (bonda tak berada di tempat kejadian, aki yg ulang citer ni) masa seme org tgh sebok minum pagi kat dapur, aina jalan terkedek2 pegi main kat area sinki. terjumpa la lada atas lantai. terus masuk mulut, sebelom org lain nmpk dan rampas. tibe2 aina meraung sekuat hati. sebab kepedasan la. smpi meleleh air liur. pedas sangat la tu. tak reti nk ckp lg dah pandai sgt nk makan lada. dipujuk2 dengan mummy, offer tek pun tanak. bg air dia minum bykkkkk. tp pedas tak hilang jugak. aki bawak pujuk2 g jalan ke luar, lama2 baru ilang pedas. baru la benti nangis.

lawak pun ada. kesian pun ada. tp tak serik tu. masih lagi kuat mengutip dan suap ke mulut. kalau budak yg guna pacifier agaknye kurang sket aktiviti mengutip ni kan. tapi aina langsung tak pandang pacifier.

lepas kejadian pedas tu terjadi, aina pandai ajuk org pedas. nti la bila2 kalau ada kesempatan sayee amik video dia ajuk org pedas. dia buat bunyi 'sssssss ssssss' sambil terjelir2 lidah. konon pedas sgt la gtu. hhahahha.


11 January 2012

sekejap je rasenyee

ape yg sekejap? hehehe.. satu, kejap je rase pejam celik pejam celik, aina nak mencecah setahun dah next monday. dua, kejap je rase sayee dah masuk 3rd trimester arini.

kesah aina;

1. sangat pandai gelak terbahak2. yang ini betul2 meniru perangai bonda. gelak kuat takde kontrol2. hak hak hak. kalau sayee saje2 buat tergelak hak hak hak, dia nnti ikut jugak. agaknye tak lama lagi bila dengar aki dia gelak dengan kawan2, mesti dia tolong ajuk semula. tunggu la sket lagi. eekekke.

2. selera makan semakin mancanak2. dia paling ske mkn nasi dengan ikan goreng + kuah lemak putih. her fav..! lagi satu, dia takleh tgk org lain mkn. mesti dia ngecek mintak sket. dia sangat kuat minum air jarang. mummy dia beli botol yg ada straw tu, sehari bole abis sebotol penuh. kadang2 balik umah kena refill lg. ini adalah serious. bersungguh dia sedut.

3. sangat tak ske dok umah. kalau hari ahad, mesti dia ske merengek sbb mummy abah tak keje. maka, kena la bg dia main kat luar umah bila dah petang. kalau jalan2 kat luar umah, mesti dia tlg kutip sampah. dia ske sangat mengutip, pastu masuk mulut. penah tu sayee marah dia kutip pasir, sayee pukul tgn dia. dia pandang je sayee. pastu kutip lg, sayee pukul lg. pastu dia buat muka gedix, terus sayee gelak. geram betol!!

4. ini part best. dia ske kalau wan dia call sayee buat loudspeaker. pastu sayee pun layan2 dia ckp. bila sayee ckp, "aina, sayang bonda". dia nnti cium screen tepon wan dia. suweeeeeet sgt. kalau sayee kata, "bye aina". dia nnti bye2 kat tepon tu. sambil mulut riuh2. comel sangat kan...

5. dia semakin kurang tdo. tapi kalau bawak masuk kete, confirm dia tdo lenaaaaaaa.

6. aina sangat ske makan limau. skang kan musim raya cina. kalau air limau meleleh kat tgn dia pun dia jilat. takut rugi kot. lg satu, dia ske mkn pisang. sangat ske..!

ok, ni antara gambar terbaru aina..

tokey kecik kedai moto ye.

posing mcm nak berjoget

dalam mulut penuh dengan cekodok labu.

kesah bonda aina mencecah 3rd trimester;

~ masih makan iberet folic.

~ masih makan calcium, vitC dan omega shaklee, tapi dah lama tak minum soy protein shaklee tu. sbb semakin kerap mengamalkan "vitamin nescafe, kopi dan teh". haish...

~ masih bole pakai baju muslimah yang sayee pakai sebelom pregnant dlu. setakat ni belom beli baju pregnant pun. yg along kasi pinjam pun x pakai lagi. cuma suar la tak leh pakai yg biasa dah.

~ baby ni menendang ikut time. kalau dlu, lepas sayee makan mesti dia menendang. ataupun time sayee nak berehat mesti dia menendang. tapi skang, sayee perasan dia tendang setiap 2jam. contoh, dia tendang kul 6 pagi. nti kul 7 sayee bfast, dia tak tendang dah. kang kul 8 baru dia tendang. hehehe. cute!

~ masih belom scan jantina baby. scan 3d 4d pun belom. insyaAllah next 2 weeks kot. sayee ada apmnt dengan Dr Su.

~ kaki dah mula bengkak. stretch mark pun dah menampakkan dirinye. opsss. takpe, bio-oil kan ada...

~ bila petang, dah abis tenaga. mmg flat. tapi sayee tanak biasekan diri dengan tdo pas balik keje. maka, sayee basuh baju di petang hari.

ok, itu saje yg bole diciterkan. lain kali sambung. daaaaaa.



10 January 2012

2012 ~ ini yang pertama

dah 10hari menjengah ke tahun 2012, baru berkesempatan nak taip satu entry. bukan sebok kat opis, tapi sebok ngn bisnes baru. *winkk..

utk tahun 2011, pencapaian sayee yang paling dibanggakan ialah, "I AM PREGNANT". terlalu gembira dan terharu, doa dimakbulkan olehNya. selain kesah pregnant ni, kami berdua amat berbangga sebab akhirnya berjaya mengambil keputusan untuk cuba menceburi bidang perniagaan. bukan senang nak buat keputusan ni. ye lah, dah biase 'makan gaji' kan. mudah-mudahan rezeki kami murah di sini. tapi, sayee maseh bekerja sepenuh masa. buat masa ni abg abdul yang akan menguruskan segala urusan. sayee tolong sket2 la dlu.

utk tahun 2012 ni, byk yang akan berlaku dalam hidup sayee. april, insyaAllah akan melahirkan. harap semuanya selamat dan dipermudahkan, harap dapat menjadi emak yang baik utk anak kami. harap dimurahkan rezeki utk anak ini. harap kami diberi kekuatan untuk mendidik anak kami ke jalan Allah Yang Maha Esa. 

2012 jugak akan bermula era berjauhan dengan abg abdul. dia di jengka, sayee di kuantan. mungkin jmpa selang sehari atau kalau dia larat, leh ar dia balik kuantan hari-hari. barang baby maseh belom tersedia. nmpk gayenye, online shopping je la sayee. bila abg abdul dah start bukak kedai, mesti susah nak cuti kan. ataupun, shopping sorang la nmpk gayenye.

pembukaan 2012 sayee ada kesah tragis. bermula dengan kesah turun site 29 n 31 dec 2011. lasak sket agaknye. lepas tu ada kenduri kesyukuran sket utk adik bongsu yang dapat 9a utk PMR. pun lasak sket tolong-tolong org. masuk hari pertama kerja di tahun 2012, sakit di bahagian perut. tak penah lagi rase camtu. g jmpa doc, takde ape2 pun. mungkin sebab lasak je. esoknya, melasakkan diri di kuari seharian, maka terjadi lah sedikit 'leaking' pada pagi 5jan. tapi sayee tak sakit pun. pergi klinik, 1st time kena VE. sakit oh! rase nk tendang doc tu. tp alhamdulillah, takde ape yang perlu dirisaukan sangat. balik umah tu, tibe2 plak bleeding. meraung sayee sorang2. perasaan bercampur baur, semenye yang -ve je. seb baik bole bertenang lg. tunggu abg abdul balik, g klinik. tp doc kata takde ape2 jugak. smpi harini, semenye dah ok. takde false contraction, takde bleeding dan takde leaking lg dah. alhamdulillah. cuma dah dekat2 nak masuk 3rd trimester ni, byk kali pulak muntah. selera makan merudum. ape2pun, alhamdulillah baby sayee semakin aktif bermain bola dalam perut mak dia. syukur. setiap tendangan yang membuatkan sayee tersengeh2.

ok lah, next entry sayee sambung kesah aina yang dah hampir mencecah setahun usianya. macam-macam ragam dah dia.

Related Posts with Thumbnails

ads