05 July 2010

vacation~Day 3

perjalanan untuk hari ke3 dimulakan seawal pukul 5 pagi. mmg ngntuk. penat berendam smlm lom ilang lagi dah kena paksa bukak mata. abg abdul kejut sayee, "syg, bgn. kalau lambat, abg g dlu ye". bole pulak dia terpikir nak tgglkan isteri comel dia ni? tak patut......


615am~check out. dengar bunyi azan je terus solat. masa tu dah siap susun beg kat tepi pintu. perjalanan dari lumut ke kl makan masa 4 jam. oleh kerana kami gerak awal dari yg dirancang, abg abdul drive pun dlm keadaan tenang. sempat sayee snap gambar sunrise. skeeee sgt.



segar sungguh mata ini dapat melihat matahari terbit di waktu pagi.....


dalam perjalanan ke tol bidor, kami mencari-cari warung untuk bersarapan. tibe-tibe nmpak satu warung yang menarik hati kami untuk berhenti. tak rugi, nasi lemak kat situ sedapp oh. biase kalau sayee mintak nasi lemak ayam, mesti dapat nasi lemak dan ayam goreng. tapi kat situ, sayee dapat nasi lemak dengan sambal dan telur dan kacang dan ikan bilis cam biasa. tapi ada extra ayam masak kari. caya laaa. sedap weyh! dan, teh tarik gelas plak kami dapat mug bertutup. yang besar tu. mmg best.

kami masuk tol bidor kul 830 pagi. mmg 2 jam dari lumut ke tol bidor. dasat sungguh perjalanan. merentasi 4 jambatan besar (seingat sayee laa).

kul 1030 kami sampai kl. terus g umah kakteh. abg abdul mintak tolong kakaknye (ibu kepada loppy) hntr kami ke KL sentral. sbb kami sampai awal, sempat la minum2 kat ani sup utara dlu. sampai kl sentral, ngam2 aje bas dah nak gerak. naik kul 1130, smpi 1230. betol2 sejam seperti yang dikatakan.

kami berdua malas nak usung beg-beg, terus check in aje. tggu kat dalam smpi kul 2. masuk flight aje, dua-dua lapo sbb masing-masing belom mkn tghari dengan sengaja nak makan kat atas awan biru. hihihi. 

tepat jam 315pm kami menjejakkan kaki ke bumi mahsuri. masa tunggu nak amik beg, dah beratur kutu-kutu sewa kete. abg abdul pinjam satu wira dengan harga rm160. kluar dari airport dah kul 4++. cari minyak dlu. kami jumpa ini!!!



dari stesen minyak terus ke Malibest Resort. sungguh excited tgk laut depan bilik. rase nak terjun dah. tapi abg abdul heret ajak jalan-jalan dlu. ajak makan sbb lapoo lagi. mkn di awan biru tak kenyang lah! kami cari ATM ke kuah. tapi mkn kat pantai cenang jugak. kedai ikan bakar depan underwater world.

muka masam sbb lapo. tak leh besar2 sbb muka selebet kelapran. hahaha.


view dari kedai makan. sementara menunggu makanan.


24 jun, hari paling indah dan romantik untuk sayee. sbb hari ini ialah 24hb. remember our anniversary, 240708 kan. dan yang paling indah, sayee dpt tgk matahari terbit dan matahari terbenam. indah nye perasaan...sunrise di bidor dan sunset di pantai cenang. oh, i love my abg abdul so much..!!


cantik kan matahari itu......

indahhhhhhh nyeee !!

SubhanAllah........

asalnya, kami nak lepak dan cam-whoring aje. tapi terlalu tak sabar nak terjun dlm air, akhirnya kami pulang ke bilik dan tukar pakaian untuk terjun......... maka, gambar-gambar matahari terbenam tersimpan dalam kenangan kami berdua aje lah...... mandi smpi tak ingt dah senja. 

bila teringat kesah suami isteri yang hanyut sehari sebelom kami sampai, sehingga detik kami mandi tu pun mayat maseh lom ditemui. terus naik lerr... insaf dengan keadaan dah maghrib.

mlm itu adalah sessi jalan-jalan buang masa. terasa rugi sungguh sewa kete mahal-mahal tapi kete tu lagi byk tersadai aje. tepi pantai cenang kan sungguh meriah dengan kedai-kedai. jalan-jalan saje la.

abg abdul paksa sayee buat camni....

bila masing-masing dah penat, sayee ajak abg abdul g refleksologi. dah lama ajak buat kat kuantan, tapi dia kata rugi sbb mahal. kat langkawi agak murah la jugak. sbb ada byk persaingan. tepi jalan dah byk kedai tukang urut, spa, refleksologi segala bagai.

oh, sayee dah gemok sgt kan??

lepas urut-urut, kami berdua jalan-jalan kat tepi pantai plak. pasir pantai cenang yang halus tu buat abg abdul jatuh cinta. asyik nak ke pantai aje dia.

hehehe. tamat sudah edisi hari ke3, akan bersambung next entry untuk edisi hari ke4 plak. tata.


~~oh, sebelom urut tadi kami pergi booking untuk island hopping besok. abg abdul nak snorkeling tapi sbb isteri comel dia nak sangat pegi mandi kat tasik dayang bunting, maka dia berkorban ler....!!! again, i LOVE you abg abdul.




04 July 2010

mane tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.. kan?

hye peepz. arini sayee jalan-jalan menziarah HDD sayee. dan terjumpa folder gambar-gambar lama. sungguh seronok. rase nak upload satu album kat dlm facebook. "nostalgia zaman berzaman". dap gak tajuk album tuh. hehehhe.



ini mak sayee ketika zaman mudanyeee.
abah ckp, rambut panjang yang diikat tocang tu menjadi POJAAN hatinya..
ekekeke.

ramai yang kata sayee ni byk iras mak. korang rase?


ni gambar masa bertunang.
dari kiri; mak sayee, sayee, dan MIL.
sama tak muka sayee ngn mak sayee?




ada satu perangai sayee yang sama dengan mak sayee dan abah sayee. pendek kata, satu persamaan kitorang bertiga. nak tau?


ekekeke. sayee ske tdo di mana saje. wpun tgh keje, kalau dah ngantuk, tdo ajee.


bukti, abah sayee pun begituuuu. tertdo ni meja pejabat.
fyi, pintu di sebelah kiri. bijak kan dia pusing kan kerusi. cover baik punye!!



ekekeke. mak sayee jugak sama.. tapi tak cover baik punyeee.. tdo selamber je...



~~musim bola ni, abg abdul slalu ajak tmn dia tgk bola. percaya lah, 10 minit je sayee tgk. kat kedai mkn tu jugak sayee melepek tertdooo.. terus abg abdul heret balik umah. hahaha.



03 July 2010

sayee berdarah O-

Research for Blood Type O;


You want to be a LEADER, 
when you see something you want, you KEEP STRIVING UNTIL YOU ACHIEVE YOUR GOAL.
You are a trend-setter, LOYAL, passionate, and SELF-CONFIDENT.
Your weaknesses include vanity and JEALOUSLY,
and a tendency to be too competitive.


From Dadamo.com; In Japan, blood type has long been associated with personality type. You might well be asked your blood type on a job interview! In an independent study of 45 MBA students, Type O’s most often described themselves in ways related to the following characteristics; responsible, decisive, organized, objective, rule-conscious, and practical. Both male and female Type O’s reported a higher percentage of the mesomorphic body type when compared to controls. Interestingly, Type O’s also scored significantly higher than the rest in “sensing” – using the 5 senses to gather information, and in the sensing-thinking combination, indicating that they are more detail and fact oriented, logical, precise and orderly.


Type O Diets; In addition to exercising and eating foods that are Right For Your Type, here are a few key lifestyle strategies for Type O individuals:

  • Develop clear plans for goals and tasks – annual, monthly, weekly, daily to avoid impulsivity.
  • Make lifestyle changes gradually, rather than trying to tackle everything at once.
  • Eat all meals, even snacks, seated at a table.
  • Chew slowly and put your fork down between bites of food.
  • Avoid making big decisions or spending money when stressed.
  • Do something physical when you feel anxious.
  • Engage in thirty to forty five minutes of aerobic exercise at least four times per week.
  • When you crave a pleasure releasing-substance (alcohol, tobacco, sugar), do something physical.



jenis darah sayee ni, dapat tau masa kat usm. pertama kali sayee derma darah masa bday sayee yang ke 19. umur dah 19 tahun baru sayee dpt tau jenis darah sendiri. hehhe.

sayee slalu teringin nak derma darah selalu2. orang kata kalau slalu derma darah nnti jadi gemok kan? sayee mmg dah gemok, tak kesah la kalau slalu derma darah pun ek. ape yg sayee tau, kalau kita tak mkn vitamin yang dorg bg pas derma darah tu, tak jadi la gemok. 

so, sempena umur sayee 27 tahun 6 hari ni, sayee ingin memasang niat untuk merajinkan diri sayee menderma darah. insyaAllah akan dapat pahala seperti orang yang bersedekah. amin.


vacation~Day 2

uarghhhh.. maseh menguap....!!! di hari yang ke2 ni, awal sungguh kami bgn sbb tanak bazirkan masa dok dlm bilik. hehehe.


kul 9 kuar dari bilik. dengan bekalan baju mandi dan baju persalinan dan tuala. breakfast kat jeti lumut. sedap oh lontong kat situ... yummyyyy... 


Pangkor Island, here we come!!!



lepas dah kenyang, kami cari tiket ferry. paling awal kul 1030.. masa tu baru kul 10. kami lambat sbb g CIMB dlu lepas breakfast. sementara menunggu, kami cam-whoring lagi. 






pastu g sembang dengan 'bro' yang byk mulut tu. dia citer tempat2 yang menarik kat seberang sana. antaranya;

ada Pantai Bogak, tempat mandi dan bole snorkeling kat tepi pantai aje. ada ikan cantik2 kat tepi pantai aje. pastu ada Teluk Nipah, water sport centre. kat sini paling banyak tempat sewa water sport equipments macam jet ski dan banana boat. ada bazar tempat jual2 hasil makanan laur jugak. dan ada tempat buat bot jugak. kami plan nak snorkeling dan main jet ski aje. dan berendam dan merempit. hehehe.



perjalanan atas feri cuma 30minit. dengan kadar kelajuan pun yang amat perlahan. orang yang mabok laut pun jadi tak mabok sbb tak terasa dilambung2 ombak pun. 


berposing dengan ferry


kami berdua atas ferry


sampai kat seberang, kami sewa moto. rm30 untuk satu hari. tapi moto ni agak kapcai. sekali pandang mcm tak yakin nak bawak ke tempat2 berbukit. takut takleh naik. rupanyaaaa, hebat weyh moto ni!!!! sbb sayee pun merempit skali, sayee tau la...


ABN 6938 ~ our rental ride kat Pangkor...


aksi minah rempit sejati....


kami decide untuk keliling pulau dlu then baru buat aktiviti membasahkan diri dan menghitamkan kulit. hehehe. sampai kat area teluk dalam, kami benti makan mee rebus. sedap ohh. mmg sedap betollll. yummyyy..

lepas kenyang, kami sambung rempit semula. sampai ke pangkor jetty semula. cukup satu round pusing keliling pulau. pastu kami g ke pantai bogak untuk mandi manda. kat sini pun ada jet ski n snorkeling. ada sorang india yang kami jumpa, dia bgtau dia buat sewa jet ski n snorkeling set jugak. kami pun sewa dengan dia.

mula-mula kami main jet ski. setengah jam je. tu pun dah penatttt.. penat dilambung ombakkk. mmg best!! seronokkkk. tapi takde sape nak snap kan gambar kami. lepas main jet ski baru lah mandi berendam dengan set snorkeling.

menurut kata-kata india tu, skang ni musim laut bergelora, mmg tak nampak sangat kalau snorkeling pun. jadi aktiviti kami sebenarnye lebey kepada mandi dan menghitamkan kulit. sbb waktu itu tepat jam 1tghari. muakakakaka. mmg hitam..

lepas mandi, kami decide untuk mengeringkan baju sambil merempit lagi. lgpun minyak moto yang kami penuhkan tadi baru abis setengah tangki. bila sampai kat jetty semula baju tak kering pun. kami pun cari masjid untuk mandi dan tukar baju. iye, kat situ takde tandas awam. pelik betol.


bukti kami yang dah itam.... kah3

kami naik ferry pulang kul 5 ptg. sementara tunggu ferry, sempat la pegi kedai jual hasil makanan laut kat bazar tu. atas ferry, masing-masing dah penat, tak larat nak feeling-feeling titanic dah. kami hampir-hampir tertido dah.

sampai kat jetty lumut, kami singgah mkn, dan tapau untuk mlm. lepas tu tdoooo. sbb sok nak gerak ke KL seawal lepas subuh. esok sayee sambung dengan edisi vacation hari ke 3 plak. tata.



~~oh, untuk pengetahuan, kat Pangkor ada airport. sayee amat heran. masa pusing keliling pulau tu kami ada lalu kat area tu. iye, percaya lah..... atau sayee sorang je yang selok neh? hahaha.





01 July 2010

vacation~Day 1





akibat dari bercuti lama sangat, sayee jadi sungguh la sebok bila masuk opis semula. sampai dah nak basi citer ni baru sempat nak publish. huhuhu. wpun dah nak basi, kenangan cuti-cuti malaysia kali ni maseh kekal dlm ingatan ku dan abg abdul. ekekeke.

***

seawal 730 am kami keluar dari umah sepakat-membawa-berkat. tapi terpaksa ke IM dlu. abg abdul nak jumpa colleague dlu. serah tugas. then, singgah zaki nasi dagang dlu untuk bfast. akhirnya kul 9am baru masuk gambang toll plaza.


after 3hrs driving, kami sampai kat tol bidor. cepat sungguh perjalanan kalau ikut genting sempah-batang kali-kuala kubu baru tuh. dari kuantan ke bidor cuma 3jam ++. lepas kuar tol bidor, masing-masing dah penat dok dlm kete. kami berhenti kat stesen minyak, refresh ourselves dengan eskrem potong cap kacang merah dlu. sambung balik perjalanan dengan kadar rilek-rilek santai saje. sempat jugak benti kat sawah padi tepi jalan yang sangat cantik saujana mata memandang. chewaahhh.



kami tiba di Swiss-Court Holiday Apartment Damai Laut tepat jam 3pm. iye, mmg jauh perjalanan dari tol bidor ke lumut neh. almost 3hrs kalau memandu sambil bersantai. tempat ni pun tak susah sgt nak cari. signboard pon byk. masa check in, abg abdul ada tanya kat reception, dr jeti lumut ke pulau pangkor naik feri 30 minit je. terus bersemangat nak g ke pulau. dah dpt panggilan pulau neh. hehehe. kat bilik kami solat dan rehat jap, pastu kami keluar untuk mkn. lapar oh, lom mkn lunch.

lepas mengenyangkan perot, kami menuju ke Teluk Batik. sayee sendiri yang belajar kat penang 5 tahun pun tak penah g Teluk Batik. kat sana, kami cuma bercanda di tepi pantai sambil cam-whoring dan buat plan-baik-punyer untuk esok hari.




lepas puas bercanda, kami berjalan-jalan kat kedai jual2 cenderahati. sempat la rembat key chain dan fridge magnet untuk anak2 sedare. rembat tshirt, rembat seluar bunga-bunga. ske ske ske..!!

dari teluk batik, kami terus balik ke swiss garden. teringin nak tgk sunset kat private beach swiss garden ni. bercanda lagi kat tepi pantai tu sambil tunggu matahari terbenam. 




tapi ada adegan yang menyedihkan dan menyakitkan telah berlaku......


masa jalan kat terusan ni, sayee teruja sangat nak tgk matahari terbenam smpi tak perasan ada lumut kat situ. bila pijak, terus jatuh terlentang. sakit oh!! malu pun ada. sbb ada one big group (mungkin attend kursus kat sini) tgh sesi bergambar. seme nmpk sayee terlentang. M.A.L.U.........

dengan pantas abg abdul pujuk sayee ajak duduk kat kerusi bercanda-canda tuh. terus sayaa senyum dalam sakit.


bila matahari dan terbenam, ari pun dah gelap. kami pun balik ke bilik sendiri. kami dinner mcD dalam bilik. dah tapau awal-awal sbb mlm mmg tanak kuar bilik sbb nk rehat sepuas-puasnya sebelom memenatkan diri di pangkor besok hari. sekian untuk episod kali ni. continue in vacation~Day 2 plak nnti.


~~seb baik sayee terniat nak bawak seluar spare. biasenye kalau travel, sayee ske bawak satu jeans je. leh pakai dengan seme baju. tapi rugi jugak. kalau tak bawak suar spare mesti sayee dpt shopping suar baru sbb TERPAKSA kan?? hehehe...



Related Posts with Thumbnails

ads