16 April 2010

si chomeyl aisyah..

ini aisyah, anak ke3 ibu sayee. ibu = mak sedare. bukan mak kandung ye. she is so adorable and intelligent somemore. 10 bulan dan pandai jalan, sama mcm mustaqim. cukup setahun, dah pandai panggil mamak (mama), bapak (ayah), tatak (kakak), abang (abang la). sayee rase dia sgt bijak dan hebat. sayee sayang dia dan sayee rindu dia skang sbb dah lama tak jmpa.


aisyah, angah will see u very soon. nak tgk adik baru aisyah. 

ainnur qaleesya baru lahir 5 april 2010.
(sama umo ngn abg ipar n kakak ipar kembar ku itu. pasni bole celebrate bday sama2 ok)


~~aisyah ni sebenarnye anak angkat ibu sayee. tp dia sempat minum susu ibu maka dia adalah anak susuan ibu sayee. sayee nak tau lebey pasal hubungan anak susuan perempuan dengan ayah susuan dan abang susuan nye. adakah seperti adik beradik kandung? tlg lempar komen bernas bole?




resipi char kuey teow khas untuk my.preggy.SIL

opsss.. bukan laaa cikna sorang je bole amik resipi ni.. sape2 yang nak coba, silakan. kalau tak sedap, sila lempar kuali masing2 BUKAN ke arah sayee ok.. 

Char Kuey Teow (CKT) ni mmg kena masak pinggan by pinggan. kalau ada 3 org nak mkn, 3 kali laa masak. CKT akan melahirkan rasa yang berlainan kalau masak byk2. 

nak degil masak byk2 jugak? lantak korang laa. hehehe.

untuk sepinggan CKT,
bahan2nya:

1sudu minyak, 
1ulas bawang puteh, 
1sudu lada kering kisar (cilibo), 
5 ekor udang, 
1genggam kerang (telah direbus dan dibuang kulit), 
1sudu sos tiram, 
1sudu kicap cair, 
1sudu sos ikan, 
(kalau nak kuahnye byk, buh 1/2 cawan air), 
1genggam kuey teow, 
1cubit taugeh, 
1cubit daun kucai, 
dan 1butir telor.

sayee guna cap ni, kalau korang nak guna cap lain bole jugak ye


cara2nya:

panaskan minyak (kalau minyak terlalu panas, tu yg ada kes api naik sampai kat atas. gempak sket kan).

masuk bawang puteh yang diketuk.

buh lada kering / cilibo. tumis kejap.

buh udang. masak smpi udang tu merah.

buh sos tiram, sos ikan dan kicap cair.

buh air (kalau nak kuah byk).

buh kerang.

buh kuey teow. masak lama sket. (kalau kuah byk, tggu smpi mcm menggelegak).

buh daun kucai n taugeh.

kecikkan api, then buh telor. kacau kejap je terus angkat tau.

siappppppp.

nmpk sedap tak? hehehe.


zoom udang skettttt... perghhh... tangkap leleh air liur sayee tgk.


~~kalau anda ada ramai tetamu yang nak dtg mkn CKT, sayee nasehatkan tuang bhn2 cair tu siap2 dlm mangkuk. lagi senang. 

~~masa 1st time masak untuk suami, dia tak cukup sepinggan. pas abis sepinggan sayee kena masak lagi sepinggan untuk dia. SERONOK tgk dia ske mkn masakan sayee. hehehe. psnn untuk cikna, sila lebeykan kuey teow n udang n kerang jika masak untuk shafik ok. 


dun mess with me !!

Saya cukup MARAH kalau org tak nak ikut undang-undang pastu berbangga yang dia dah langgar undang-undang. knape ek ada org camni dlm dunia..? kalau dia tak menyusahkan org lain takpe laaa. tp masalahnya dia dah menyusahkan RAMAI org. dia maseh lagi nak berbangga ke? pelik betol ada jugak manusia camni. tp ye lah, kalau seme org baik aje, takde keje plak abg-abg polis kan.

1. manusia yang suka-suka hati mak nenek dia taknak beratur kat trfc light. 

orang lain pun nak cepat jugak kan. seme org kluar pg2 nak g cari rezeki. bukan awak sorang..!! ok fine, sayee bole terima mungkin kalau awak tu lambat, tp kalau dah tiap2 hari buat perangai camni, bengang laaa jugak pemandu comel seperti sayee ni kan (mode perasan sbb nak cuba menyejukkn hati sendiri). bole dikatakan setiap hari sayee jmpa pemandu kete yang sama langgar undang-undang camni. takkan la takleh nak bgn lebey awal dan kluar umah lebey awal supaya takde ar nak kena potong que (bukan que haidar bapak tengku ratu ye) orang lain.

kete lawa tp otak dungu. mode grrrrrrrr....

zoom sket nak tunjuk no plat nye, tp tak nmpk plak.


~~encik, tolong la jangan buat begini. kasihan la kat org lain. cuba jadi pemandu yang bertimbangrasa di jalanraya. jalanraya untuk dikongsi bersama kan. bukan awak sorang yang bayar roadtax. (walaupun awak bayar lagi mahal sbb kete awak lagi cantik dr sayee). tolong laaaaa ye encik.



2. manusia yang langsung taknak belajar ciri-ciri teknikal sesebuah rekabentuk.

mmg la tak seme org "born to be engineer" kan. (ye la, kalau seme org jadi engineer, sape nak jadi doktor atau lawyer atau akauntan kan) tp takleh ke korang pk secara logik. setiap reka dan setiap bentuk tu mesti ada sebab dan musabab nya. jangan jadi org kurang cerdik bole tak?

surau ECM kat kuantan ni, tmpt wuduk nye direka berserta dgn tmpt pijak. cangkung la atas tu, supaya baju/seluar korang tak basah masa amik wuduk. jangan la buat camni. untuk orang-orang yang bakal mengunjungi surau East Coast Mall kat Kuantan ni, tolong la jangan buat camni ye.

sayee bukan nak bukak aurat sapa2.. cuma nak nasehatkan, tolong la berpikir secara teknikal sedikit. tak byk pun takpe. sket je sayee mintak. JANGAN JADI KURANG CERDIK SEPERTI MEREKA


~~sayee dah byk kali kena tendang oleh bontot di bhgn muka. tak paham? bontot org lain kena kat muka sayee laa. disgusting kan???


14 April 2010

mari ke dapur

Entry yang mengisahkan aktiviti makan2. sedappppp..!!

1. singgang ikan tenggiri

ada satu hari tuh, lama dah dlu. di pagi yg hening, suami citer sayee mengigau bercakap. dasat!! sayee suh la dia citer dialog tu.

jam dah kul 12 lebey. dia baru2 nak lelapkan mata kot.

  sayee (mata pejam): nak mkn singgang. rase nak mkn singgang ikan tenggiri laa.
  dia (mata celik): bila nye nak mkn? skang ker?
  sayee (mata pejam): nak singgang masak sendiri.
  dia (mata celik): ok, masak laa. nak masak skang ker? bahan2 ada tak kat umah?
  sayee (mata pejam): kat umah takde lengkuas.
  dia (mata celik): yg lain seme ada?
  sayee (mata pejam): ada
  dia (mata celik): ok, nnti masak la ye.
  sayee (mata pejam): zzzzzzzzzz..(senyap daaa)

oleh kerana citer ni dah lama dlu, sayee pun x ingt sgt dah yg suami citerkan dlu. ni lebey kurang je ar kot. nti mintak suami citer semula laa.

2-3 hari lepas kejadian berlaku, suami bawak sayee mkn tghari. tibe2 nmpk singgang ikan tenggiri, terus sayee amik lauk tuh. ngn kuah byk2. (rase nak mkn nasi dlm mangkuk je masa tu supaya dpt amik byk kuah) hahahha.

tapi, sayee maseh lom puas hati sbb belom dpt mkn singgang ikan tenggiri masakan sendiri (cheh, ngade2). ahad dlu, lepas suami ngecat grill kat dapur. kitorang g giant, nak beli groceries. dgn pantasnye sayee g amik ikan tenggiri 3 keping. pastu g cari lengkuas, tp takde kat giant. hampa lagi nak masak singgang. diringkaskan cerita (kang nyampah plak org nak baca), ari selasa last week dapat la akhirnya sayee masak singgang ni. lengkuas pun mintak suami yang belikan.


bahan-bahan yang dah siap dikumpulkan. belom siang lg.


cara-caranya amat la mudah. hiris seme bahan2 tu, masukkan dlm periuk, tambah asam keping dan garam. masak dgn api perlahan smpi menggelegak. mak sayee kata org belah tganu kalau masak singgang tenggiri tak letak kunyit idup, oleh itu singgang di sana tidak kuning seperti singgang org pahang. tp rasenya sama je. hmmm. sayee menaip sambil telan air liur sbb terliur.

2. ayam masak kurmaQ

khamis 8 april, 1623 - tibe2 suami hntr sms terasa nak mkn ayam masak kurmaQ. seb baik mmg ada rempah kurmaQ kat umah. suh dia belikan santan kotak aje laa. ptg tu, sambil dia cabut rumput, sayee masak kat dapur. pun senang aje resipi nye. 


bahan-bahan yang diperlukan

tumis bawang merah dan bawah putih sampai naik bau, campak halia sket. pastu masuk rempah kurmaQ yang dah dibancuh ngn air. tumis lagi. pastu masuk ayam dan bawang besar yang belah 4 dan kentang. masak sampai kentang hempuk. pastu masuk santan dan asam dan garam. siapppp...

nampak sedap x? hehehe...

3. nasi goreng ikan masin

9 april, kakak sayee dtg dgn suami. sbb 10april dia ada exam PTD. sebelom g exam, dia masakkan sup ayam kegemaran suami dia. tp pasal sabtu mlm kitorang g tgk wayang, dan mkn kat jhonny's (tatau eja plak) oleh itu sup tidak dipanaskan. esok nya dah berbuih. sayang btol.

11 april, kitorang nak g 'picnic' kat hostel adik mursyidi. (iye, sekolah SBPIK yang sayee penah buat entry pasal longkang tu.) sayee masak nasi goreng ikan masin dan along buat sandwich. nasi goreng ikan masin senang aje. yang penting kena ada ikan tenggiri jeruk yang bole di beli kat sin kee tepi jalan kuantan-gambang. 

"This is a must visit shop when you visit Kuantan since the town is reputable for its fresh seafood, dried seafood and salted fish. Most tourists will drop by this shop to purchase some local produce as gift for friends & relatives."

bahan-bahannya;
untuk 4-5 org mkn. 2 potong ikan tenggiri jeruk tu, potong kecil2. 3 ulas bawang putih. 3 ulas bawang merah. lada kecik sikit (ikut kepedasan yang diperlukan). sawi sket ye. kailan pun boleh. potong halus sket. kalau suke, bole letak ayam jugak. 


cara-caranya;
tumbuk bawang putih dan bawang merah dan lada kecik. panaskan sket minyak api sederhana. goreng ikan tenggiri tu. masukkan bahan tumbuk. tumis sekejap. masukkan ayam. masukkan nasi putih. gaul rata. masuk sawi/kailan. goreng sampai kuning2 sket. siappppp.




4. kari daging n kacang boncis goreng


lepas picnic kat hostel SBPIK, along kuar ngn suami nya. nak tgk wayang again. citer titans plan. nite before, kitorang dah g tgk stilleto.


sayee dan suami gelak paling kuat dlm panggung. cite ni kelako tp jalan citer agak bosan.



oh, baru tau citer ni epic movie rupenye. kalau sayee tgk, confirm ber'krohhh' dlm wayang.


berbalik pada citer asal ttg kari daging n kacang boncis goreng. sayee nak prepare dinner untuk along dan suami dan suami sayee. tp along smpi umah terus nak balik cepat sbb masa tu dah agak lewat. x sempat mkn pun. tp sayee masak jugak mkn ngn suami je. 


cara-caranya;
tumis bawang putih dan bawang besar yang dah blender. pastu masukkan lada kering yang dah blender jugak. tumis lg. pastu masukkan rempah kari yang dah dibancuh ngn air. pastu masuk kentang dan daging. masak sampai kentang hempuk. pastu masuk santan, asam keping dan garam. siappp. kacang boncis plak sayee goreng ngn sos tiram je.




5. masakkan terakhir, tomyam (baru masak mlm td)


hari mggu yang kitorang balik gelanggi, sayee masak tomyam gak. seekor ayam. tp suami x puas mkn. sbb ada lauk lain yg lebey sdap kot. pstu smlm dia mintak suh masak. sayee masak tomyam tak guna minyak atau pes tomyam yang berminyak tu. ni kira resipi yang berkhasiat la sket. (perasan-mode)


bahan-bahan;
tomato, serai, daun limau purut, limau nipis, lobak, jagung muda, bunga kobis, fish-cake, bawang besar dibelah empat, lada kecik, ayam/udang/daging/sotong. 


cara-cara;
kisar tomato dan lada kecik. kalau nak pekat, guna 4-5 biji tomato. (smlm sayee masak setengah ekor ayam, sayee guna 3 biji tomato) (lada tu kalau nak pedas, letak byk2). rebus ayam dgn air. air tu agak-agak sama level ngn ayam je. kalau banyak nnti cair plak kuah tomyam. bila dan mula menggelegak, masukkan tomato + lada kisar td. masuk serai ketuk dan daun limau purut diracik kasar. masuk air limau nipis. pastu masukkn bahan2 lain. last skali masuk garam secukup rasa. siapppp. smlm kitorang mkn ngn mee kuning. sbb suami tibe2 tanak mkn nasi plak.




sekian, untuk kali ni. lain kali plak. tata.


07 April 2010

april fOOl twenty-10

khamis lepas, 1 april 2010, 16 rabiulakhir 1431H. sayee g sg jan quary kat jerantut. ada plant try.


masa lalu kat route 64, ada jalan under construction. sayee amik gambo neh sbb sayee 1st time tgk kerja lay crusher run guna mesin untuk lay premix neh. (if im not mistaken) 
hmmm. i think i shud read more




these pics captured while the testing on progress


masa otw balik, singgah kat kedai moto jap. ada org tu nak cari moto bawu! sempat la sayee melepaskan rindu kat budak2 comey neh. si ammar Qudin nak ikut tante dia balik. sian dia nangis2. skang ni tante dia dah jarang balik jengka/gelanggi. jarang la jmpa, tu yg rindu2 kat tante dia kot. chewah.




kul 5lebey, dalam kete otw balik kuantan sayee dapat random call dr Swiss Garden International Vacation Club. terus teringat kat mak abah. dlu2 abah pun pernah dpt call camni. suh dtg dgr dorg promote then dpt la free voucher 3d2n kat mane2 hotel rangkaian dorg. sayee masa tu excited gak ar sbb FREE kan. sape taknak. bila dia tnye bole dtg ke tak, sayee suh dia tanye kat mr suami dlu.

esoknya, dorg call sayee skali lagi masa rehat tghari. masa tu sayee baru lepas mkn ngn suami kat umah. dia tanye nk dtg ke tak, suami kata ok. lg skali, FREE kan. sape taknak. kul 7 lebey tu, kitorang pun bergerak la g ke Swiss Garden Kuantan. dorg siap suh solat kat surau situ. excited sungguh nak promote. pastu bermula laa sesi promote2. sampai ngntuk2 dengar dorg puji hotel sendiri. ye ar, xkan nak kondem tempat dorg sendiri cari rezeki plak kan. pakej tu mcm best. tp awal2 xnak bgtau harga, dah abis citer baru nak sebut harga. sian je la. abis air liur. sungguhpun kami berdua ni golongan PROFESIONAL, tp kami maseh kategori miskin yang tidak berapa tegar. honeymoon pun tak sempat nak pegi, ini plak nak g vacation 15 kali setahun. DASAT kan? lepas amik voucher, kitorang pun balik. g mkn beger aje. pas mkn terus tdo keboncetan kekenyangan.

3/4/10~~sabtu pertama adalah rest day roadcare. sayee tidak bekerja. en suami agak dengki ye sbb kena bgn pg lebey awal dr sayee. ampun abg!! hmm. tak ingat plak sayee buat bfast ape pg tu. lepas dia g keje, sayee pun buat house chores. (tp sempat jugak blogwalking sekejap). sayee dah janji ngn suami nak g lunch kat hostel adik. menu, nasi putih dengan daging masak kicap dengan ayam goreng aje. siap masak, sayee pun gerak g hostel adik. oleh kerana sayee agak lambat, en suami hampir2 nak marah merajuk dah tunggu sayee kat hostel adik.


lepas mkn2 dengan adik, sayee diarahkan untuk pegi tukar hdd yg suami beli utk adik dia. sayee pun menapak naik kete ke megamall. kedai I0I mall kot yg belakang megamall tuh. tp hdd tu kena amik kat tmpt lain dlu. dia suh sayee dtg balik after sejam. sayee pun jalan2 buang masa kat megamall. tempat mana lagi yg paling sesuai kalau bukan popular kan. melepak berdiri lah sayee kat situ sambil membaca buku "What to Expect Before You Expecting" by Heidi Murkoff. menarik. tp harga agak mahal, sayee tak beli. cuma baca aje sampai separuh Qatam. tgk2 jam dah hampir sejam berlalu. sayee kuar dr popular, singgah beli eskrem yam (tak sudah2 berangan nak bby kembaQ) dan menapak semula kat kedai komputer td. tp malangnya hdd tu belom smpi. sayee dah tak larat nak jalan2. menangok laa sayee kat kedai tu. tggu lagi sejam! chaittt!!!


lepas tu, sayee balik ke rumah, tp singgah kedai air dlu. beli air botol besar tu 3, botol kecik tu satu. gigih kan xnak guna air paip utk letak dlm thermos. sampai kat umah terus salin2. abis dah 1botol dan setengah botol besar dan satu botol kecik tu sayee buh sunquick then letak dlm fridge. (update today: tinggal satu je. kena g beli plak arini)




photo source: pakcik google


while waiting for husband to come home, sayee blogwalking again. tp sebelom tu sempat buat nescafe paling sedap untuk dia. pastu minum ngn kopok lekor dia bawak balik. lepas tu baru la siap2 nak balik kampung. yeay!!! kul 630 baru gerak dr sepakat ville. benti solat maghrib kat petronas gambang. sampai maran, tibe2 abah call. rupa2nye dia ada kat belakang kitorang. singgah la umah jengka dlu. plan nak terus balik gelanggi. tp singgah kejap kat jengka. kejap tak kejap la. sempat makan mlm. smpi gelanggi dah kul 10 lebey. tgk2 album dlu. then terus tdo. penatttt.


4april10. sayee lah menantu yang paling bertuah. bgn agak lewat. hiks. lepas sarapan nasik lemak with teh tarik, MIL ajak buat karipap. inti sayur. nak kirim kat cucu damansara dia. takleh pedas2. sayee plak plan nak buat tomyam utk mkn tghari. ckp ngn MIL, abg yg nak mkn tomyam. lepas tu bermula la sesi memporak-perandakan dapur MIL. sambil2 buat tomyam, sayee tolong MIL kelim karipap tu. sampai kul 2 lebey, baru la siap seme nye. bungkus2 kan karipap tu, suami nak g pos. sayee kena tinggal sbb lom siap mandi. huks.


kul3, kitorang ramai2 tgk cite oH fatimAh. lawaks betol. bile tgk citer lama2. seperti biasa laa, sayee mesti akan tertdo.



 skali skala tgk citer lama mmg bole layan ar

lepas asar tu, siap2 minum petang. abg ajak balik jengka plak. smpi jengka kul 6lebey kot. mak n along tgh buat kueh koci n laksa. lagi skali minum petang. dah lama mak x buat kueh koci, sayee mkn dgn byknye. padahal sebelom tu dah call mamaQ ajak dtg umah. tgk2 kueh koci dah abis, mak pun bancuh lg. sbb inti ada lg.


oh mlm tu, ammar Qudin buat lawak baru. bila kita tnye dia ape2 soklan, dia buat-buat tak dengar. dok ulang-ulang ckp "ape? ape? ape?" sambil pusing kepala nak tunjuk telinga. mmg lawak giler. mama dia pun tatau dia blajar dr mane buat cmtu. sayee bawak dia g umah SIL sbb dia tanak balik naik kete mama dia. dia mmg agak manja ngn OM saha nye. masa kat umah SIL pun kakyung n nopal gelak2 tgk dia. dorg keluarkan mainan nak bg dia main. jmpa la burung yg boleh gerak2 sendiri kalau kita pusing2 punat dia tu kan, dia bole ikut burung tu gerak2 kan bontot dia. mmg tak larat nak gelakkan perangai dia tu. lawak 1st class!!


5april2010, kitorang bgn kul 5pg sbb nak gerak dr jengka terus g keje. sempat lg minum teh ngn mkn kueh koci yg sedap itu sebelom gerak balik ktn. sampai opis sayee kul 750. ngam ngam aje. kul 1tghari, cikdin call bgtau ibu dah bersalin! alhamdulillah. tp skang bby tu maseh dlm icu sbb dia lemas dlm pewot. meh doakan bby tu sehat dan bole balik. amin. 


6april2010, sayee g facial kat neodermal. guna kupon yang sayee dpt free tuh. kalau org herbaline tau, sure dorg sentap. tp overall, sayee lebey selesa buat facial kat herbaline. ada teh yang sedap itu!! lgpun, staff herbaline sgt ramah mesra. dan yang paling penting bilik facial kat herbaline tidak berkongsi2. lebey privacy gtu. xpe la, kat neodermal smlm sayee tak kuar duit pon. lagi skali. benda FREE sape taknak kan.

~~entry yang agak panjang sbb dah lama x update kisah sepanjang mggu lepas. again, meh kita doakan bby cepat sehat ye. suami dah ajak g tgk bby mggu ni. insyaAllah bole melawat bby nurulnadiah jugak.

Related Posts with Thumbnails

ads