30 November 2011

my baby

kesah sayee dan baby ni.

anak sayee semasa 9 mggu

anak sayee semasa 12 mggu

perut sayee semasa 18 mggu.

anak sayee semasa 18 mggu.

sejak masuk 2nd trimester ni, sayee kadang2 lupe sayee pregnant. rase mabuk yang dlu2 tu seme dah ilang. takde dah bau dapur yg busuk, bau opis yg busuk, seme pun bau ok je. ajaib sungguh.

lg satu yang sayee perasan, masa 1st trimester sayee sakit gigi. macam kebas kat geraham bawah belah kiri. bila kena air sejuk terasa sungguh ngilu dan kebas. dan skang ni masuk 2nd trimester plak, rase kebas kat peha kiri ni. tapi sayee dah tanye doktor, dia kata biasa je untuk pregnant woman. so, sayee assume mmg sbb pregnant je la ni. kita tgk la nnti 3rd trimester ada tak kebas kat tempat lain.

setakat ni, jantina masih lagi kabur. 2 kali dah scan doktor tak leh nak pastikan. buat masa ni sayee dan abg abdul rase macam nak suprise je. tggu dah bersalin je la baru tau jantina. bole kan?

pasal mengidam plak. lepas dapat gumball tu, sayee teringin plak nak minum coconut shake. kalau ikut mak sayee, dia kata awal2 pregnancy tak leh minum air kelapa. so, sayee tggu la lama sket. mggu lepas sayee dah masuk 20 mggu, baru la dapat minum coconut shake tu. sedap sungguh rasenye. walaupun dapat sket je sbb terpaksa share dengan abg abdul, tapi dah seribu rahmat dah. sedap betul dapat minum tu. 

oh lg satu, baby ni dah start menendang dgn aktif nya masa genap 19 mggu. 1st time sayee rase masa tgh tdo. sayee terjaga sbb terase mcm kena cucuk dari dalam. mcm kena geletek dari dalam pun ada jugak. tapi lom citer kat abg abdul, sbb sayee tak confident. masa kat opis, makin acap plak rase yang sama. so, sayee confident la. terus bgtau abg abdul. masa musim bola sea games tu plak, sayee mmg peminat setia la tgk bola. baby ni sama naik jugak main bola dalam perut mak dia. priceless experience. tak tau nak gambarkan camne.

berat badan sayee plak, total dah 3 kg naik tau. patutnye sebelom 20mggu, cuma bole naik 0.5 kg sebulan. tapi sayee plak, over ok. kena sound dah ngn nurse klinik kjaan. hehe. pasal placenta plak, awal2 pregnant tu, doktor kata kedudukan tak berapa elok. dekat sangat dengan jalan keluar baby. tapi yg sayee scan 28nov tu, alhamdulillah dah berubah. elok sket kedudukannya.

setakat ni dlu la update kali ni. sambung later.


04 November 2011

tayang gambar aina comel


masa tak amik gambar, sengeh sgt. dah nak amik gambar, masam mencatuk.


dah sebok nak main pulak.






~~lama sket x jmpa budak mata bulat ni, mesti rindu terlampau. haish, parah dah bonda ni.


03 November 2011

3 nov 2011

Dear Husband,

HAPPY 28TH BIRTHDAY..

I LOVE YOU..

Yours Truly,
Wife.


28 notes on your 28th birthday

masa birthday sayee yang ke 28 bulan jun lepas, abg abdul belikan sayee 28 hadiah. masa tu sayee lom pregnant, dan sayee ke sana ke mari ke tmpt keje seme nye drive sendiri. lepas dapat tau pregnant, abg abdul hantar sayee g keje. maka, hasrat nak carikan dia 28 hadiah utk birthday dia ni, terkubur la begitu sahaja. nak cari hadiah mesti la kena suprise kan.

untuk tidak mengecewakan birthday boy ni, sayee pun dengan pantas mengkreatifkan diri dan buat kad hari jadi bersama dengan 28 nota cinta untuk dia.

alasan pertama sbb sayee takleh g kedai nak beli adiah. alasan kedua, bakal ibu bapa ni kena berjimat cermat utk menyambut kelahiran bayi ni nnti kan. hehe..




the cake..

akhirnya dapat jugak blanje abg abdul ice cream cake. masuk parking ECM semata2 nk beli kek ni. seb baik within 15 minutes free lg.

terus balik umah n mkn. nyum nyum..



HAPPY BIRTHDAY, ABANG SAYANG..


1m1w1d

kebetulan pulak arini hari jadi abg abdul dan countdown nk smpi ke 2nd anniversary kami plak tinggal sebulan seminggu sehari lg. lawa sungguh nombor itu.

sayee dah ada idea nak beli ape utk adiah anniversary kami nnti. hadiah yang adil utk both husband and wife. baru la tak berdengki nnti.

p/s: abg, jgn tanye skarang ye. nti dah smpi masa baru kita g beli sama2. adil ok..?


Daisypath Anniversary tickers



~~sayee dah deactivate account facebook. lepas ni insyaAllah akan lebey rajin update blog je la.


happy birthday IBU..

ibu,

Happy 39th Birthday.

semoga panjang umur dan murah rezeki.

iye, birthday ibu sama dengan birthday abg abdul. hehehe.

ibu ni ialah mak sedare sayee. adik bongsu abah sayee. merangkap mak andam sayee masa bertunang n masa kawen. ibu jugak la mak kepada anis, rushdey, aisyah dan ain.

02 November 2011

craving kah?

sejak minggu lepas lagi sayee terasa nak makan ini. tapi sayee taknak ngaku sayee mengidam. anggap je la sayee teringin.

gumball zaman kecik2 dlu. skang, sayee taktau nak cari kat mane. sape2 kat kuantan ni kalau jumpa, tlg bgtau sayee ye. sayee nak makan ni.

tiap kali sayee teringat kan gumball ni, mesti tibe2 je air liur ni macam banyak je. pelik tapi benar. hehe..


*gambar digoogle*



01 November 2011

Doa Semasa Hamil

Sejak hamil ni, sayee amalkan doa ni. sayee dapat dari blog kernakasihkita. sayee rase elok jugak kalau abg abdul pun selitkan doa ni dalam doa harian dia. tapi, slalu sayee lupa nak bgtau dia. ni sementara teringat, sayee masukkan dalam blog je. nti bila dia tgk, bole la amalkan jugak. insyaAllah..

Ya Allah ,
peliharalah anakku selama ia berada di dalam kandunganku  dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan , tidak ada penawar melainkan penawar-Mu , penawar yang tidak meninggalkan penyakit.
Ya Allah ,
Engkau perelokkanlah kejadiannya yang sempurna dan tetapkanlah hatinya agar beriman kepada-Mu dan kepada Rasul-Mu.
Ya Allah , 
zahirkanlah dia ke dunia dengan mudah dan selamat .
Ya Allah, 
anugerahkanlah dia kesihatan yang sempurna , berakal dan bijaksana  , alim dan beramal .
Ya Allah,
panjangkanlah umurnya dalam ketaatan , sihatkanlah tubuh badannya ,dan indahkanlah akhlaknya,  fasihkanlah lidahnya , perelokkanlah suaranya untuk membaca al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhamad s.a.w. dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam .
Aminnnnn..



ye, mmg dah lama sayee tak update blog ni. bersawang dah kot. nnti la sayee panggil cuci-cuci services buat major service kat blog ni. ekekeke. sebenarnye banyak nak kongsi pasal pregnancy ni, tapi sayee taknak nampak terlalu excited. segalanya ketentuan Dia, kita hanya mampu merancang. nti insyaAllah sayee akan cerita sket-sket.


Related Posts with Thumbnails

ads