untuk mengingati saat indah bersama anak teruna kesayanganku ini. walaupun kecewa pada mulanye sebab nurse bagi susu tambahan dan sayee sendiri pun penah bagi dia susu tambahan, tapi biarlah lewat mula asalkan sekarang smpi saat ini abdullah solleh masih dimurahkan rezeki untuk menikmati susu terbaik. insyaAllah.
New day, new blessing... Don’t let yesterday’s failure ruin the beauty of today....
Labels
30-days challenge
(31)
Abdullah Siddiq
(17)
Abdullah Solleh
(61)
Aina Qaisara
(37)
award
(2)
B-Day celeBratIOn
(17)
breastfeeding
(20)
cloth diaper
(3)
contest cum giveaway cum luckydraw
(7)
engineering
(10)
familia
(90)
frozen food
(2)
gin-jacqie
(2)
GooD to share
(32)
hati ku tersentuh
(13)
Healthy Food
(2)
Herbaline
(4)
i loikeeeee
(44)
Impian Perdana
(28)
inside my womb
(11)
Jangan Bagi Aku MemBeBeL
(26)
jom bawa bekal
(1)
kesah aNgAh berDIET
(3)
lazada
(3)
main masak masak
(48)
movie review
(16)
MySelf
(68)
natural remedy
(1)
sepakat-membawa-berkat
(25)
solid feeding
(5)
survey
(11)
teman seperjuangan
(41)
tercipta untuk ku
(111)
tonsillitis
(10)
Tupperware Brands
(33)
wedding teman2
(8)
Wordless Wednesday
(20)
working life
(29)
Young Living Essential Oils
(1)
03 May 2012
02 May 2012
sayee dan breastfeeding
kali ni sayee nk citer pasal sayee, solleh dan breastfeeding plak. hamboih, sejak beranak dan dalam pantang ni asyik update blog citer pasal anak je. ye lah, org baru dapat anak kan. lgpun sape lagi nk citer pasal anak sayee kalau bukan sayee sendiri.
dalam entry kelahiran solleh tu, sayee ada bgtau dia kena masuk wad nicu sbb masa lahir dia bernafas laju sangat. kena masuk oksigen dan kena puasa. maka, sayee tak dapat peluang nak menyusukan dia dalam jam yang pertama.
sayee dipindahkan ke wad postnatal dalam kul 530pg. masa tu badan masih lemah. sayee baring2 je lepas mak dan abg abdul balik umah. dalam kul 6++ sayee nak g tandas. sayee tekan loceng panggil nurse, dia suh sayee cuba duduk atas kerusi dlu sebelom g ke tandas. sbb takut pitam. seperti yang dijangkakan, sayee mmg pitam. maka, sayee baring je la atas katil lepas nurse papah sayee balik dr tandas. lepas doktor melawat, baru la sayee cuba bangun dan mandi. lepas mandi, sayee mintak nurse hantar sayee ke nicu naik wheelchair. tak sabar nak g belek anak.
diependekkan citer, kul 11++ baru sayee dapat jmpa solleh utk menyusukan dia. masa tu, dia dah tak pakai oksigen dan dah dibenarkan bukak puasa. tapi nurse belom bagi minum susu lagi. sayee pun amik peluang untuk bagi dia minum susu sayee wpun sebenarnye tak yakin pun sayee ada susu. cubaan yang pertama, sayee gagal. mungkin sbb sayee tak pandai dan solleh plak baru dikejutkan dr tdo. sayee cuba lagi dan lagi, akhirnya berjaya dapat lekapan yang pertama. solleh pun pandai isap. tapi, sayee tak pasti ada susu ke tak. sayee dok kat nicu smpi waktu melawat. abg abdul datang, sayee masih bagi dia menyusu. dr kul 11 smpi kul 130. mudah2an solleh dapat kolostrum sayee, amin.
selepas abis waktu melawat, sayee g nicu lg. dok dekat ngn anak sayee rase lega, dok kat katil rase terseksa tgk org sebelah seme ada baby dok dekat. masa ni, solleh tdooo je, kejut2 pun tak bangun. sayee nmpk kesan susu kat mulut dia. mungkin nurse baru bg dia minum susu tambahan. sbb tu dia tanak bgn minum susu sayee. kecewa sket, tapi apalah daya sayee. sbb sayee jauh ngn dia. mungkin dia nangis sbb lapar. terpaksa sayee relakan susu tambahan masuk ke dalam perut dia.
sayee dok kat nicu smpi waktu melawat. pastu sayee balik ke katil jmpa mak dan abg abdul. lepas abis waktu melawat sayee ke nicu lg. dapat menyusukan dia lagi. smpi 830, sayee kebocoran. terpaksa balik ke katil. rupenye nurse tak bole hntr ibu-ibu ke nicu lg bila dah mlm. sayee rase nak nangis, mesti solleh kena minum susu tambahan lg mlm ni. kecewa tak terkata.
besok pg, sayee mintak nurse hntr tapi takde yang available untuk hntr sayee. smpi kul 12 waktu melawat baru sayee dapat jmpa solleh. tu pun pegi dengan abg abdul sbb nurse seme sebok. masa smpi kat solleh kul 12, dia baru lepas menyusu. sayee tak dapat bg dia. sedey lagi. bila balik ke katil, sayee dah bole discaj. maka, sayee nak pindah ke katil dekat nicu, supaya senang nk bg nyusu. gembira sangat. mlm tu sayee bg dia nyusu kerap2. sayee nmpk kesan susu sayee dalam mulut dia. masa tu baru yakin sayee ada susu. tapi solleh tanak tdo2. sayee mintak susu tambahan dari nurse kul 11 mlm sbb sayee pk susu sayee sket tak cukup utk kenyangkan dia. tapi dia masih tanak tdo. smpi kul 2, sayee mintak lg susu tambahan. nurse mintak sayee cuba jugak susukan dia. sayee cuba. tapi dia masih tanak tdo. kul 5, sayee mengalah. sayee mintak nurse bg susu tambahan jgak. lepas tu baru dia tdo. lama...... smpi kul 10 pg.
akhirnya sayee diserang bengkak susu. sebab 5 jam sayee tak menyusukan. sangat menyesal sayee rase. rupenye susu sayee mencukupi, cuma sayee yg tak yakin. mungkin dia tak tdo sebab tak selesa dengan tali pusat dia atau diaper dia atau lain-lain.
kul 5pg 16 april 2012, itulah kali terakhir susu tambahan masuk ke perut solleh. lepas tu, sayee nekad nak susukan solleh walau ape cara pun. alhamdulillah, sehingga saat ini rezeki solleh murah utk minum susu sayee. bengkak susu pun dah kurang lepas sayee balik ke umah 17 april tu. hari yang ke 8 dalam pantang, sayee mula perah susu untuk buat stok masa dah mula keje nnti. selagi mampu, sayee nak susukan solleh hanya dengan susu sayee. insyaAllah.
nnti sayee sambung kesah sayee memerah susu plak. nak tunjuk stok, baru ada sket. sayee maseh tercari-cari ilmu breastfeeding, ilmu nak simpan ebm, nak cairkan ebm, etc etc. nnti sambung lg.
01 May 2012
di sebalik nama Abdullah Solleh
Abdullah, Hamba Allah. Solleh, Yang Baik. nama ni pilihan bersama sayee dan abg abdul. kami sepakat panggil dia Solleh. tapi makabah sayee panggil dia dengan nama penuh, Abdullah Solleh.
nama Solleh tu dah lama sayee berkenan. akhirnya tercapai jugak hasrat nak namakan anak sendiri dengan nama tu. wahai anakku, semoga kamu benar-benar menjadi Hamba Allah Yang Baik. amin.
30 April 2012
kesah kelahiran Abdullah Solleh
11 april 2012
sepatutnye arini lah EDD solleh. tapi takde ape2 yang berlaku sepanjang hari. takde sakit, takde tanda kuar darah atau air ketuban. cuma, sayee muntah dengan banyaknye masa mandi pagi. lepas muntah terus rase takde tenaga langsung. lutut ketar + kepala pusing = lembik. maka, sayee berehat cukup2 je la 11hb tu. dan sayee jugak mkn kurma sepanjang hari untuk bg tenaga kalau2 nak bersalin jugak 11hb.
12 april 2012
bangun pagi cam biase lebey kurang kul 6pg. perut memulas terasa nak be-rak. tapi darah plak yang keluar. hati berdebar-debar tapi tersengeh-sengeh bahagia. dalam hati kata, si kecik ni dah tak sabar nak jmpa mak abah dia ni. terus tak jadi be-rak, mandi2 n kuar toilet n pakai pad. citer kat abg abdul. dia bingkas bgn mandi. tapi siap2 g keje cam biase je. mungkin sbb sayee tak sakit, abg abdul rase lom smpi masa nak bersalin kot.
kul 730, kebetulan ada doktor (kawan mak abah) dtg umah nak main kat gym. dia mintak nak buat VE. katanye masa tu servik dah lembut dan bukaan dan 1cm. maseh lom sakit dan bole tersengeh bahagia lg. lepas sarapan ikut mak g opis, lepak2.
lebey kurang kul 3 ptg, dah start rase sakit2 pinggang, sakit2 bhgn bawah tu, dok tak diam, serba tak kena dah masa tu. tapi bole borak2 lg. abg abdul ajak g hospital dah. smpi hospital terus kena tahan sbb sayee dah overdue 1 hari dan sayee dah ada kuar darah td pg. buat VE, dah 2 cm. buat ctg, normal. contraction maseh tahap rendah. sakit dah makin kerap. sayee cuba kira masa sakit. mula2 selang 8 minit, pastu 5 minit, pastu 3 minit, pastu sakit ilang. aduh, si kecik ni maseh seronok dok dalam kot.
maghrib tu sakit makin kuat + waktu melawat dah abis, sayee tinggal sorang. rase nak nangis ada, rase nak lari balik umah pun ada. sepanjang malam tdo tak lena.
13 april 2012
kul 3 pagi, rase pad cam basah sgt. buat VE lg, baru 3 cm. dalam masa 12 jam cuma 1 cm je..?? sabar je la.. tapi pad yang basah tu bukan air ketuban.
pagi tu, bangun cam biase. mandi, solat subuh. buat ctg. sakit dah langsung xde. lepas sarapan, baring2 cuba nak tdo. tapi sakit tu datang bila sayee baring. sayee g mandi lg. mak pesan suh byk bergerak supaya jalan cepat bukak. lepas mandi sayee merayau2 dalam wad. sakit maseh lagi main2. kadang2 ada kadang2 kuat kadang2 ilang terus. sayee cuma berehat2 je la dalam wad tu.
petang tu, sakit makin kuat. masa ni sakit yang mmg tak leh nak tahan dah. dalam hati berdoa, biarla sakit ni makin kuat, cepat bukak jalan, cepat baby keluar. kul 6 sayee g toilet, pad basah lagi. buat VE, baru 4 cm. tapi air ketuban dah pecah. sebab tu sakit dah makin kuat. bila abis waktu melawat, seme org balik. rase nak nangis ni, takut beranak sorang2 abg abdul tak teman.
kul 9, sayee baru siap isya. sembang ngn abg abdul dlm tepon. masa ni sayee cuba nak sebokkan diri supaya tak pk sangat pasal sakit. tapi bila sakit tu datang, mmg tak bercakap la. kul 10 mlm, sayee tak tahan sakit. tekan loceng panggil nurse. abg abdul tak letak tepon. sayee g buat VE, dah 5 cm. nurse kata kalau dah smpi 5cm, kejap je nak smpi 10cm. lega sket dgr gtu.
pastu nurse dah punggah2 beg sayee nak cari baju baby. abg abdul dengar je ckp pasal baju baby, dia dah excited. dia teka baby nak keluar bila2 masa je dah ni. sayee pun ckp semula tepon ngn abg abdul. bgtau nurse suh masuk labor room dah. melompat dia nak g hospital. sambil pesan2 suh sayee selawat, kuatkan semangat etc etc. sayee mintak ngn nurse nak minum susu sket dlu sbb last sayee mkn kul 5 ptg. takut tak cukup tenaga sbb masa tu jam dah kul 1030. tak lama tu abg abdul smpi dengan mak. mak bg sayee minum protein soya dlu. sebelom tu sayee dah minum susu. mmg kenyang melampau plak masa tu. sakit makin kuat.
14 april 2012
1230 mlm, sayee masuk labor room. abg abdul tggu kat luar. bersalin hospital kjaan ni, bila dah nak meneran baru suami dipanggil masuk temankan isteri. dalam labor room, pasang ctg, jantung baby tak normal. bg oksigen pun masih tak ok. sayee mengiring pun masih tak ok. akhirnya sayee kena refer ke hospital temerloh sebab jantung baby tak normal. hospital jengka takde doktor pakar.
kul 1 pagi sayee naik ambulans. mak teman. abg abdul bawak kete. masa ni sayee dah baring mengiring sambil mengepitkan paha. berkali2 nurse pesan jangan teran. sakit dah kuat sangat. Allah je yang tau betapa seksanye dok dalam ambulans dalam keadaan dah sakit nak beranak sangat2. sayee pujuk2 baby jgn keluar dalam ambulans. smpi hospital temerloh dah kul 1.45am. VE lg, dah 6cm. masa tu kepala baby dah kat bawah sangat. doktor rase kat perut pun x jmpa dah. doktor panggil abg abdul masuk teman sayee. mak tunggu kat luar je.
masa ni ctg maseh tak normal. sungguh ramai team doktor dan nurse dalam labor room tu termasuk doktor dan nurse pelatih. tibe2 sayee rase cam nak terbe-rak dan tibe2 konpius ni nak be-rak ke beranak. dah beberapa kali rase camtu, ada nurse tnye sayee ada rase nak terbe-rak tak. bila sayee ckp ada, nurse tu buat VE lg. rupe2nye dah 10cm masa tu.
masa ni baru nak terkial2 ingt semula petua2 org ajar camne nak beranak. cuba nak pegang keting sendiri tapi nurse yang tadi tu dok tekan peha sayee, x smpi nak pegang. tibe2 ramai2 tadi tu suh sayee meneran bila sayee ckp sayee sakit. mula2 teran seme ckp, "pandaiiinye puan teran.." pastu beramai2 lah bagi sokongan suh teran. pastu nurse bidan tu ckp dah nmpk kepala baby, pastu sayee jadi cuak. bila sakit, sayee teran tapi seme ckp sayee salah teran smpi merah muka. bende yang sama berulang2 smpi dalam 20minit jugak. sayee tak dapat lagi nak teran cara yang betul. tibe2 ada org marah sayee, nak suh abg abdul kuar tak yah teman sayee.
pastu sayee nekad dalam hati, camne pun sayee kena kuarkan baby ni. takde sape dah bole tolong kecuali diri sayee sendiri. akhirnya tepat 3.22am lahirlah baby ni. dia tunjuk kat sayee anu dia, sayee ckp "boy, alhamdulillah". bila dia letak baby atas dada sayee, seme sakit tadi ilang serta merta. tapi tuan putera ni bole pulak be-rak atas dada mak dia. hahahaha. mujor la sayee cepat kan. risau jugak kalau baby be-rak kat dalam.
lepas lahir, baby terus admit kat NICU sebab masa sayee sakit tu kan jantung dia tak normal. masa lahir tu dia bernafas terlalu laju. kena masuk oksigen dan kena puasa dlu. kesah dia dalam nicu, sayee sambung entry lain plak la. dah panjang sgt kot ni.
21 April 2012
Alhamdulillah.....
As salam
sayee dah selamat melahirkan anak lelaki pada 14 april 2012 pukul 3.22 pagi. alhamdulillah.
setelah beberapa bulan tak update blog, tibe2 dah beranak baru nak update. insyaAllah pasni akan rajin update blog. mak baru ni masih lagi kelam kabut nak uruskan anak, seb baik ada bantuan suami, mak, kakak, abah dan ahli keluarga yang lain.
nama saya Abdullah Solleh bin Abdul Sahaairul ~ hari pertama
pengalaman bersalin akan sayee ceritakan kemudian. abdullah solleh dah panggil...
Subscribe to:
Posts (Atom)

