28 December 2011

WW#7 telan setiap hari

from babycenter.com.my........

How your baby's growing 

Your baby's growing steadily, gaining about 99g/22oz since last week. His skin is thin and fragile but his body is filling out and taking up more room in your uterus. He may also be developing a weakness for sweets. Taste buds are now forming, and, believe it or not, acquiring a sweet tooth is all part of it. The other big milestone your baby reaches at this stage of pregnancy is that she may now survive, with special care, if she is born prematurely - otherwise known as becoming "viable".

How your life's changing 

You may notice faint red streaks, otherwise known as striae, or stretchmarks on your tummy, hips, buttocks and breasts. Lots of women have very itchy skin as well - pregnancy hormones can make your skin drier and stretching over a growing bump doesn't help. Rubbing on creams may make you feel more comfortable and help soothe the itching but it won't get rid of stretchmarks and is unlikely to prevent them. Stretchmarks are typical at this stage of pregnancy and will fade to silvery white marks after you give birth. 


yg dalam kotak tu, telan sebiji je.
yg kat bawah tu klinik kjaan kasi, sayee dah tak mkn pun skang. 3 jenis = 3 biji = JENUH.

left to right; vitC, calcium, omega
sayee telan 2 biji sekali sehari.



27 December 2011

banjir di Impian Perdana

ni adalah citer basi 2 mggu lepas. kwsn Impian Perdana dinaiki air. umah sayee mmg berdepan dengan padang bola dan taman permainan. dan padang mmg lebih rendah dr aras jalan. fungsinya utk jadi pond pada musim ujan hujung tahun camni la. syukur alhamdulillah paras air tu takde lah mencecah hingga ke dalam umah. kami maseh bole tdo dengan lena walaupun ujan maseh tak berhenti.

sebelom beli umah, mesti la kena tanya pasal paras air kawasan tu kan. kami pun tanya jugak sebelom beli umah ni dlu. mmg tak penah lagi paras air smpi masuk dalam umah. tapi kawasan kampung yang dekat2 ngn taman ni mmg slalu naik air smpi atas umah. kami yakin nk beli umah ni jugak, sbb kwsn mmg dah strategik dengan tmpt keje sayee. dan jugak, site construction yang tgh buat jalan baru dari kuantan - pekan tu pun dah hampir siap.

walaupun hampir-hampir nak jadi mangsa banjir, seronok jugak dapat tgk air banjir live depan mata kan. zaman skang ni, kat tgh-tgh bandaraya pun bole banjir. maka, tak timbul isu salah pilih umah. ni seme ujian dan dugaan dari Allah SWT.

 budak2 siap bawak pelampung nak "mandi kolam"

 tmpt duduk kat gazebo tu dah tenggelam. bayangkan la sendiri tinggi mana airnye ye.

budak2 yang main tu majority dah sekolah menengah. air paras pinggang tu.

 jalan depan umah sayee, paras air dah smpi jalan






makabah kami risau jugak dengan umah ni. tapi sayee dan abg abdul yakin, kawasan umah ni takkan naik air smpi dalam umah, insyaAllah. kami dah sayang sangat dengan umah ni. ni la umah pertama beli dengan hasil titik peluh sendiri, takkan tak sayang kan.


21 December 2011

update aina..

1. aina dah bole berjalan masa umur 9m2w. masa tu kalau nak cepat dia merangkak jugak. tapi dia mmg rajin praktis jalan masa ni. terkangkang2. dengan tangan skali terkangkang. sbb nk seimbangkan badan. mmg comel dia masa tu. masa 10 bln bole dikatakan langsung tak merangkak dah. dekat2 nak masuk 11 bulan tu, bole kata mcm dah berlari je. mungkin sebab badan dia ringan je dan kaki dia plak tegap.

2. berat masa 8 bulan = 7.0kg je, 10 bulan = 7.3kg je. dalam 2 bulan naik 300g je. mungkin sebab dia kena demam campak masa 9 bulan tu. mkn pun x selera sgt. berat dia turun masa demam tu agaknye. lama sungguh dia demam, hampir sebulan jugak ar. sedey tgk dia mkn tak selera sbb dia mmg jenis kuat mkn. masa timbang 11 bulan tu pun naik 200g je. total skang = 7.5kg. tapi Dr kata lom turun dari graf, kira ok lg la.

3. aina bole berjoget bila dengar lagu. 1st time sayee tgk dia joget masa dengar lagu stacy kat tv. dia dok depan tv, tibe2 dia joget. henjut2, goyang2. lucu. terbahak2 sayee gelak. bila sayee gelak dia terus duduk, tapi masa duduk pun sambung joget lg. hahaha.

4. masih lagi takut dengar orang terbersin. dia ingt org marah dia agaknye. bila dgr bersin je, mesti dia lari kat mummy dia.

5. gigi plak, dah 4 batang. mula2 tumbuh gigi bawah 2 batang. masa tu dia kat jengka. bila balik taiping umah opah dia, tumbuh lg 2 batang. kalau suap pisang taknak dah kita cubitkan, nak gigit sendiri. kalau bagi mkn biskut rangup pun, bole dengar bunyi gigi dia gigit biskut tu. hebattttt.

6. makin pandai bermanja dengan aki n wan dia. kalau nmpk aki, terus nangis nak mintak dukung. mengade! kalau ada aki n wan, takyah harap la nak ngn org lain.

7. dah paham bila mummy tanye nak 'tek', dia terus datang kat mummy n baring atas riba. aritu wan dia bg plastik suh buang dalam tong sampah, dia bole paham. sebelum tu wan tunjuk skali je. kutip plastik atas lantai, buang dalam tong. pastu dia ikut.

8. rambut depan dah panjang. wan dah penah trim skali. skang dah panjang semula hampir nak masuk mata. tapi rambut belakang tak panjang sgt lg. tgk dr belakang cam rambut lelaki.

9. kalau kita ckp "aina, meh sayang bonda". dia nnti dtg dekat, letak hidung kat pipi kita. comellllll sgt.

10. dia dah kenal mummy n abah dia. aritu masa g umah ammarQ, dia jeles bila mummy atau abah dia riba ammarQ. tapi bila sayee riba ammarQ, dia rilek je.

11. bole ckp "nanak" bila dia taknak sesuatu.

12. masih fully bfeed. kalau bg susu dalam botol, dia tanak. kalau letak ribena dalam botol, bersungguh dia minum.

13. dia dah pandai minum pakai straw. tapi tak ingat masa tu umur dia brape. skang ni kalau minum air masak, mummy dia kasi dalam botol yg ada straw tu. again, comellllll sangat anak bonda tu.



20 December 2011

pengalaman pertama check up tanpa suami

**entry ni takde gambar...

arini kalau ikutkan sayee dah 23w6d. esok genap la 24w. kalau ikut kira sebulan ada 4 minggu, maka besok sayee dah 6 bulan la. tapi biasenye kalau org tanye, sayee akan jawab 5 bulan lebey. bila dah 4 jan nnti baru la 6 bulan. sbb sayee ske2 ikut tarikh LMP 4 july.. ye la, perut sayee ni seme org kata kecik mcm 3 bulan je. segan pulak nak cepat2 ngaku dah 6 bulan.. hehehe..

ape2pun, setakat ni mak boyot ni rase sehat je. cuma kadang2 lenguh kaki bila byk berjalan dan kadang2 sakit belakang bila duduk lama sangat.. anak ni pun aktif je walaupun sayee dah jarang tgk bola. jantina, tak tau lagi. masih lg bersabar nak suprise kan diri kami sendiri.

ok, citer pasal check up. sayee g check up kat klinik kjaan, klinik panel (utk scan byk2 kali) dan jugak klinik pakar swasta sbb saje je nak 2nd opinion. tp yg swasta tu sayee x ikut apmnt pun. ikut ske hati je bila rase nak g. 

arini nak citer pasal check up klinik kjaan ni. setakat ni dah 4 kali sayee g check up. bukak buku masa 12 mggu. masa 16 mggu berat naik sekilo. masa 20 mggu naik 2kg. terus kena minum air gula. dan pagi tadi apmnt sayee utk 24 mggu, berat turun plak 1.5kg. sayee pun x caye. agaknye penimbang tu silap kot. tp nurse tak marah pun wpun berat turun, agaknye sebab sebelom ni dah naik byk kot. hihihi. so total setakat ni sayee cuma naik 1.5kg je. mmg nurse yg sayee jmpa bulan lepas pesan suh kurangkan mkn mlm, sayee mmg dah tak mkn mlm cuma kadang2 je time balik kampung. tu pasal turun kot.

pasal minum air gula plak, alhamdulillah takde detect kencing manis. tapi next check up kena minum air gula lagi sekali. nurse ckp sbb sayee ada keturunan diabetes. sayee rase air gula tu takde lah teruk sgt rasenye. bole la telan. so, tak kesah pun kena minum lg. hehehe.

arini jugak sayee kena cucuk tadi. yg cucuk kancing gigi tu. ni baru 1st time. nti next check up kena cucuk lagi skali. sbb ni pregnant anak pertama. ni smpi ke petang dah rase lenguh2 sket. nurse nk cucuk tgn yg x guna utk menulis. tapi sayee ni right-handed. sayee ckp la nak cucuk belah kanan, sbbnye kalau kanan lenguh xleh mkn leh suh abg abdul suapkan. tp kalau lenguh belah kiri, camno nak poie toilet???? haaa.... 

oh, kepekatan sel darah merah (hb) sayee naik bulan ni. alhamdulillah. nurse berkali2 puji. kononnya sayee ni rajin mkn vitamin yg dia kasi tu. sbnrnye, sayee tak mkn langsung vitamin klinik kjaan tu sbb byk sgt jenis. dan bau dia plak semacam je kan. maka, sayee mkn Iberet Folic ~ all in one. senang sket. telan sebiji je, lengkap ada iron, folic acid, vitC, Bcom etc etc.. wpun size dia besar sket, sayee lebey rela mkn yg ni.

selain Iberet Folic ni, sayee mkn vitC, omega dan kalsium shaklee. kakak sayee kata kena start mkn alfalfa utk membanyakkan susu, tp belom start lg.. nnti la tahun baru sayee start. pasal susu plak, sayee belom penah beli susu utk ibu mengandung pun. sayee cuma minum protein soya (shaklee) dan sayee minum enfamama yang kakak sayee salah beli. patutnye nak beli utk lacta tp dia beli materna. maka, sayee kena abiskan. tu pun x abis. jarang2 je sayee minum. sayee lagi byk minum fresh milk je.

hmmmm, pasal barang2 baby plak sayee belom beli ape2 kecuali botol susu tupperware 3biji. mak sayee lom kasi green light. maka, abg abdul kata nak beli tahun baru nnti. bulan 2 atau ujung bulan 1 kot. lgpun, baju aina nnti seme bonda dia ni nak kutip bg adik dia pinjam. hehehe buat tak maluuuuu je.

pasal tendangan baby ni plak, baru 2 hari lepas rasenye abg abdul dapat rase. sebelom ni, bila sayee rase je, sayee suh abg abdul letak tgn kat perut, tp dia diam. saje nak sakat abah dia kot. byk kali abg abdul letak tgn, dia diam. elok2 abg abdul alih tgn dr perut, dia tendang2 semula. pandai menyakat tu genetik abah dia la. hehehe. akhirnya, dapat jugak abg abdul rase tendangan power dia.

penah skali tu, abg abdul kuar awal pagi kul 6, balik plak dah dekat kul 10 mlm. biasenye mlm2 time sayee rehat, dia ske gerak. tp mlm tu dia xde gerak sgt. bila abg abdul balik, dengan aktifnye dia gerak. dia rindu abah dia kot. penah jugak aritu, kami balik dr kuantan-jengka awal pagi. pagi tu lepas bfast dia x gerak spt kebiasaannye. sayee dah cuak jugak. tp bila smpi kat jengka, dah jmpa ngn aina, dengan aktifnye dia tendang menendang. mungkin pulak dia rindu kak aina dia. hehehe.

seronok sangat perasaan kena tendang ni kan. kadang tu rase nak sengeh-sengehhhhh je. tapi kang, org pelik plak tibe2 sengeh sorang2. cuma, kadang2 tu terasa jugak kat tmpt apendix ni cam ngilu2 je bila dia tendang. tapi takde la sakit sangat. cuma rase sengal2 gtu. doktor cakap, operate kat abdomen mmg lmbt nak pulih sepenuhnya.

rasenye setakat ni je la dlu perkembangan anak sayee ni. nnti kemudian sayee sambung. besok sayee nak g KMC plak jmpa Dr Su. dia pesan suh datang masa 24w utk check up. last skali sayee g masa 18w. sayee ske g KMC sbb scan dia clear sgt. hehe..

~~check up kali pertama abg abdul tak ikut sbb dia g amik exam utk lesen GDL. kebetulan plak kena hari yg sama. hehehe.

tata..

Related Posts with Thumbnails

ads