22 December 2015

Bawak anak-anak naik train

Dah menjadi kebiasaan sejak tinggal bersama mak abah aku, hujung minggu kami akan habiskan di rumah mertua. Satu hari yg hening, kami balik rumah mertua tapi takde org kt umah. Rupanya mereka ke rumah SIL di kuantan. Abg abdul ajak ke sana jugak, tapi aku dalam spontan mengajak abg abdul ke KL. hahaha seriously. dan dalam spontan jugak abg abdul membelok ke KL. hoi, 2jam perjalanan jugak tu. tapi kekadang seronok jugak buat kerja yang agak gila ni. dan kekadang perjalanan tanpa perancangan ni yang menjadi, berbanding dengan dengan perancangan yang terlalu awal. ;)

Maka, ke KL la kami. bermalam di rumah SIL jugak. (abg abdul ada 1 abang 3 kakak 3 adik perempuan dan 1 adik lelaki). sampai rumah SIL dan kul 8++ malam. duduk kejap, pastu kami keluar dinner. lepas tu balik umah rehat dan tidur je.

Esoknya, kami yang ke KL tanpa plan ni, mencari-cari ape aktiviti yang nak dibuat. tiba-tibe terpikir nak bawak anak2 jalan naik train. LRT ke komuter ke ape2 je lah. asalkan buat sesuatu yang kurang memenatkan. sbb ptg tu nak balik dah kan, esoknya nak kerja/sekolah. lepas bfast, kami keluar ke stesen kepong, naik komuter sampai bank negara. jalan g sogo, mkn tghari kat food court. lepas makan, kami naik lrt pulak. patutnya nak turun di KL sentral tapi solleh nak minum susu dalam keretapi katanya, kami pun bertapa dalam train smpi la ke kelana jaya. sampai tertidur belaka solleh dan siddiq dan ain (SIL's daughter). turun semula ke kl sentral naik komuter ke kepong semula. masa bertukar2 kat kl sentral tu, solleh langsung tak sedar, berdokong sampai naik sado dah mak dia ni haa. abg abdul dokong siddiq. mmg tak bawak stroller dan ergo pun tak bawak. tak kesah, yang penting solleh siddiq happy sangat2. mak abah dia pun happy sbb seronok jugak dapat naik train lama2 camtu. hahaha.

sampai ke rumah SIL, rehat2 kejap. lepas maghrib kami gerak balik ke jengka semula. sampai sini kul 10++. anak2 tdo je. overall, semua happy.


ini ain
ini siddiq atas dokong abg abdul
solleh sebok bercerita memacam. masa ni belom tdo
momcong haruslah begitu menampakkan kesungguhan bercerita. hehehe
posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment

LUAHKAN RASA ANDA DISINI

Related Posts with Thumbnails

ads