15 May 2015

coretan

1. solleh sekarang suke benor mintak tepon sayee/abg abdul pastu dok amik gambar. mcm2 gambar dia amik. jom tgk antaranya. hehe. 


gambar adik dia tgh kedek2. abg abdul santai2.
ruang tamu umah.


seluar solleh. tapi taktau la part mane ni. haha


solleh selfie


botol susu dia bergelimpangan kat sofa


selfie lagi


menajdi plak gambar ni. abahnye siap peace haha


kaki dia tepi je kepala abah. bertuah betul budak ni.


selfie


gambar adik main

solleh amik gambar makabah dalam kereta

solleh suruh sayee pegang toy tu dia nak amik gambar




2. solleh dah pandai pakai kasut sendiri. sebenarnye kami baru je beli kan dia kasut. masa tu sepatutnya dia pegi zoo dengan cikgu2 n kawan2. tapi last minute kami buat keputusan taknak bg dia pegi. sbb kami rase dia belom ready. ok, mak dia paranoid wutever. hahaha.

gambar kasut ni dia amik sendiri. hahha

dia suka sgt kasut tu, nak pakai g skolah hari2. biase dia pakai selipar je. smpi la satu hari, sayee perasan dia dah bole pakai sendiri dengan cemerlang nya. sebelom ni sayee selalu bagi dia cuba dlu tapi mesti separuh jalan dia mengalah. tapi sekarang dah cemerlang. yeaaay solleh yeaayyy..







3. siddiq. aduhai budak manja ni. maseh fully bf. sangat la ske main air. kalau nmpk sayee kat sinki, dia dah tarik kerusi pendek tu, panjat pstu hulur tgn nk main air. haha. pastu nmpk senduk penapis mcm2 bersangkut kat tingkap tu dia sebok nak buat main air. geram betul. pastu kalau ada org dlm tandas mesti dia ketok2 nak masuk sekali. haha.

4. car seat. yeay skang budak 2 beradik ni ada car seat yang serupa sebijik sejibon. takyah rebut2. hahaha. total car seat sayee penah beli 4 ketoi dah. anak baru 2 org. hahha. car seat mula2 beli tu mcm carrier utk baby. tak bole facing ke depan. pastu tak cukup tinggi utk nmpk ke tingkap. so, masa solleh 11 bulan sayee beli yang baru. jenis pandang ke depan dan tinggi sket. ske sgt solleh. smpi umur 2tahun lebih pun pakai lagi. adik pakai yang carrier tu.

bila adik dah besar, adik pun nak tgk tingkap. nak facing ke depan sbb nak tgk tv. so, kami beli sebijik lagi car seat kat anakku ecm. hrga rm389 tp ada promosi jadi rm319 pastu tolak member card anakku jadi la rm304. esoknya tgk kat lazada, car seat yang serupa sebijik hrga cuma rm229. amagaddddd! terus rembat. campur postage rm7 je. rugi betul tak tgk kat lazada dlu sebelom beli yang anakku tu. errggghhh.

maka, 2 beradik ni guna car seat yang sama. car seat yang carrier tu fateh pakai. car seat yg lama lagi satu tu kami pakai kat kereta lg satu. kereta tu jarang naik ngn 2 anak skali. biasenye naik salah sorang je masak hntr/amik dari pengasuh/sekolah. huhuhuhu.


tdo bersama

berjaga bersama 

bermain bersama



posted from Bloggeroid

14 May 2015

Abdullah solleh is 3

sebulan yg lepas anak sulung sayee genap 3 tahun. besaaarrrrr dah. rase kejap je, eh tibe2 dah besar anak sayee. tak puas nak peluk cium lagi. tibe2 je dah pandai ckp mcm2. dah pandai buat macam2 termasuk lah jaga adik. yeeaaayy!! syabas big bro. 

nak throwback sket gambar2 dia baru lahir. pipi gemok. kulit bersisik. haha. 

mimpi ape tah cebik2 camni

rindu bau budak kecik camni

alahai bukak mata. so cute
*puji anak sendiri*

kemerah2an hehe

ok, abis dah throwback. nak cerita kisah solleh celebrate beday plak. sebenarnye ni 1st time sayee sendiri yang anjurkan celebration utk solleh. masa 1st bday kami lepak berdua je kat umah. hari ahad masa tu. lepas masak, mkn2. lepas tu tdo. bgn tdo masak, mkn2 lagi. 

masa 2nd bday plak, sayee dalam pantang beranak ke siddiq. takde kek atau celebrate ape2 pun. seminggu lepas tu mak2 sedare dia belah abg abdul belikan kek, tiup2 belon pastu suprise2 kan dia. masa tu lepas kenduri aqiqah adik siddiq 2 bhgn dan dia sendiri 1 bhgn lg. blur dia, x pandai tiup lilin lagi. mmg no idea langsung pasal birthday celebration. ngeee.

ok, 3 tahun plak dia dah skolah (day care). kat sekolah dia mmg slalu celebrate bday. penah dia bawah balik jajan. dia kata kawan2 seme dapat sbb nyanyi abedaytoyou kat sekolah. haha. so, sayee pun dengan bersemangat nye nak buatkan celebration utk dia jugak kat skolah. berbulan2 sebelom tu dok plan mcm2 utk bday dia kali ni. g mr.diy beli acuan kek bentuk 3 ni. berkali2 buat rehearsal guna acuan tu sbb risau takut kek sebenar nti tak jadi. hahha. 

berbalik pada cerita di hari kejadian. terjadilah seketul butter cake. takde kaler pun. pucat je. pastu decorate tak reti. cuma buh cream cheese ciput2 atas tu guna nozel star. hehehe. tapi alhamdulillah, semua puji kek tu sedap walaupun buruk. 



kek bentuk 3 alas dengan tutup tupperware hihihi


ni kek dia celebrate kat umah pengasuh. 3 hari sebelom bday dia.


dia lebih happy potong kek kat umah mama compare dngn potong kek kat skolah. 


tgk tu, masam je. 


masam lagi






















gambar bercampur aduk. maaf lah ye. sebulan dah lewat. baru nak bercerita pasal bday anakku ni.

happy birthday sayang anak mak. i love you son..

posted from Bloggeroid

10 April 2015

bila anak dah sekolah

assalam.....

sebelom ni sayee ada bgtau solleh dah masuk sekolah kan. sbnrnye tmpt ni lebih kepada nursery with activities. tujuan asal sayee dan abg abdul nak suruh dia belajar berkawan. dari kecik dok ngn pengasuh, dia kekurangan kawan sebaya. dan dia nmpk mcm dah bosan. tahun lepas setiap kali nak hntr kat pengasuh mesti dia taknak. so, kami pun cuba la cari2 sekolah utk solleh. sekolah ni dekat je ngn opis sayee. dekat ngn umah jugak.

so, hari ni just nak share gambar2 aktiviti solleh kat sekolah je.

2015, solleh ni genap 3tahun. so dia dok kat kelas 3 tahun. sebenarnye kelas ni untuk budak 3 tahun ke bawah. cuma aktiviti dia bahagikan ikut umur lah. pastu babies plak dok dlm bilik lain tapi kelas yg sama. cuma diasingkan je lah.

khusyuk masukkan benang dlm manik


lawatan jururawat gigi

solleh cek gigi


ni plak uniform setiap rabu.
hari bersukan.
aktiviti di luar.
pssst: tudung koko tu cikgu faveret solleh hehe


pakai kasut sendiri, dok atas lantai


hari jumaat, baca iqra beramai2


spiderman buat aktiviti koyak2 tampal2 haha


aktiviti mewarna

hari jumaat jugak
cikgu bawak ke masjid

perubahan selepas g sekolah pun ada byk la jugak. byk dah bacaan2 zikir yg dia dpt ikut. 123 dan abc pun dah bole. mandi awal pagi. dlu g umah pengasuh, penah je tak mandi. haha.

tapi, kdg tu berbelah bagi jugak sebenarnya. taktau kami buat keputusan yang betul atau tak bila hntr solleh g skolah ni. kadang tu ada terdengar dia ckp kasar. mungkin pengaruh kawan sebaya kot. kdg tu dia mudahhh sgt menangis cuma sebab yg kecik je. mcm saje nak perhatian mak abah. kdg tu buat perangai awal pagi tak nak g skolah. hmmm, sabar la. tunggu smpi setengah tahun ke tgk cmne. mudah2an awak seronok kat sekolah tu wahai anakku.





posted from Bloggeroid

07 April 2015

rutin pagi bekerja

keje di rumah kalau nak diceritakan mmg takde penghujung. tak tau kat mane ujung pangkal atau kat mane klimaks. haha. yang pasti, kadang tu rase penatnye tuhan je yang tau. tapi, kite lalu aje lah. 

ckp pasal rutin pagi2 ni, hal pakaian nak g keje, hal bekal, hal beg sekolah anak sulung, hal cooler bag ebm anak kedua dan bekal anak kedua jugak, pastu hal bfast anak sulung pagi2 sebelom g sekolah. dan list berterusan tak tau kat mane ujung nye. kdg2 tu bile smpi je kat opis sayee kena amik masa utk bernafas dlu kejap. T____T

list sayee pagi2 ni bukan sayee buat semua pun. kdg tu kalau dah terlambat mesti g keje pakai ape yang nmpk je dan confirm selekeh nak arwah. kdg tu kalau sayee siapkan pakaian keje dlu, mesti tak sempat nak buat bekal. atau tak sempat buat air abg abdul. sayee penah buat berjaya buat semua keje wajib ni dgn sempurna dan sempat smpi ke opis on time, TAPIIIII sayee tdo dr kul 8mlm smpi kul 12mlm je. lpas tu tak tdo langsung, siapkan semua keje. T_______T

tu belom cerita ragam anak2 lg. anak sulung tu kdg ragam pagi2 dia bole tahan jugak lah menuntut kesabaran. anak kedua plak, org sebok nak mandikan abg, dia sebok nak ikut masuk bilik air jugak. biasenye dia mandi ngn mama pengasuh, sayee malas nak mandikan awal pagi kat umah sbb sejuk sgt (sbnrnye sbb tak sempat T___T)

mak, aleh nak minum air kolik (horlicks) kat depan. aleh nak tgk tv.
mak, aleh nak g skolah ngn mak.
mak, aleh nak g skolah ngn abah.
mak, aleh nak g skolah ngn abah ngn mak.

penah tu,
mak, aleh nak g ngn mak ngn abah ngn siddiq.
haaaa, stress tak?

sayee sgt amat mengagumi ibu2 yang bekerja, sempat makeup, pakai cantik2 g keje, dok kat bandaraya besar yang sesak kat jalan raya. camane korang bahagi masa huh? bgn kul bape? tdo kul bape?

bagi sayee, untuk menjadi ibu yang terbaik kepada anak2, sayee tak perlu bersaing dengan ibu2 lain. parenting tak bole belajar dr text book. kena try n error. ok, mungkin bole baca tapi still kaedah cuba jaya adalah sangat penting. mungkin cara camni sesuai ngn anak dia, mungkin tak sesuai ngn anak sayee. mungkin cara tu sesuai ngn ibu anak 1, tak sesuai ngn ibu anak 2. sesuai ngn ibu yg sepenuh masa kat umah, tak sesuai ngn ibu yang bekerja. kannn. 

maka, lebih baik jgn bersaing. kalau sayee disaingi pun, buat tak tau je lah. kalau sayee dibandingkan dengan ibu2 lain pun, buat tak nampak je lah.

peace......


06 April 2015

setahun berlalu bersama abdullah siddiq

anak kedua, bila tau nak dapat dia dlu, gembira tu sama mcm nak dapat anak sulung jugak. tapi, menjaga anak kedua dan anak sulung tu tak dapat nak lari (mungkin sayee je) mesti ada jugak kurang atau lebih. ye lah, dlu jaga anak sulung perhatian kat dia sorang je. anak kedua? paham2 sendiri lah. sayee ngaku mmg ada la beza sket, tapi sumpah sayang, mak sayang awak dan abg solleh sama byk sama sikit. tak kurang tak lebih. muahciked.

entry special ni nk tayang gambar siddiq, dari 1st day smpi la dia setahun.

1st day
baby 3.8kg
czer kali ni

1 month old

2 mths old

3 mths old

4 mths old
golek2 dgn abg solleh

5 mths old

6 mths old
masuk wad - bronchiolitis

7 mths old


8 mths old
selfie ngn mak tepi padang tmn abg solleh main

9 mths old

10 mths old

11 mths old

i am 1 year old yeaaaaayyyyyyy


Related Posts with Thumbnails

ads