07 January 2011

awie ~ cinta bukan ilusi

di satu tghari yang hening. sayee dan abg abdul berehat2. abg abdul main tepon dia. cari2 lagu. tibe2 dia pasang lagu awie ni. dgn tak semena-mena dia ckp "haish, nostalgia betol lagu ni". sayee diamkan aje. pastu sayee teringat lah kesah dlu kala.

masa tu kami maseh kerja tempat yang sama, dan masa tu baru je lagi declare kekanda-adinda. tibe-tibe, dia bg sms lirik lagu ni. gigih tu taip satu2 kan. padahal sayee ada kat depan meja dia je. =)

dan tghari tuh, tibe2 dia ckp lagu ni nostalgia kan, sayee harap dia teringat kan nostalgia dia dengan sayee lah, bukan org lain. jom layan lirik nyeee...


Di sudut mindaku Resah yang mengganggu Telah ku lontarkan jauh
Hadirmu kekasih Penyeri sukma Nan gemilang
Dan bermulah sinar Cinta sebenar cinta 
Bukan lagi ilusi Bukan khayalan mimpi
Di persada naluriku Terpahat rasa syahdu
Seiringan kita harungi Layarkan bahtera
Demi ikatan kasih murni Azimat suci
Sederasnya gelombang Kita rentasi bersama
Doakan setulusnya Moga di restu segala
Seharumnya mewangi Di halaman syurgawi
Luruhkanlah kisah lama Sejarah silam
Kita semaikan benih kasih Azimat suci





~~oh, jatuh chenta lagi.....


pengalaman minum sambil tertidur

sayee nak citer pasal kesah seorang angah (bukan nama sebenar) yang sangat ske tdo ketika dalam perjalanan. kesah tdo angah ni semakin kronik sejak dia kawen sbb dia dah sangat amat jarang memandu, kerana ada suami yang setia memandu dia ke mana saje.

satu hari yang hening, angah dgn suami dia nak balik dr jengka - kuantan. masuk je kereta, dengan azam nak teman suaminya drive terkubur begitu saje. x sampai 5 minit pun ok!! terus lena.. 

petang sebelom tu, suaminya penat tolong kenduri. nak drive balik mesti lah agak mengantuk kan. sbb masa tu dah malam. sampai kat maran, suami yang ala2 mengantuk jugak tu, singgah kat 7e nak beli air hilangkan dahaga. tapi kata org tua2, untung sabut timbul, tuah ayam nmpk kat kaki, tuah dan untung si isteri plak, dah tdo pun dpt jugak air penghilang ngntuk. tak gitu?

google*

isteri pun minum lah air soya perasa kacang merah tu. smpi separuh tin, isteri tertdo lagi ok. sambil pegang tin tu. suaminya ingat air tu dah abis. dia biarkan aje isteri tdo sambil pegang tin. 

tibe-tibe!!!!! air tin yang maseh berbaki separuh tu, tergolek2 sbb terlepas dari pegangan tgn isteri yang trtdooooo. haishh!!!

abis tumpah laaa. tapi suami mane nmpk sbb dlm gelap.. dia mmg ingt air tu dah abis..

bila isteri terjaga, menggagau cari tin dia. "eh eh eh, terjatuh plak", kata isteri mamai. hahahahahha. skali angkat tin tu, air dah berdayauuuu kat tepi handbreak tuh.. waduhhhh.... gawat2.. dah lah air soya!!!

lepas tu, suami isteri dah x ngntuk sbb gelak terbahak2. haishhh!!! bikin malu je...



~~angah tu sayee, suami tu abg abdul lah.. bila balik kampung lagi, abg abdul citer kat seme orang. abis sayee kena gelak beramai2. siap kena perli2 bila dekat2 nak balik tu. mmg kesah lawak 2010 tul la...



guppy, my buddies..

ello...

ingt tak entry our new aquarium kat umah? hehehe.. kegilaan terhadap ikan ni dah merebak dan kini, bilik kat opis sayee pun dah ada ikan jugak!!! tapi yg kecik je laa.. ikan pun ada 4 ekor je.. ehehhe.. akuarium kecik ni plak, bekas sireh junjung masa kawen dlu. jimat, xyah beli dah..










ikan-ikan ni sayee letak atas kabinet belakang meja sayee. oh ya, sayee dah ubah kedudukan meja sempena tahun baru, sayee tak citer lagi kan? sayee pusingkan meja sayee mengadap dinding, bukan lagi mengadap pintu. sebab sayee ni, tiap kali org lalu mesti nak tgk. skang kalau mengadap dinding, x tgk lagi dah. lagipun, dah setahun sayee keje sini, saje la nak ubah sket kedudukan bilik.

 nmpk tak akuarium kenit ku itu?


 ni plak meja sayee pandangan tepi, mengadap dinding. nampak?


ni pandangan dari sofa, nmpk meja belah kanan, dan cabinet belah kiri yg ada akuarium tu.


dan, ini pulak adiah yang sayee dapat masa buat majlis tukar-tukar adiah sempena ujung tahun.

bekas ni kan untuk letak garam, kunyit kat dapur masak kan? tapi sayee dah ada bekas2 tupperware kat umah, jadi sayee guna kat opis. letak paper klip, letak business card org bg, letak macam2 lagi. ingt nak buat label, tapi xsempat lagi.

ni keseluruhan susunan atas meja sayee, sila keje dengan rajin ye angah.
(tu bukak fb tu, bukan keje. ekekeke)


ni plak, gambar masa meja sayee di kedudukan lama... belakang sayee kan ada dinding. skang tepi sayee adalah dinding. hehehe.

HAPPY NEW YEAR...!!!


06 January 2011

HomeStay - Nibong Tebal - Depan USM

salam,

harini sayee nak publish entry menabur budi. ekekeke. sayee nak tlg promote kan homestay kat area usm eng campus. iye, usm sayee dlu. tempat sayee meneguk ilmu bermacam-macam ilmu selama 5 tahun. tempat sayee belajar makan dan lepak berjam-jam kat mamak. tempat sayee belajar berbuka puasa dengan nasi kandar mamak. hehehe.

ok, berbalik pada topik asal. kalau ada sape2 yang nak g melawat anak dia kat USM eng campus ke, MRSM transkrian / sri ampangan ke, atau nak g kenduri dekat2 dengan parit buntar / bandar baharu, bole la menginap di homestay ni. skang ni, mmg dah ramai orang pilih homestay berbanding dengan hotel kan? sbb rasenye homestay lebih selesa dan lebih jimat. betul tak?

homestay yang sayee tolong promote ni, lokasi mmg menarik. mmg dekat dengan serba-serbi. camne sayee tau? sayee kan penah belajar kat sana 5 tahun. dah tau sangat selok belok jalan kat sana. 

ok, alamat homestay ialah: LORONG PEKAKA 1, TAMAN PEKAKA, 14300 NIBONG TEBAL.

rumah jenis, BERKEMBAR SETINGKAT

keistimewaan: 2 MINIT DARI USM, 2 MINIT DARI PARIT BUNTAR, 2 MINIT DARI BANDAR BAHARU, 3 MINIT DARI MRSM, 5 MINIT KE TOL JAWI, 1 MINIT KE RESTORAN NASI KANDAR, 2 MINIT KE LALUAN REKREASI.

kemudahan asas yang disediakan: 
a) 3 BILIK TIDUR (2 AIRCOND, 1 KIPAS), 1 KATIL QUEEN, 2 KATIL BUJANG, 2 BILIK MANDI

b) RUANG DAPUR (PETI AIS, DAPUR GAS, KUALI, PERALATAN ELEKTRIK ASAS), MAKANAN RINGAN SEPERTI ROTI, BISKUT, AIR MINERAL, TEH, SUSU, GULA, JEM PUN ADA, BAHAN-BAHAN ASAS MEMASAK PUN ADA!!!

c) RUANG KELUARGA (ADA TV, SET SOFA DAN SETERIKA)

d) HALAMAN RUMAH (BOLE PARKING 2 KERETA DENGAN SELESA, DAN BOLE BBQ DI RUANG LUAR)

e) LAIN-LAIN KEMUDAHAN (DEKAT DENGAN SURAU, KWSN TAMAN YANG BERPAGAR, INSYAALLAH SELAMAT)

harga yang ditawarkan: RM150, sehari semalam. RM280 2hari 2malam. RM390 3hari 3malam. lebih lama, lebih banyak diskaun..!!!

untuk tempahan / keterangan lanjut: hubungi Pn Aminah 019-545 6016 atau 019-444 8932

mari layan gambar.......











05 January 2011

2011 ~ new year resolution

salam..

ini adalah entry pertama untuk tahun 2011. belom terlambat lagi untuk sayee ucapkan selamat tahun baru untuk korangss kan?? semoga tahun baru korangs semua lebih bermakna dan penuh dengan amalan mulia, insyaAllah.

bagi sayee plak, tahun baru disambut dengan soreness of my throat diikuti dengan running nose dan high fever. tapi syukur kerana dianugerahkan medical leave selama 2 hari. kehkehkeh..

jumaat tu, abg abdul standby, kalau tak ujan dia kena keje. tapi di pagi jumaat yang syahdu itu, ari ujan. maka kami buat keputusan untuk balik kampung laa. cuti 3 hari kan. smpi jengka kul 530ptg, sayee terus cari kedai kek. untuk ibu loppy. birthday dia yg ke 30 jatuh pada 1.1.11. plan nak buat something simple untuk dia, kami pun beli kek dan kfc aje.

smpi gelanggi kul 8lebey sbb lepak umah jengka kejap. smpi sana, kami pun pastikan ibu loppy tak nmpk, kami heret loppy g kat kete dan bawak kek yang dah pasang lilin tu utk ibu dia. lepas mkn2, kami layan ironman kat tv3. citer ni abis hampir2 kul 12 dah. sayee dah amat mengantuk tapi gagah jugak nak wish abg abdul happy new year. kami tgk countdown kat tv1 rasenye. life dari dataran merdeka tu.

besoknye, bgn pagi dah perit tekak. sah demam! sedey di tahun baru. takpe, maseh banyak bulan dan banyak hari lagi nak cipta kenangan indah kan.

petang tahun baru, sayee ke jerantut melawat pasar malam. tapi tak larat nak jalan, dok dlm kete je. haish!!

sudah2 lah dengan citer tahun baru, kita sambung dengan citer azam tahun baru plak. tahun ni, sayee berazam nak capai azam sayee. bole gtu? azam-azam sayee ialah:

~kuruskan badan! iye, ini adalah penting sbb jisim badan sayee dah maximum ni!

~nak pastikan sayee dpt commission dari tupperware lebey dari bayaran bulanan umah kami nnti! chaiyook angah!

~nak masak bekal untuk abg abdul tiap2 hari sebenarnye. tapi setakat 5 hari ni belom lagi masak ape2 sbb sayee demam dan sayee belom shopping groceries untuk bulan ni. takpe, better late than never kan..

~nak laksanakan projek mega sayee di opis. maseh dalam folder hold sbb baru hari ni masuk opis. insyaAllah akan terlaksana pada tahun 2011 ni. dan akan update later dalam entry ini.

~sayee nak jadi hamba Allah yang lebih baik dari dlu, nak jadi isteri yang lebih baik, nak jadi anak yang sentiasa menyenangkan hati makabah. insyaAllah. amin....


ok, cukup2 lah. ada lagi yang lain sebenarnye. tapi tu semua adalah yang terlalu peribadi dan bukan untuk tontonan umum. yang sayee letak dalam entry ni, supaya sayee tak lupa, dan korangss semua bole tego sayee. bole gtu?


Related Posts with Thumbnails

ads