31 October 2014

solleh 2y6m


* perbualan solleh yang makin hari makin menggeletek hati. kadang tu dah pandai ckp ngn emosi. siap buat memek muka konon2 sedih. biasenye, tak sedih pun tapi buat2 sedih.

situasi, abg abdul tlg urut kaki sayee. solleh tgh mkn mee daging (spageti) kat meja kenit dia kat depan tv.

solleh: abah picit kaki mak?
abah: iye.
solleh: mak sakit kaki ke?
mak: tak lah, mak penat je.
solleh: mak penat masak mee daging aleh?
makabah: (berpandangan sesama sendiri)
mak: tak lah, masak mee daging tak penat pun. makan je byk2 smpi abis.

situasi, solleh dlm buai tgh amik mood nak tdo. skang ni kalau nak tdo mlm, mesti nak masuk buai. dlu tak camni pun.

solleh: tadi mak tinggal aleh?
mak: bila plak?
solleh: iye, mak tggl aleh ngn siddiq kat umah mama. aleh nangis. aleh nak ikut mak.
mak: mak g keje, bukan mak saje tinggal solleh ngn siddiq kat umah mama.
solleh: tapi mak tinggal aleh kat umah mama. aleh nangis. (masa ni dia buat cebik2 moncong)
mak: iye lah, mak keje bahaya. solleh siddiq tak bole ikut. mak balik keje, terus mak g amik solleh siddiq kan. dok ngn mak kat umah solleh siddiq ni kan.
solleh: mak tinggal aleh, aleh nangis.
mak: ye lah, ye lah. solleh tdo ye. dah ngantuk td. (mematikan perbualan sedih)

situasi, borak dalam tepon ngn abah yang belom balik keje.

solleh: abah g mane?
abah: abah keje.
solleh: kat mane?
abah: abah keje kat pejabat abah lah.
solleh: pejabat abah kat mane?
abah: kat kuantan lah.
solleh: kuantan kat mane?
abah: aduhhhhh solleh, jgn buat abah camni...
solleh: hahahhahaha, abah g mane? (sambil gelak2)

kuat menyakat solleh ni. hahahha.

situasi kat dapur. solleh nampak habuk teh dalam penapis teh tu. dia mmg sangat amat ske main ngn penapis. dok tapis air buat air ujan katanya.

solleh: mak, ape tu? (tunjuk2 teh dalam tapis)
mak: habuk air abah
solleh: aleh nak pinjam kejap, bole? (nada memujuk, siap lentok kepala)
mak: solleh nak buat ape? kotor tgn nnti.
solleh: kejap je, bole lah. bole tak?
mak: kejap saje ye.
solleh: iye.
(lepas 10 minit tak abis2 lagi main air, grrrrr)
mak: mak dok depan lah, tggl je solleh sini.
solleh: ok.
(pastu dia datang sendiri kat depan. paip tak tutup.)
mak: tgk tgn tu kotor dah.
solleh: alaaaa, abis kotor tgn aleh kan. aleh basuh kejap ye mak. kejap, mak tunggu sini (kat depan)

bila sayee intai, dia mmg g basuh tgn. pastu sambung main air lagi. grrrrrrr.



15 October 2014

WW#19 siddiq botak



khamis lepas, kami membotakkan siddiq lagi. sbb rambut dia panjang dan tebal (lebih tebal dr solleh). bila tdo mlm smpi basah tilam dek peluh. maka, kami sepakat nak botakkan dia lagi sekali. skang ni nmpk dia makin boolat sbb kepala botak. haha.



12 October 2014

aidiladha 2014

kali ni kami beraya di umah jengka dlu. sayee masak rendang daging, tapi abah tak ske sbb terlebih daun limau purut. T-T. bile tanye abg abdul pun dia kata terlebih jugak. selain itu, mak masak laksa dan nasi impit kuah kacang utk juadah pagi raya. hanya sayee dan adik bongsu yang balik beraya. along balik taiping. abang (mustaqim) plak beraya di bandung. biasa mmg raya haji dia tak balik pun sbb takde cuti.

attire; ulang pakai baju raya puasa. jubah solleh siddiq pakai smpi tghari je. ptg tu nak balik gelanggi dah tukar tshirt je. panas weyh.

sayee amik gambar sbb sayee lom sempat nak pakai cantik.
maka, takde gambar sayee

aki dan siddiq


selamat hari raya aidiladha

solleh yg ajak apak dia (adik bongsu sayee) bergambar.

ibadah korban. solleh ikut mak sayee g tgk aki sembelih lembu. balik tu kecoh dia, "mak, aleh tgk lembu dayah (read:darah)". mak kata dia dok heret tgn ajak tgk dekat2. tak takut langsung. mak yang tak berani nak bawak dekat2 sgt.

tentang siddiq plak. dia tumbuh gigi di hari raya. dia kan lom start solid. mak sayee sebok suh bg dia mkn sbb dia dah tumbuh gigi. sejak ada gigi ni, slalu sgt buat strength test masa menyusu T-T, sakit mak tau tak!!! sabau je la...





kebetulan plak 5oct tu bday zaid ke 4. ibu dia buat suprise bday party utk dia kat umah gelanggi. ada kek, belon, dan steamboat by best buffet steamboat n grill. tapi takde gambar sgt. seme org sebok main belon. hahaha. 


ini lah zaid

ni amin, di mlm kejadian. main belon byk.
steamboat setting kat luar umah. masak dan makan ramai2.

selasa - sayee dah keje. ada majlis korban di pejabat plak. tumbang kerbau seekor. lepas tu gotong royong masak dan makan beramai2.

venue: yard kuantan

sekian sahaja cerita raya korban. till then. as salam.


11 October 2014

lazada - effortless shopping

sungguh sayee ske dengan lazada ni. mula2 rase cam tak caye, knape barang2 dia murah giler. barang betul ke barang tipu. perasaan nak cuba tu membuak2 wpun sayee in denial. tapi, 1st time beli >2rat jgn tatau. haha. 

ni 1st purchase

1st time beli tu bulan 7, diapers budak2 tu smpi mggu lepas baru abis. hebat!! jimat!! tapi nyesal gak beli size m utk siddiq byk2, yg last2 tu dah ketat sket. sian dia. botol munchkin tu solleh ske! khemah tu pun solleh ske! separuh ruang tamu penuh ngn 'rumah solleh' dah. nak cite sket pasal 'rumah solleh' tu. adik dia dok dlm walker, kemain ske intai abang dia ikut tingkap tu. solleh masuk dlm tu siap tutup pintu eh. dia main aum chak ngn adik dia ikut tingkap je. bila kite nak letak adik dlm tu skali, dia kata tak muat sbb menan (read: toys/mainan) dah penuh.

total purchase dah 4x. kali ke2 sayee beli shake n take dan baby bullet utk siddiq. masa tu bulan puasa, dok shake susu kurma je. n kadang2 air buah. lepas raya jarang2 dah guna. sbb sayee minum susu+qaseh je. takyah blend. haha. yg baby bullet tu smpi skang lom test. sbb siddiq maseh lom start solid. ye, dia dah 7mo++ shadap u. hahaha.

kali ke3 beli ogawa air revitalisor 2 ketul. menyegarkan udara dalam umah katanye. best jugak pakai tu, tapi kadang2 bila air dia dah berkurang malas gak nak refill. yg rajin refill ialah abg abdul ku.

dan kali ke4 plak, baru kejap tadi. sayee repeat beli drypers size L. smlm masa g giant harga 38, beli kat lazada jadi 31 je. terus smpi kat depan pintu. jimat, no?

lepas ni nak beli stock pediasure plak kalau murah. tadi check hrga sama je xde less. maka, tak beli. nti kalau ada murah, sayee nak beli 6tin terus. sbb susah jugak nak cari pediasure coklat tu. aritu g giant takde, nirwana pun takde. tunas manja tak g tgk, sbb sayee kurang ske g beli barang dapur kat tunas manja. 

ok, till then. as salam.




02 October 2014

ketagih amik gambar anakanak tdo

sayee adalah ketagih amik gambar anak anak tgh tdo. macam2 posisi. comel of course. bila tgk mereka tgh tdo, rasa insaf kejap. kerap sangat menaga bile mereka meragam. terpikir smula, camne bole menaga dengan ahli syurga yg comel ni.

berilah aku kesabaran yang paling maxima dalam mendidik dan menjaga anak2, Ya Allah. 

siddiq peluk bontot solleh

solleh mmg tdo katil bujang, tapi dirapatkan dengan tilam queen kami. 
katil dah bukak sebab tak muat dah tdo 4orang. baby cot dah patah kena banjir. huhu
mesti nak tdo sebelah siddiq jugak2.

siddiq ikut sayee g keje sabtu lepas, pastu tertdo.

pok montot tu baru tau!

ahli-ahli syurga

siddiq mengkakikan solleh

jenuh kejut bangun pagi

solleh peluk siddiq. sweet, no?

oh my sons!


Related Posts with Thumbnails

ads