30 November 2010

Day 02- The meaning behind your Blogger name

**I am writing this because I promised to do blogger 30-days challenge. refer here.


my blogger name:
AlifahSabrey


the meaning:
simple, it is just my name. at the time I created this blog, I want it to represent me as Alifah Ahmad Sabrey.
this blog is about me, myself, and my love.
I blog about my day, my activities, my stuff.
so, I simply put my name as my Blogger name.







good article about fruits




Fruits contain high fiber, water and nutrients so that they can make us feel full.nutritionists recommend eating the fruit as supplementary food in the daily diet. in a variety of fruit, there are several types that have advantages in helping to lose weight, the grapefruit, oranges, apples, berries, melons and grapes.

1) grapefruits
study found a large orange has a citric acid that can inhibit the presence of calories in food.

2) orange
compared to other fruits, orange is believed to have the highest fiber content. The fiber in fruit is also a type of soluble in water and eating oranges can reduce a person want to enjoy carbohydrates.

3) apples
studies have found someone who took an apple before meals, can reduce the rate of increase in weight by 33 percent compared to people who do not practice it.

4) berries
rich in antioxidants and can increase metabolic rate.

5) melons
These units consist of 92 percent water and can provide signal satiety to the brain in a short period when stimulated receptors in the stomach.

6) grapes
antioxidant content in fruit can prevent blood sugar into fat. wine may also prevent the formation of fat in the abdomen.


~~i found this article in today's newspapers.


29 November 2010

Day 01- A recent picture of you and 15 interesting facts about yourself

**I am writing this because I promised to do blogger 30-days challenge. refer here.


But, I do not have a recent picture. so, this is it. (awal-awal dah tak menyahut cabaran kan?). nevermind, I will replace this with the new one (if any). hahahha.

taken on 22june10

taken on 25aug10

>>15 interesting facts about yourself:- 

  1. I eat a LOT. like really aLOT!! sayee mmg ske mkn. jgn belanja sayee mkn kalau takut duit korang abis. hahahah.
  2. I always crying. ini adalah serius. orang chenor kata cengeng. sket-sket nak nangis. kadang-kadang sayee rase abg abdul pun dah tak heran tgk air mata sayee. kan orang kata, lelaki takleh tgk pompuan nangis, hati cepat cair ek? tapi abg abdul dah takde cair2 dah. sayee sgt kuat menangis sampai tahap abg abdul pun dah tak heran. hahahha.
  3. I love to sing but don't have the talent. ini jugak adalah serius. sayee ske nyanyi dengan penuh perasaan macam lah suara merdu tak hengat. hahahha.
  4. I love to cook tapi sayee tak ske mengemas. tak kira lah kemas dapur yang baru lepas guna untuk memasak ke, kemas bilik ke, kemas meja kerja ke, kemas barang tupperware ke. mmg sayee agak terpaksa lah kalau korang tgk sayee mengemas.
  5. Had a 'bantal busyukkk'. masa kat USM dlu, sayee slalu balik naik bas. kalau naik bas, barang yang bole dibawak adalah sangat terhad. sayee tak kesah kalau tak bawak balik baju, tapi sayee mesti bawak balik bantal. ini adalah kemestian. dan sayee penah kenalkan bantal sayee pada rakan sekelas masa rombongan ke UTM skudai. (seb baik tak jmpa abg abdul masa ni, kalau tak mesti dia taknak meminang budak bantal busyukkk). hahhaa.
  6. I do snore a liltle. tu pun kalau penat sangat. bukan lah tiap2 hari. ni abg abdul yang ckp ye. selama ni sayee tak tau pun sayee berdengkur. orang chenor kata BERKEROOhhhh...
  7. I know how to sew. at least a simple one. sayee mula jatuh chenta dgn keje jahit2 semasa belajar Ekonomi Rumah Tangga form 3. sejak form 4, sayee jahit sendiri baju sekolah dan baju raya. sejak matrik, sayee jahit langsir umah mak sayee. tapi slalu siap last minit. pagi raya baru bole gantung.
  8. My liltle brother was born when I was 8 years old. sayee slalu paksa mak bawak balik baby orang lain sbb nak sangat ada adik. bila sayee betol2 ada adik, sayee sayang sgt kat dia. penah dia jatuh dan bibir dia pecah, sayee menangis2. rase geram kat mak sbb tak jaga adik. penah adik sayee luka kat jari trkena kaca sbb sayee yang letak dia tepi almari yg pecah. sayee marah dan pukul diri sendiri sbb sayee cuai.
  9. I quickly tired of using the same handphone for a long time. bole dikatakan sayee tukar handphone setahun sekali. penah jugak sayee tukar lepas 4bulan. 
  10. I've been wearing glasses for 3 years. dari form 5 sampai 1st year degree. masa tu sayee slalu kena migrain, pegi jmpa doktor dan dia suh buat cermin mata. tp lama kelamaan power sayee semakin kurang. dari 125 turun sedikit2 jadi 25 aje. ini kerana, sayee rajin mkn beta carotene. vitamin yang sungguh elok untuk mata.
  11. I can ride a motorcycle. masa kakak sayee darjah 6, mak ajar dia bawak moto. sayee sebok-sebok nak belajar jugak. i was only 10 masa tu.
  12. During high school, I used to be a naughty student and like to break the school rules. antara yang sayee ingt, sayee penah cabar cikgu nak lempang sayee kat perhimpunan sbb sayee tak pakai jarum di tudung. bila sayee jerit suh dia lempang, dia terus lari menangis2. mungkin tak sangka sayee garang kot. kuhik2..lagi satu, tudung sayee penah kena rampas oleh cikgu sbb sayee letak nila smpi jadi biru pengawas. cikgu tu paksa sayee pakai telekung g belajar. tudung sayee jugak penah kena stapler dengan cikgu sebab sayee tak pakai jarum. sayee penah buang kasut cikgu dlm tong sampah. sayee penah lompat pagar masuk paya gara-gara kena kejar sbb ponteng kelas biologi. bole dikatakan sayee masuk bilik disiplin 3 kali seminggu. sayee penah pecah masuk asrama lelaki sbb nak carik balik selipar PUMA sayee baru beli 3hari dorg dah curik. dan bermacam-macam lagi.
  13. I still love my ex-boyfriend. nama dia Abdul Sahaairul bin Alway aka abg abdul.    
  14. I still love my ex-fiance. nama dia Abdul Sahaairul bin Alway aka abg abdul.
  15. I love my husband. nama dia Abdul Sahaairul bin Alway aka abg abdul. the love of my life. InsyaAllah.





27 November 2010

my god-dotter

sayee ada sorang god dotter. nama dia a'aliya kama ameerah. masa mummy pregnant kan dia, sayee 3rd year rasenye. yang pasti masa tu sayee tgh giler warna PINK. mmg giler sgt warna pink. ada lah skali tu, sayee n jaja bertekak pasal nak baby mummy tu boy / gurl. sbb sayee ske giler warna PINK, sayee pun mintak lah nak baby tu gurl sbb bole pakai pink byk2. pastu seme orang pun kata, kalau gurl, sayee kena jadi god-Ma dia. kalau boy, jaja kena jadi god-Ma dia. bila kuar, gurl. sayee pun dengan rasmi nya jadi god-Ma dia.

skang ni umur dia dah 5 tahun lebey. dlu seme orang panggil dia junejune sbb dia lahir bulan june. skang bila dah besar, dia x bg panggil dia junejune. suh panggil a'aliya. hehehe.

tadi tghari mummy email conversation dia dengan kunyilss. pastu a'aliya ni bole plak ckp merepek. mummy, angah mintak izin nak paste kat sini ek.


mamay : daddy balik tgh hari x?
mummy : balik
mamay : then daddy pegi keje again or not
mummy : tak
aaliya : eh mane ade...daddy kn ade sukan
mamay : mane ade memandai je aaliya ni...how u know
aaliya : yelah...daddy ade pertandingan sukan
mamay : pertandingan ape?
aaliya : pertandingan makan

tu lah dia aaliya god dotter angah...dia mmg slalu camtu...ade je...dh la kuat brangan...pastu asyik bcakap je...yg ngarut2 plak tu



pastu mummy citer jugak. dia penah mengarut masa mkn. dia tgk ikan-ikan atas meja. dia bayangkan ikan-ikan tu cam orang. ada yang perut boncet. ada yang byk mulut. ada yang kepala putih (uban). ikan yang banyak songeh pun ada.

wakakakakakaa. budak tu mmg pelawak lah!!!

inilah god-dotter ku.



~~adik bawah a'aliya ni dpt boy. jadi lah god-son kepada jaja. hehehe. x berebut dah. kalau ada sesape nak god-baby, bole cop dengan mummy ye. skang dia pregnant 36 wks.. hehehhe.



TTC


Lilypie Trying to Conceive 15 to 80 day cycle tickers


~~tatau kenapa sayee buat ni. mungkin takde keje. mungkin bosan. mungkin jugak stress. opss, takleh stress. nnti susah nak concieve. so, sayee saje2 buat ni. tgh dok selok main dengan lilypie / daisypath ni. hahaha. korang layan je lah ye.


birthday lagiiiii

maseh lagi dlm mode menepek tarikh birthday. kali ni turn anak2 menakan belah abg abdul plak. semua anak menakan ada 10 orang. tapi yang lagi 4 orang tu sayee xtau bday nye bila. kalau tanye abg abdul lagi ler dia taktau. hehehhe.

Lilypie Kids Birthday tickers

Lilypie Kids Birthday tickers

Lilypie Fifth Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers

Lilypie First Birthday tickers


~~cucu-cucu nenek n atok mmg lagi ramai lelaki dari pompuan. kira adil laa sbb anak-anak lagi ramai pompuan dari lelaki.



kunyils' birthday

hari ni sayee buat entry pasal kunyilsss yang sayee sayang. tau tak kunyil tu ape? rasenye kunyilss tu adalah budak2. bahasa indon ke ek? nnti sayee tnye mummy. sbb dia yang start panggil anak2 dia kunyilss.

semenjak kunyilss sayee dah semakin bykkk. dan semakin membesar. sayee kadang2 terlupa dengan birthday dorg ni. terlupa umur pun ada. ye lah, kalau budak lagi bole lah agak berapa umur dia. kalau baru merangkak2 takkan lah umur dah 2 tahun kan? 

sebagai reminder, sayee pun buat lah entry ni, tiap kali sayee lupa, bole bukak je terus entry ni kan.


Lilypie Kids Birthday tickers


Lilypie Kids Birthday tickers


Lilypie Fifth Birthday tickers


Lilypie Fifth Birthday tickers


Lilypie Fourth Birthday tickers


Lilypie Third Birthday tickers


Lilypie Third Birthday tickers


Lilypie Third Birthday tickers


Lilypie Second Birthday tickers




~~yang mane takde tu, sayee buat entry lain ye. untuk yang maseh baby, belom masuk lagi...



26 November 2010

DIETku

alahaiiii baru 3 hari ker??? hari ni masuk hari ke 4 lah kan? dlm beberapa hari ni, sayee baru mkn nasik 2 kali. iaitu dinner last nite n lunch arini. tu pun dlm kuantiti yang sedikit. yang lain2 sayee cuma amik herbalife. perubahan? belom lagi. mane bole terus turun mendadak kan? minum jus dr romzeeyyy pun 3 bulan gak baru turun. sayee ni cuma control mkn je. takpe, jgn putus asa ye angah!!


LilySlim Diet days tickers



~~kalau kurang mkn, jimat duit. bila jimat duit, bole beli tupperware byk2. hehehe. best2.







countdown~~ngeeeeee

salam. korang seme ingt tak sayee ckp pasal sayee dan abg abdul celebrate tarikh kawen ni ikut bulan islam. yang 16 safar aje sayee beria tempah kek bagai. 16 lain sayee masak extra special je untuk abg abdul. takde kek. takde cupcake. tapi sayee tetap ingat.

dannnnnnnnnn, tak lama lagi sampai lah masa dan ketika nya, cukup genap setahun kami berumah dan bertangga. iaitu pada 16 muharam. untuk 1432H, 16 muharam jatuh pada 22 dis 2010.

sayee ada plan baik punye untuk celebrate 1st anniversary ni. excited lah kan, 1st time ni. baru cukup setahun. oleh kerana plan itu plan baik punye, kena betol2 make sure awal2 lagi tak merajuk tak masam muka ape seme kan. jenuh ni. haiisshhh. plan baik punye ni sayee belom bgtau abg abdul sbb nak suprise. tapi blog sayee ni dipantau oleh beliau, jadi xde lah suprise sgt. lgpun plan baik punye sayee ni nak kena mintak tolong dia jugak nnti. tapi, lmbt sket lah bgtau nye. buat masa ni maseh lagi suprise ler! (pening dah?)

oh, bab adiah plak. sayee sebenarnye plan nak bg cincin ganti cincin kawen tu masa 1st anny ni. dan adiah bday plak adiah lain sebenarnye. (lagi mahal adiah yang plan nak bg masa bday). tapi masa tu modal ala2 paras hidung, sayee pun switch la dengan adiah kawen yang lagi murah sket. hahaha.

ape2pun, seme nye harus lah tunggu lagi 3 minggu n 5 hari. hanya selepas itu akan direveal segala2nya. ekekeke.


Daisypath Anniversary tickers



~~sayee nak mintak tolong kawan2 blog ni pilihkan gambar kawen yang paling cantik, ada tak orang nak tolong? tapi mane ade bende free kan. jadinya sayee plan nak buat ala2 giveaway. adiah berupa barang tupperware!!!. yang korang perlu buat ialah tolong sayee pilih gambar aje. berserta sebab-sebab kenapa gambar itu paling cantik dan harus dipilih. ada tak yang nak tlg sayee?




25 November 2010

Pesanan untuk Semua~~

sedang sayee blogwalking di blog mama kembar Aidan dan Aryan, sayee jmpa sedikit bingkisan yang elok dan sesuai untuk dikongsi bersama. semoga kita sama-sama dapat tauladan daripadanya. layannnnn.

..buat insan yang bergelar suami..


1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal.

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”




..DOA untuk SUAMI..



Ya Allah bagi Mu segala kepujian dan kesyukuran sebagaimana layak untuk Mu dengan kebesaran kekuasaanMu dan kemulian wajahMu dan ketinggian kemulianMu yang bilamana Engkau menjadikan dia sebagai suamiku.

Ya Allah Engkau jadikanlah dia penyejuk mataku dan pembantu untuk aku mentaati Mu

Ya Allah Engkau jadikanlah aku sebagai penenang untuknya dan penasihat yang diberkati

Ya Allah Engkau kasihkan aku kepadanya dan kasihkannya kepada aku
Dan rezekikan kami zuriat yang soleh yang menjadi kebaikan kepada agama dan dunia

Ya Allah jadikan antara kami berdua sebagimana antara Ali dan Fatimah

Ya Allah satukan hatiku dengan hati-hati ahli keluarganya dengan rahmatMu Wahai Yang Maha Pemurah

Ya Allah tutupilah keburukanku padanya dan tutupilah keburukannya kepada ku

Dan perlihatkanlah kepadaku kebaikannya dan redhakan aku apa yang telah Kamu beri kepadaku dan berkati aku padanya

Ya Allah permudahkanlah ia bagi ku dan permudahkan urusanku bersamanya dan jauhikanlah aku keburukannya
Jadikanlah aku berpuashati dengannya dan dia berpuashati denganku

Ya Allah jadikanlah aku dimatanya hebat dan jadikanlah ia dimataku kecil

Ya Allah bukakanlah antaraku dan suamiku dan ahli keluarganya sesungguhnya Engkau sebaik-baik pembuka

Ya Allah yang menghimpunkan manusia pada hari Kiamat, himpunkan aku dan suamiku dalam kebaikan

Ya Allah Engkau jadikan aku sebagaimana yang ia sayangi dan jadikan ia sebagaimana yang aku sayangi dan jadikan kami sebagaimana yang Engkau sayangi

Ya Allah Engkau jadikan hati suamiku tergantung kepadaMu dan kemudian tergantung kepada rasulMu dan kemudian kepadaku

Ya Allah Engkaulah yang menguruskan kenikmatan dan kelazatan dalam kesusahanku,Jadikanlah kegarangannya terhadapku suatu kesejukan dan keselamatan sebagaimana engkau jadikan api ke atas nabi Ibrahim suatu kesejukan dan keselamatan

Ya Allah berikanlah petunjuk kepadanya sebagaimana yang Engkau kehendaki dan redha

Ya Allah Engkau yakinkanlah hatiku bahawa sesungguhnya aku tidak akan dicelakai dan Engkau sentiasa bersamaku

Ya Allah perkenankanlah

Ya Allah perkenankanlah

Ya Allah perkenankanlah

Amin




Giveaway Kecantikan #5

ini adalah entry 2 dalam 1.. nak tau kenapa? sebab, sayee nak buat entry pasal pc umah ni yang dah baik demam, dan dlm masa yang sama sayee nak combine kan dengan entry untuk join giveaway. bole??

ini adalah hadiahnyeee.


sayee dah lama tak beli ape2 untuk bibir ku ini. rose cream cap herbaline sayee belom abis2 lagi wpun sayee dah pakai kat bibir dan kelopak mata as eyeshadow. (pakai tak consistent, mane nak abis). ni kebetulan plak ada GA yang nak bg adiah lip color magic, nak jugak cuba naseb. hehehe.


syarat penyertaan giveaway ini adalah:


  1. mestilah follower blog ini... >>done
  2. buat satu post mengenai giveaway ini. simple pun tak mengapa. xperlu ada banner ;) >>done
  3. mempunyai blog, warganegara dan beralamat di Malaysia. >>done
  4. tinggalkan link penyertaan korang kat kota komen ni..>>done
  5. tarikh tutup penyertaan adalah pada 27hb November 2010 jam 10 malam
kalau nak join, klik sini...

~~meh lah join beramai2. bole lah penganjur ni tambah lagi adiah nyeee. meh laaa... ;)




movie review ~ Unstoppable

last Monday, abg abdul and I went to GSC to watch Unstoppable. I quickly say yes when abg abdul asked me. I have seen the advertisement in television and continue to be attracted with the story line about train. some more, I always love thrill movie.


abg abdul and I quite shocked because there were only 3 couples that accompanying us watched movie that night. it is probably this movie already long began to be screened and we quite left behind. ahaksss.

The synopsis:-
"In this action thriller from director Tony Scott, rookie train operator Will (Chris Pine) and grizzled veteran engineer Frank (Denzel Washington) learn that a runaway locomotive carrying carloads of dangerous chemicals is headed for Will's small Pennsylvania hometown, where his wife and young daughter live. In order to save the day, they must figure out how to catch up to the rogue engine, and stop it before harm comes to the town. Standing in their way is Galvin (Kevin Dunn), the head of the company who is more interested in saving the stock price than lives. On the plus side, the duo have competent corporate employee Connie (Rosario Dawson) on the radio, talking them through their various attempts to corral and then stop the potentially lethal locomotive."








~~overall, I give 4 out 5 start to this movie. oh, there is new cartoon story, Rapunzel: A Tangled Tale. I really want to see. 








MENGAGUMKAN !!! versi #2

one word!!


waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...!!!!!!!!!!!!

ni je yang sayee bole sebut bila bukak blog ni. sayee blogwalking kat blog mama 3F,
dan terjumpa ini plak.

blog ni milik seorang lelaki bertuah sebab dikurniakan seorang anak lelaki dan 3 orang anak kembar perempuan seiras. tahniah to abah n mama AMRAFAHAN.

*pic dari blog beliau*

tahniah again... so adorable!!!


24 November 2010

Blogger 30days Challenge~~

sempena zaman kekeringan idea untuk berceloteh di blog ini, sayee nak buat assigment ini. perihal 30 days blogger challenge. ini pun taktau bila nak start. hehehe. ok, secepat mungkin insyaAllah. oh ya, asgmnt ni sayee dpt dari seorang kenalan baru yang baru menjengah ke blog sayee.


Day 01- A recent picture of you and 15 interesting facts about yourself

Day 02- The meaning behind your Blogger name

Day 03- A picture of you and your friends

Day 04- A habit that you wish you didn’t have

Day 05- A picture of somewhere you’ve been to

Day 06- Favourite super hero and why

Day 07- A picture of someone/something that has the biggest impact on you

Day 08- Short term goals for this month and why

Day 09- Something you’re proud of in the past few days

Day 10- Songs you listen to when you are Happy, Sad, Bored, Hyped, Mad

Day 11- Another picture of you and your friends

Day 12- How you found out about Blogger and why you made one

Day 13- A letter to someone who has hurt you recently

Day 14- A picture of you and your family

Day 15- Put your iPod on shuffle: First 10 songs that play

Day 16- Another picture of yourself (baby pic!)

Day 17- Someone you would want to switch lives with for one day and why

Day 18- Plans/dreams/goals you have

Day 19- Nicknames you have; why do you have them

Day 20- Someone you see yourself marrying/being with in the future

Day 21- A picture of something that makes you happy

Day 22- What makes you different from everyone else

Day 23- Something you crave for a lot

Day 24- A letter to your parents

Day 25- What I would find in your bag

Day 26- What you think about your friends

Day 27- Why are you doing this 30 day challenge

Day 28- A picture of you last year and now, how have you changed since then?

Day 29- In this past month, what have you learned

Day 30- Who are you?


~~ada sape2 lagi yang kering idea nak celoteh, meh lah join sayee ye. hehehhe.






Al-Fatihah buat arwah Aishah

salam.

ingin sayee sampaikan berita kematian seorang ibu kepada 6org anak termasuk kembar 3 yang sungguh comel. sayee sangat amat terkejut dan tak menyangka sbb baru je lagi baca blog dia 2 hari yang lepas. menurut berita yang sayee baca, arwah meninggal pada hari yang sama selepas terjatuh dlm bilik air.

mari lah kita sama-sama sedekahkan alfatihah kepada arwah. semoga ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. amin.


~~kita tak penah tau ape naseb kita esok lusa kan.. sama-sama lah membuat amal untuk bekalan kita di 'sana' nnti.



23 November 2010

Seorang yang bernama Alifah bersungguh-sungguh BERDIET !!

salam.....

lepas raya ni takde satu entry pun lagi ye? amboiiii, byk sungguh mkn daging smpi jadi pemalas gini. hehehe. sebenarnye masalah sayee tak buat entry adalah kerana pc kat umah sedang diserang demam panas dan maseh dlm pemerhatian doktor. camno nak kuar entry??? oh, fyi ini adalah entry yang dilahirkan di opis. haaa kan dan kantoi di situ. buat blog kat opis. wakakakkaa. xpe lah, skali skala dimaafkan. kan?

entry kali ni sayee nak tunjukkan sesuatu yang baru di sepakat-membawa-berkat. disebabkan masa raya dah byk sgt mkn kolestrol, lepas raya kenalah exercise kan. nak tau sayee punye camne???



TADAAAAAAAAAAAAAAAA...

*pic sayee google*

ini adalah osim U-Robic. untuk exercise dalam umah. lebey kurang aerobik tapi tak perlu ruang yang luas. cukup sekadar di ruang tamu aje. tak payah nak pk malu2 nak buat kat depan orang ramai. tapi sayee tak penah pon malu2 nak buat aerobik kat depan ramai. hahahha.

alat ni katanya bole buat seme yang di bawah. tgk ni:-



abaikan pompuan yang sedang meliuk lentok menggoda korang tuh yer. sila baca yang tulisan2 kat tepi tu. mari kita lihat hasilnye kepada sayee nnti ye. tapi belom start lagi. baru pagi tadi sayee minum herbalife, mungkin lepas keje nnti baru nak buat bende alah ni kot.


~~lepas ni byk ler entry pasal berapa gram sayee turun tiap2 hari lepas menunggang bende ni. kan? hahhaa. we will see.

~~smlm 22hb, patutnye sayee kena g check up pasal tongsil ni. tapi sayee tak pegi pun. tapi sayee g dating tgk unstoppable dengan abg abdul. movie review, next entry yer... :D


Related Posts with Thumbnails

ads