01 October 2014

WW#18 sayee dan shawl

cerita shawl

arini pakai abaya abg abdul belikan. oleh kerana abaya ini terbelah sampai ke bawah, maka sayee pakai skirt. oleh kerana nak pakai selendang itam, sayee pakai skirt pink supaya kontra sket. oleh kerana, sayee pakai skirt pink maka sayee pakai shawl dengan inner pink!

sekian.






moyang solleh dan siddiq..

al-fatihah..

jumaat-8mlm-18july14

tok kembali kepada Penciptanya. masa tu baru lepas berbuka. tok putus nyawa ketika mak sayee sedang menganti lampin pakai buang dia sbb baru lepas berak. dia tergigit lidah terus menghembus nafas terakhir.

sejak bulan 5 tok kena stroke. langsung tak bole bgn. hanya baring. minum susu melalui tiub. tak dapat bercakap. lebih kurang 2bulan dia tak bercakap. tak dapat nak bg pesanan terakhir pada anak2 dan cucu2 dan cicit2.

masa dalam pantang siddiq, siang hari mmg sayee dok ngn anak2 dan tok skali. sayee buh mknn dia bwk kat katil bila dia tak larat nak ke dapur. sayee tlg pimpin dia ke bilik air. penah jugak bila kedua2 anak meragam, sayee stress dan terkasar ngn tok. harap tok maafkan sayee.

jumaat-10mlm-19sept14

tokki plak kembali kepada Penciptanya. masa ni sayee di jengka. cuti sakit. tokki mmg dah lama dok ngn cikngah (mak sedare). ptg jumaat tu dah dapat berita tokki dah uzur sgt. tokki mmg takde penyakit, kecuali mata tak nampak sejak 10 tahun ni. umur dia mmg dah dekat2 mencecah 100 tahun kot. akhir usia dia, cuma bole menjamah bubur nasi, tu pun cuma amik air kanji bubur tu je. kacau2 dengan susu suapkan tokki. tu je.

sejak mata dia tak nampak mmg dia byk dok ngn anak2. masa dia dok umah abah, sayee selalu intai dia diam2. kdg2 tgk dia potong kuku sendiri guna mata pisau jilid. kadang tu smpi berdarah. bile kite ckp kuku dia pendek, dia tak caye. sbb tu dia potong sndiri. dia slalu bancuh sndiri minuman supplement dia. kdg2 sayee intai dia tgh potong plastik tu, tuang air sndiri dlm gelas. kadang tumpah ke lantai. basah kain dia. mengalir air mata tgk dia camtu. kdg2 dia sesat, nak ke tandas tapi pusing2 tak ingat kat mane dia. tak dapat bayangkan camne idup dalam gelap. *tears**

mengimbau semula kenangan dgn tok tokki mmg banyak. masa mula2 bole bawak motor, sayee slalu balik umah chenor sorang2 naik motor bila cuti skolah. umah tok byk pokok ubi kayu. cabut ubi kayu sama2, pastu buat kuih sama2. masa tu tok sihat lg. tok masak lauk2 seme sedap. kadang2 sayee bawak dia naik motor g hntr lauk kat arwah moyang sayee. tokki plak ske minum air kopi dalam mug besar. slalu sayee pinjam mug special dia tu sbb nak minum air kopi byk jugak. cicah ngn biskut kering.

masa sayee kecik2 dlu, tokki ske bercerita. mcm2 cerita kelakar dan tak logik dia kelentong kitorang. ske tebar selimut kat cucu2 dia, mcm org menjala ikan kat sungai tu. pastu konon2 ske lah dapat ikan besar. mau tak besar, cucu dia dah skolah rendah masa tu. ikan sebesar budak skolah rendah, besarrrr kottt. hahha. tiap2 kali raya, tokki bakar lemang. buluh lemang tu dia bawak basuh kat tengah2 sungai. sbb tanak miang buluh kena kat cucu2 dia.

*tak bole citer dah, rindu sangat.....*

al-fatihah. semoga tok dan tokki tenang di sana. amin.


gambar kenangan di hari pertunangan sayee 27jun09
(masa ni tokki tak nampak dah, tok sihat lagi)


29 September 2014

weekend saya

>>> mula dari sabtu pg. g keje bawak siddiq. sbb jumaat mlm tu mak dia tertdo skali masa tdokan anak2. abg abdul pun tertdo skali. biasa kalau dia tak tdo lagi n nmpk botol n pam tak basuh, dia akan basuhkan dlu sebelom tdo. tapi sabtu kul 4 terjaga tgk botol pam seme lom basuh. maka, terus decide nak bawak pam original (siddiq lah) g opis. solleh hntr umah mama mcm biasa. ske lah dia bermanja sorang2. kt opis siddiq bertukar ganti tgn didokong. tak lama tu dia tdo. bole la buat keje kejap. 


>>> balik keje, amik solleh terus balik umah masak nasi. abg abdul smpi dia masak lauk sbb siddiq mengempeng. bila time mkn ajak solleh mkn. dia bole plak tanak makan nasi. order mee telur. mak buat resipi baru. tumis onion+garlic+olive oil. buh air+garam+pepper sket. tggu gelegak. buh mee suah+telur. kacau2 tggu telur masak, buh brokoli. siap! seb baik solleh makan. siap mkn dan zohor, sayee melipat kain baju dah bertimbun. abg abdul masuk bilik tgk kain yg sayee timbunkan dr bakul ke atas katil, "mane nak tdo mlm ni?". terasa tercabar, terus siap lipat dlm masa stgh jam. lain kali abg abdul kena bg ayat pedas cmni slalu kot. haha.

lunch anak sulung

sebelom

selepas

>>> ptg tu solleh main ngn abg abdul kat padang depan umah. jatuh. berdarah lutut. merengek2 ajak g umah doktor. mcm2 la awak solleh. luka kat lutut baru lah macho. cuba cek lutut mak abah macho tak? haha. mlm tu kluar. misi, mencari walker utk siddiq. mula2 g giant. oleh kerana parking penuh smpi ke luar pagar giant, cancel lah. maka, kami ke tmn tas. g anakku. takde yg berkenan (kenan di hati dan di wallet) hahha. masuk tunas manja. jmpa la yg sesuai. terus grab dan balik. abg abdul dok dlm kete je tggu siddiq tdo. solleh ikut sayee g beli. tapi berkali2 kena bgtau dia ni 'basikal' siddiq. bagitau berkali2 pun, dia sebok dok pinjam. lebih dari owner sndiri. huhuhu.




>>> esok pagi2 sayee masak kari daging. utk cicah ngn roti canai segera. kul 9 baru dpt bfast. tgh masak, siddiq nak mandi lah, nak susu lah. keje jadi delay sokmo. kul 11, abg abdul tlg jiran angkat barang nak pindah. solleh nangis nak ikut. dok pujuk2 smpi tertdo dia. dr 1130 - 230. budak ni mmg ske tdo siang. siddiq plak tdo bgn je sbb tak dpt buai. abg nye rembat. haha. 1030 tdo. 1130 bgn. abg masuk buai. 1230 bg siddiq mandi, kul 1 tdo. mak sempat masak sos marinara. buat stok beku utk solleh. senang bole preheat bile2 dia order mee daging. haha. kul 130 siddiq dah bgn. tak dapat melena ye. skali abg dia bgn je, terus masukkan buai. 230 tdo, kul 4 baru bgn. sempat lah mak basuh botol. lunch nasi ngn kari daging lg. abg abdul lunch ngn jiran yg pindah tadi. solleh bgn tdo lunch ngn mee daging dia lerrr. budak tu mmg penggemar pasta. 

adik baru merasmikan walker. yg belakang tu dok merengek nak pinjam basikal siddiq. haha

mee daging pendek2. (macaroni)

beberapa batch sos marinara utk buat stok beku.

>>> kul 6 ptg smlm siddiq dah tdo. ingtkn nak bgn smula. tapi dia bgn nyusu je. mata pejam semata. solleh bermanja ngn makabah sepuas hati lah. smlm dia dinner mkn mee daging lg. abg abdul mkn oat+kari daging. solleh tumpang sekaki. mak dinner nasi+kari daging. solleh tumpang jugak sekaki. haha. mlm tu abg abdul kluar kejap lepas anak2 dah tdo. jmpa prospek. mak pun tdo je lah. sekian, tamat cerita weekend kami ber4.





26 September 2014

breastfeeding journey with siddiq

alhamdulillah, dah dapat diploma in breastfeeding *again**. sebab siddiq dah 6 bulan. minum susu mak sahaja. syukur alhamdulillah.

rasenye ni 1st time citer pasal breastfeeding journey sayee dan siddiq. alhamdulillah. dah 2nd time. ilmu dan pengalaman zaman solleh dlu dah ada, cuma tambah2 sikit sebanyak. perbaiki mane yg kurang. rajinkan mane yang malas.

secara ringkasnye, sayee start pam hari ke 12 dalam pantang. 1st pam dpt 3oz. lepas tu tiap2 kali pam paling byk pun 2oz. siddiq mmg kuat nyusu, 2jam skali. bile dah 2mggu pam, stok masih tak banyak. sayee pun revise jadual mengepam. start dr bangun tdo, sayee terus pam. lpas tu setiap kali sejam lpas siddiq nyusu pun sayee pam jugak. kosongkan breast supaya bole produce lagi byk susu. maka, pendekkan cite sayee kembali bekerja dengan bekalan 300oz++. syukur alhamdulillah.

mula2 keje, siddiq cuma minum susu fresh. so yg beku, simpan je dlu. utk bekalan akan dtg. sayee start buat jadual untuk stok susu siddiq. sehari berapa bekalan, berapa sayee dapat total pam, dan berapa total terkini selepas ditolak bekalan dan ditambah jumpah pam seharian.

sehingga harini, stok yang dapat dikumpul adalah 980oz. alhamdulillah. syukur sgt.


abdullah siddiq. berat terkini 8.4kg masa 6mo.

15 sept. rekod setakat ni paling byk terkumpul dalam sehari 31oz.

rekod peribadi paling byk sekali pam ialah pd 23jun mencecah 14oz!!

clap2. jgn putus asa angah alifah!!!




04 September 2014

saya budak baru belajar

belajar tentang apa? hehe. belajar pakai shawl. macamane bole minat belajar? gara2 tgk gmbar my fren, mummy pakai shawl g wedding my fren jugak, kiki. masa tu, sayee tak dapat g sebab siddiq warded. *tears**

sayee ckp ngn mummy, nmpk muda lah kalau pakai shawl ni. teringin nak blajar. mummy ckp, youtube je lah. bersepah tutorial. haha

maka, bermula lah episod sayee ber'shawl' dek kerana keinginan untuk nmpak muda tak nak nampak mcm umur 31. huh!!


hari pertama pakai shawl g keje, sayee pakai yg kaler itam ni. ni selendang yang abg abdul beli set dengan jubah kat mekah dlu. sayee tak penah pakai sbb tak pandai. oh, gmbr yg ni nk tunjuk je shawl itam ni. masa ni bukan 1st time pakai. (x jmpa gmbr 1st day pakai shawl)



yg ni syria, tp nak tunjuk sayee beli inner hebat tu. sejak pakai shawl lah sayee beli inner tu. saje nak tunjuk inner hebat pakai ngn syria. ye, mmg vain sgt amik gmbr dalam kete siap pakai spek itam. shadap u. hahha

ni plak, tudung bawal, sayee belit2 jadi mcm shawl. nurjuma punye tutorial. hehe

ni plak, shawl beli tahun 2010. masa tu beli sbb kaler cantik tp x pandai pakai. dah sorok2 dlm tong, gigih eh cari smula. hahha.

ok, yg ni shawl beli lagiiiii dah lama. masa sayee lom grad lg kot. penah pakai masa bujang dlu. tapi belit2 dia complicated sket. maka, masuk tong jugak. baru je cari smula. hahha.


Related Posts with Thumbnails

ads